omniture

P.I. Works uSON(TM) Menghasilkan Penambahbaikan Drastik dalam Kebolehcapaian Rangkaian Telkomsel

P.I. Works
2016-04-21 08:01 281

JAKARTA, Indonesia, SINGAPURA dan ISTANBUL, 21 April 2016 /PRNewswire/ --

Telkomsel, operator terkemuka dalam perkhidmatan telekomunikasi selular di Indonesia, menggunakan uSONTM, penyelesaian Rangkaian Swasusun (SON) berpusat yang ditawarkan oleh P.I. Works.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160220/335479LOGO )

Produk terkemuka teknologi P.I. Works, vendor agnostik, uSONTM telah menjadi pilihan utama operator di seluruh dunia untuk menambah baik kualiti dan kapasiti rangkaian, berserta dengan pengurangan perbelanjaan modal yang diperlukan untuk peningkatan kapasiti laman sel.

Projek tersebut dijalankan di Pulau Sumatra dengan Rakan Kongsi tempatan kami iaitu Telkom Infra, dengan Telkomsel sebelum ini telah menjalankan "Pengoptimuman Strategik". Semasa percubaan, sejumlah 44,000 tindakan gelung tertutup automatik telah dijalankan dan tindakan ini hanya memakan masa selama 8 minit. 33% penambahbaikan direalisasikan dalam kebolehcapaian PS serta CS serta-merta dalam rangkaian Telkomsel. 

"Kami amat kagum dengan penyelesaian P.I. Works, yang memberikan penambahbaikan boleh ukur ketara terhadap rangkaian kami, dari segi pengoptimuman kebolehcapaian dan liputan. Kami juga amat teruja untuk melihat uSONTM membantu kami menunda sebahagian besar Perbelanjaan Modal kami, serta mengurangkan Perbelanjaan Operasi dengan banyak. Kami tidak sabar untuk meluaskan kerjasama kami dengan P.I. Works," ulas En. Akhmad, Pengurus Besar Kualiti Rangkaian Capaian Radio, Telkomsel.

"Kami telah membuktikan sekali lagi bahawa produk kami, uSONTM, boleh membuat perubahan dalam rangkaian yang mempunyai pelaburan tinggi dan dioptimumkan seperti rangkaian Telkomsel dan membantu menguruskan kapasiti rangkaian dan cabaran liputan yang paling berkesan. Keputusan daripada percubaan ini telah menunjukkan impak langsung uSONTM dalam menambah baik pengalaman pelanggan," jelasTuna Toker, selaku Pengurus Besar Asia Pasifik, P.I. Works.

Latar Belakang Telkomsel 

PT. Telkomsel ialah operator mudah alih terbesar di Indonesia dengan lebih daripada 140 juta orang pelanggan. Bagi memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh Indonesia, termasuk di kawasan pedalaman, pulau luar dan kawasan sempadan. PT. Telkomsel secara konsisten telah menggunakan peta jalan teknologi 3G, HSDPA, HSPA +, serta menjadi operator mudah alih pertama di Indonesia yang melancarkan perkhidmatan 4G LTE secara komersial.

Latar Belakang Telkominfra 

PT. Telkominfra ialah syarikat subsidiari PT. Telkom Indonesia dengan perniagaan utama dalam penyelesaian Perkhidmatan dan Kuasa Terurus termasuk penyelenggaraan kabel optik kapal selam. Pelanggan utama ialah PT. Telkomsel sebagai rakan kongsi dipercayai/bebas untuk Prestasi dan Pengoptimuman Rangkaian untuk 2G, 3G & LTE.

Latar Belakang P.I. Works  

P.I. Works ialah pembekal terkemuka dalam bidang pengurusan prestasi rangkaian dan penyelesaian SON yang digunakan oleh 38 operator dalam 27 buah negara. Penyelesaian kami membolehkan operator mudah alih menambah baik kualiti rangkaian dan pengalaman pelanggan mereka. P.I. Works ialah ahli ETSI, yang menggalakkan proses pempiawaian dalam forum SON 3GPP. Lawati http://www.piworks.net/ untuk mendapatkan maklumat selanjutnya

Hubungan Media

E-mel: marketing@piworks.net

Sumber: P.I. Works

Source: P.I. Works
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Contracts