NEW YORK, 21 April 2016 /PRNewswire/ --
Jenama mewah Switzerland meraikan pembukaan besar-besaran butik utama Global yang baharu di Fifth Avenue yang ikonik
Hari ini, jenama jam tangan mewah Switzerland, Hublot meraikan cintanya terhadap Bandar Raya New York dengan menganjurkan beberapa acara di seluruh Manhattan, dengan pelbagai kejutan dalam gaya fesyen Hublot sebenar! Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot turun ke Bandar Raya New York bagi menganjurkan sejumlah acara sambutan sempena meraikan beberapa pencapaian menarik oleh Hublot.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160414/355373 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160414/355374 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160414/355375 )
Orang ramai berkumpul di persimpangan antara Fifth Avenue dan 57th Street awal petang ini, ketika Hublot meraikan pembukaan butik Utama Bandar Raya New York di tengah-tengah bandar tersebut menerusi upacara memotong riben yang unik dan terunggul. Ricardo dan Duta Jenama Usain Bolt dan juga legenda terkenal (serta dewa bola sepak) Pelé mengadakan upacara memotong riben di luar butik itu sebelum menjemput para tetamu mengalami sendiri Dunia Hublot di dalam butik tersebut. Ketika individu-individu penting ini berkumpul di hadapan butik, seluruh mata memandang ke langit apabila kelihatan dua orang penari Bandaloop turun dari atas bumbung butik dan menari di hadapan butik yang hebat itu dan akhirnya turun ke bawah bagi menyampaikan Jam Tangan Edisi Terhad yang terkini kepada Usain Bolt, sempena Sukan Olimpik yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Butik baharu di 743 Fifth Avenue (yang terletak antara 57th street dan 58th street di pusat bandar Manhattan) merupakan projek terkini dalam sejarah kolaborasi yang panjang antara Peter Marino Architect dan Hublot. Rekaan butik ini memperlihatkan nilai kemewahan dan inovasi terulung jenama itu, digabungkan dengan konsep Art of Fusion dalam gandingan yang luar biasa. Ruang hadapan butik yang dramatik, diterangi cahaya LED dan dilapisi oleh panel aluminium berwarna hitam bersalut serbuk bagi menimbulkan tarikan kepada tali jam tangan, setinggi 70 kaki (21m) dari Fifth Avenue yang menjadikannya sebagai tali jam tertinggi jenama tersebut di dunia. Hiasan butik tersebut memperlihatkan penggunaan bahan-bahan unik oleh Hublot, yang mengekalkan ciri-ciri penting dalam reka bentuk pembuatan jam tangan jenama itu. Bahagian dalam seluas 1500 kaki persegi (139m[2]) memperlihatkan gaya kontemporari, dihiasi batu hitam lava dan lantai papan, perabot kulit berwarna grafit, barangan kaca dan barangan keluli tahan karat yang digilap serta inovasi berteknologi tinggi termasuk tingkap vitrine LCD "tanpa bayang", sistem pencahayaan yang sofistikated dan selesa, dinding yang dipenuhi monitor dan juga sebuah "buku" dengan "halaman" yang boleh diselak secara maya, dengan setiap helaiannya memaparkan sejarah Hublot, pada jendela utama Fifth Avenue. Ruang butik tersebut memperlihatkan gabungan antara produk premium dan nilai estetika mewah lagi moden.
IMEJ ACARA: http://bit.ly/1XETquX
IMEJ BUTIK HUBLOT: https://app.box.com/s/0w442ou6oyqj8fjacvszwyjgz9hg2kd0
Sumber: HUBLOT
Annabelle Galley +41(0) 22-990-90-00
Video - https://youtu.be/_a3sz4O00pY