omniture

Bordeaux Liquid Gold Dilantik Sebagai Pengedar Eksklusif Champagne Barons De Rothschild

Bordeaux Liquid Gold
2016-04-20 15:43 210

SINGAPURA, 20 April 2016 /PRNewswire/ -- Bordeaux Liquid Gold dilantik sebagai pengedar eksklusif Champagne Barons de Rothschild. Berkuat kuasa mulai 1 April 2016, perjanjian tersebut menyebutkan Bordeaux Liquid Gold akan mewakili Champagne Barons De Rothschild di setiap negeri di Malaysia kecuali Pulau Langkawi dan dibenarkan menjual secara eksklusif kepada rangkaian Pelanggan Peribadi iaitu di Hong Kong dan Singapura.

Bordeaux Liquid Gold Dilantik Sebagai Pengedar Eksklusif Champagne Barons De Rothschild
Bordeaux Liquid Gold Dilantik Sebagai Pengedar Eksklusif Champagne Barons De Rothschild

Sejarah keluarga Rothschild yang amat dikenali ini bermula lebih 250 tahun lalu: mereka telah sekian lama terlibat dalam pelbagai projek membuat wain di serata dunia, termasuk senama mereka, Bordeaux. Namun begitu, sehingga kini, mereka masih belum pernah menghasilkan Champagne dan keluarga ini berpendapat inilah saat untuk melakukannya. Dengan itu, ketiga-tiga generasi keluarga mereka, termasuk Baron Eric de Rothschild (Chateau Lafite Rothschild), Baroness Philippine de Rothschild (Chateau Mouton Rothschild) dan Baron Benjamin de Rothschild (Chateau Clarke), bergabung dalam satu projek dan tidak bekerja secara berasingan.

Buat pertama kali dalam sejarah yang beraneka keluarga itu, ketiga-tiga generasi mengambil keputusan untuk merealisasikan projek tersebut bersama-sama dan berkongsi sahamnya secara sama rata. Pada tahun 2009, botol pertama diperkenalkan ke pasaran dan mula dilancarkan di Jepun, Jerman dan Australia. Ia mengambil masa sehingga Julai 2011, bagi menjadikan pasaran domestik sebagai strategi pengedarannya. Pada ketika itu, jenama tersebut telah memiliki reputasi yang amat baik dalam pasaran global dan juga mula mendapat tempat di Perancis.

Encik Julian Poh, Ketua Pegawai Eksekutif Bordeaux Liquid Gold mengulas: "Kami amat berbesar hati dan berbangga kerana dilantik sebagai pengedar dan kami akan menjalinkan kerjasama erat dengan pasukan tersebut bagi memperkenalkan Champagne Barons De Rothschild kepada para pelanggan."

Setakat ini, Champagne Barons de Rothschild aktif di 60 buah negara di seluruh dunia dan jumlah pengeluaran yang diedarkan ialah sebanyak 300,000 botol setahun. Walaupun masih mengendalikan ibu pejabat seluas 450 m² di Reims, kilang wain sebenar terletak di Vertus di dalam kawasan Cote de Blanc. Lebih dua juta botol disimpan di dalam dua buah bilik bawah tanahnya. Pada November 2013, mereka turut membeli sebuah rumah agam di Vertus yang kini sedang diubah suai dan tidak lama lagi bakal menyediakan beberapa buah bilik untuk mengadakan majlis serta sesi merasa Champagne.

Maklumat lanjut tentang Champagne Barons De Rothschild – sila e-melkan kepada info@bordeauxliquidgold.com.

Bordeaux Liquid Gold 
Singapura - Hong Kong - Tanah Besar China - Malaysia
60 Paya Lebar Road #06-48 Paya Lebar Square Singapura 409051
Tel: +65-6225-3833

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160419/8521602531

Source: Bordeaux Liquid Gold
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Licensing/marketing agreements