ABU DHABI, UAE, 20 April 2016 /PRNewswire/ --
Yang Amat Mulia Sheikh Mansour Al Nahyan, Timbalan Perdana Menteri UAE dan Menteri Hal Ehwal Presiden, telah memuji tahap minat yang tinggi dari seluruh dunia terhadap Program Penyelidikan Sains Penggalakan Hujan UAE yang bertujuan untuk meningkatkan curahan hujan di kawasan yang gersang dan separa gersang selain menggalakkan jaminan sumber bekalan air.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160412/354223 )
Program ini menerima 91 penyerahan daripada 398 penyelidik yang mewakili 180 buah institusi dari 45 buah negara. Program tersebut menyaksikan penyertaan dari lebih banyak kawasan, termasuk para ahli akademik dari negara-negara seperti Austria, Azerbaijan, Belarus, Belgium, Kanada, Colombia, Mesir, Georgia, Hungary, Mexico, Qatar, Arab Saudi, Serbia, Sweden dan Turki.
Sambil memuji perkembangan yang diperlihatkan oleh Program tersebut, Yang Amat Mulia Sheikh Mansour Al Nahyan berkata: "UAE terus menggalakkan kerjasama dalam kalangan penyelidik terkemuka dunia bagi mencari alternatif dalam menangani cabaran yang mendesak terhadap jaminan sumber bekalan air. Program Penyelidikan Sains Penggalakan Hujan UAE menunjukkan komitmen negara untuk muncul sebagai hab kerjasama, inovasi dan kecemerlangan saintifik di peringkat antarabangsa dalam bidang sains penggalakan hujan."
Tambah beliau: "Perhatian global terhadap inisiatif ini adalah bukti terhadap kepimpinan UAE dalam menjadikan penyelidikan saintifik sebagai tonggak utama strategi inovasi negara."
Antara 91 pra-cadangan tahun ini, Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan 16 penyerahan, diikuti rapat oleh UAE sebanyak 11 penyerahan. Penyerahan lain daripada Rusia, India dan United Kingdom masing-masing berjumlah 7, 5 dan 4, diikuti dengan Jerman, Itali serta Mesir.
Pada bulan-bulan seterusnya, penyerahan akan dinilai oleh jawatankuasa penilai antarabangsa. Calon yang disenarai pendek akan diumumkan pada 17 Mei. Tarikh akhir untuk menyerahkan cadangan penuh ialah pada tengah malam 17 Ogos 2016.
Dalam pusingan pertama, Program ini menarik minat penyertaan seramai 325 saintis dari 34 buah negara yang mewakili 151 buah organisasi. Pasukan penyelidikan dari Jepun, UAE dan Jerman yang masing-masing diketuai oleh para profesor Murakami, Zou dan Wulfmeyer dinamakan sebagai penerima anugerah bagi pusingan pertama ini.
Latar Belakang Program Penyelidikan Sains Penggalakan Hujan UAE
Sebagai satu inisiatif oleh Kementerian Hal Ehwal Presiden UAE dan diselia oleh Pusat Meteorologi dan Seismologi Negara (NCMS), Program ini menawarkan geran sebanyak US$ 5 juta bagi tempoh 3 tahun untuk dikongsikan bersama di antara sehingga lima cadangan penyelidikan yang berjaya, yang dipilih melalui proses penilaian merit dua peringkat.
Sumber: UAE Research Program for Rain Enhancement Science