omniture

Bintang Manchester United Sahut Cabaran Forex Four Swissquote

Swissquote
2016-04-21 09:00 487

MANCHESTER, United Kingdom, 21 April 2016 /PRNewswire/ -- Pemain tengah Manchester United dan Naib kapten Michael Carrick menguji kemahiran hantaran terkenalnya minggu ini ketika beliau menyertai cabaran Forex Four Swissquote.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/swissquote_201604.shtml

 

 

Swissquote Forex Four Challenge
Swissquote Forex Four Challenge

 

Michael Carrick
Michael Carrick

 

Swissquote Gland Headquarter
Swissquote Gland Headquarter

 

Michael Carrick and Daley Blind Shake Hands After the Challenge
Michael Carrick and Daley Blind Shake Hands After the Challenge

Tonton video di sini: www.swissquote.com/manutd

Pemain antarabangsa England itu, yang sudah melakukan 400 kemunculan untuk kelabnya, bersaing dengan teman sepasukan antarabangsanya dari Belanda Daley Blind semasa cabaran Swissquote 'Forex Four' itu yang menguji kemahiran membuat keputusan, taktikal dan hantaran pemain.

Cabaran 'Forex Four' ini bermula daripada cabaran 'Red Zone', yang direka oleh Swissquote untuk menguji ahli-ahli skuad Manchester United termasuk David De Gea, Chris Smalling, Jesse Lingard dan Morgan Schneiderlin sepanjang perlawanan musim 2015/16 dalam satu siri ujian berasaskan kemahiran yang menguji kemahiran membuat keputusan para pemain dalam keadaan tertekan.

Bercakap tentang cabaran 'Forex Four' Swissquote, Carrick berkata:

"Saya sukakan cabaran itu, walaupun saya tidak pasti jika Daley sukakannya. Ia jauh lebih sukar daripada yang dijangka, susahnya hendak dapatkan satu token pada papan, apatah lagi empat!"

Blind sebaliknya jelas kecewa kerana tewas kepada teman sepasukannya:

"Saya tidak fikir saya sukakannya sebagaimana Michael kerana malangnya dia menang, tetapi tahniah kepadanya. Ia benar-benar sukar dan kadang-kadang anda hanya perlu mencuba dan berharap ia berjaya."

Marc Burki, CEO dan Pengasas Bersama Swissquote, Rakan Kongsi Rasmi Global Forex & Online Financial Trading pertama Manchester United menambah:

"Di Swissquote, kami berbangga dengan pendekatan taktikal kami, yang menyediakan kepakaran dan nasihat berkualiti yang membolehkan pelanggan membuat keputusan terbaik untuk berada selangkah di hadapan dalam dunia perdagangan Forex yang pantas dan sentiasa berubah-ubah."

Latar belakang Swissquote:

Sebagai pembekal terkemuka perkhidmatan kewangan dalam talian, Swissquote menawarkan pelbagai perkhidmatan perdagangan dalam talian dan penyelesaian untuk eForex, Perbankan ePrivate, eMortgage dan akaun simpanan fleksibel. Selain perkhidmatan kos rendah untuk pelanggan swasta, Swissquote juga menawarkan perkhidmatan khusus untuk pengurus aset bebas dan pelanggan korporat. Swissquote Bank Ltd memegang lesen perbankan yang dikeluarkan oleh lembaga penyeliaannya Lembaga Penyeliaan Pasaran Persekutuan Swiss (FINMA) dan merupakan ahli Persatuan Swiss Bankers. Syarikat induknya, Swissquote Group Holding Ltd, disenaraikan di Bursa SIX Swiss (simbol: SQN).

www.swissquotefx.com

HUBUNGI:

Angela Fok
E-mel: angela.fok@swissquote.com
Tel: +852 3902 0050

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201604/swissquote/swissquote.mp4
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160406/0861602901-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160406/0861602901-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160406/0861602901-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160406/0861602901-d  

Source: Swissquote
Related Stocks:
OTC:SWSQY Swiss:SQN
Keywords: Banking/Financial Service Sporting Events Sports