omniture

Sky Invasion Techninier Tingkatkan Ganjaran Permainan Untuk Pelanggan U Mobile Dengan Hadiah Bernilai RM100, 000 Untuk Dimenangi

Techninier Sdn Bhd
2016-04-20 14:44 344

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 April 2016 /PRNewswire/ -- Techninier Sdn Bhd, penyedia platform permainan sosial mudah alih utama di Malaysia, terus membawakan permainan mudah alih rentas platformnya yang terkini untuk orang ramai. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk menarik perhatian pemain mudah alih di seluruh negara, Techninier menjalin kerjasama dengan U Mobile Sdn Bhd untuk mengadakan satu pertandingan permainan mudah alih eksklusif untuk pelanggan U Mobile menerusi permainan yang dicipta sendiri iaitu 'Sky Invasion'.  

Play and win up to RM100,000 worth of prizes!
Play and win up to RM100,000 worth of prizes!

Pelanggan U Mobile mempunyai kelebihan untuk menyertai pertandingan permainan mudah alih 'Sky Invasion' secara PERCUMA dan turut berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM100,000 termasuk hadiah utama Kia Picanto 1.2 AT baharu. Hadiah lain untuk dimenangi termasuk motosikal, barangan elektronik serta baucar. Hadiah menarik yang lain termasuk telefon mudah alih terkini HTC memandangkan HTC Malaysia juga penyumbang utama pertandingan Sky Invasion U Mobile yang eksklusif ini.

Dato' Lion Peh, Ketua Pegawai Eksekutif Techninier berkata, "Pertandingan permainan sosial besar-besaran pertama kami untuk peranti Android pada tahun lalu berjaya menarik minat ramai pemain dan penggiat industri. Dengan peningkatan ciri merentas platform canggih kami yang membolehkan peranti iOS mengambil bahagian, pertandingan 'Sky Invasion' serba baharu bagi tahun 2016 bakal mencipta kejayaan yang lebih hebat."

Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile berkata, "U Mobile sentiasa berusaha memberikan pelanggan kami pengalaman data yang terbaik, dari segi nilai mahupun kualiti. Kerjasama kami dengan Techninier untuk mengadakan pertandingan 'Sky Invasion' adalah salah satu daripada banyak peluang yang kami sediakan untuk pelanggan kami memanfaatkan perkhidmatan data kami yang berkualiti untuk tugasan, hiburan atau sekadar berseronok. Dalam hal ini, caranya ialah melalui permainan yang kompetitif dan sosial. Bagi meningkatkan pengalaman pelanggan kami, kami turut menawarkan internet 3GB percuma sepanjang hayat untuk kesemua pelanggan Power Prepaid kami, berserta 8GB tambahan untuk pelanggan Hero Postpaid, agar mereka dapat memaksimumkan pengalaman data U Mobile mereka."

Sebagai versi baharu daripada genre permainan klasik menembak (shoot-em-up) dengan sudut pandang atas ke bawah, 'Sky Invasion' menampilkan grafik yang dipertingkatkan serta penambahbaikan permainan serba baharu berserta pilihan pembelian dalam aplikasi bagi membantu meningkatkan kehebatan pemain melalui pertempuran di udara dan zon tempur dalam permainan tersebut.

Pertandingan permainan mudah alih 'Sky Invasion' akan bermula pada 12 April dan berakhir pada 1 Ogos 2016. Pelanggan U Mobile yang bersaing dalam pertandingan tersebut boleh menyemak papan pendahulu secara langsung untuk melihat kedudukan mereka dalam kalangan pesaing lain. Para pemain dengan semua peringkat kemahiran dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini dan boleh berbuat demikian dengan melayari m.gamelord.my pada peranti mudah alih mereka.

Dato' Lion Peh terus mengulas, "Dengan peningkatan minat yang mendadak terhadap permainan mudah alih dalam kalangan pelanggan mudah alih Malaysia, pelancaran 'Sky Invasion' bakal mencetuskan keseronokan dan menambah nilai kepada perkhidmatan rakan kongsi kami. Seterusnya, kami berharap dapat mewujudkan peluang untuk pemain menukarkan masa bermain menjadi ganjaran dalam kehidupan sebenar."

Industri permainan mudah alih di Malaysia masih di tahap awal dan mempunyai banyak ruang untuk berkembang maju. Mengikut Prospek Hiburan dan Media Global PricewaterhouseCoopers 2013-2017 (PricewaterhouseCoopers Global Entertainment and Media Outlook 2013-2017), pasaran permainan mudah alih Malaysia bernilai RM727 juta pada tahun 2013 dan dijangka bertumbuh sebanyak 20% kepada RM868.70 juta menjelang tahun 2017. Berdasarkan statistik Satista, penembusan pengguna permainan mudah alih di Malaysia berada pada 21.12% dan dijangka mencecah 26.50% menjelang tahun 2020.

Latar Belakang Techninier

Techninier Sdn. Bhd. menjadi peneraju inovasi sebagai sebuah syarikat yang pakar dalam penyediaan teknologi serta kandungan dalam internet dan mudah alih. Selaras dengan penyediaan teknologi, Techninier fokus dalam platform permainan sosial mudah alih dan rangkaian sosial mudah alih. Techninier turut mengintegrasi dan mengurus kehendak pelanggan serta rakan kongsi dalam industri ICT.

Latar Belakang U Mobile

Di U Mobile, kami percaya dalam penciptaan kaedah baharu dan cara yang lebih baik untuk menghubungkan orang ramai melalui data dan suara. Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang pantas berkembang, kami menjadikannya matlamat utama kami untuk sentiasa menginovasi agar kami dapat menyediakan pelan mudah alih dan pengalaman pelanggan yang terbaik, dilengkapi teknologi paling relevan untuk para pelanggan kami. Kami sentiasa mengorak langkah melangkaui kebiasaan industri bagi mewujudkan ketersambungan mudah alih yang benar-benar lancar untuk semua.

Sebarang maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan U Mobile, sila layari http://www.u.com.my/ atau sertai pelbagai aktiviti sosial U Mobile dengan melayari http://www.fb.com/umobile

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160411/8521602313

Source: Techninier Sdn Bhd
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet