omniture

Risen Capai 175MWp dengan Mytrah

Risen Energy Co., Ltd
2016-04-21 14:09 446

NINGBO, China, 21 April, 2016 /PRNewswire/ -- Risen Energy Co., Ltd, pengeluar Tahap 1 global utama bagi produk fotovoltaik solar berprestasi tinggi dan penyedia penyelesaian perniagaan lengkap bagi penjanaan kuasa, mengumumkan hari ini tempahan utama bagi Modul PV Solar 175MWp oleh Mytrah Energy Ltd untuk penghantaran semasa 2016.

Kontrak bersejarah antara Risen dan Mytrah
Kontrak bersejarah antara Risen dan Mytrah

Saluran kewangan Mytrah baru-baru ini diperkukuhkan dengan kelulusan kemudahan pinjaman terus sebanyak US$175 juta dari Asia Development Bank (ADB). Maklumat lanjut juga telah muncul berkaitan perincian bekalan bahan semasa 2016; 175MWp dan pilihan untuk 50MWp tambahan modul PV solar berprestasi tinggi Risen. Pengesahan ini membolehkan kedua-dua pihak menjalankan komitmen mereka secara taktikal dalam menyediakan tenaga bersih sejajar harapan kerajaan, sambil mencabar salah tanggapan bahawa rantaian bekalan PV solar perlu berperang dengan kemerosotan.

"Jelas sekali Mytrah gembira dengan perkembangan baharu ini," kata En. Ravi Kailas, Pengerusi Mytrah. "Ini merupakan satu lagi pencapaian signifikan dalam pembangunan Syarikat ini. Penglibatan ADB merupakan bukti lanjut kematangan perniagaan kami yang semakin meningkat, dan selepas ulasan menyeluruh terhadap pembekal berpotensi, kualiti, dan kemampuan mereka, hubungan kami dengan Risen adalah perkembangan mengujakan dalam divisyen solar kami."

"Risen ingin mengucapkan tahniah kepada Mytrah kerana kredibilitinya sekali lagi disokong dengan kelulusan pinjaman ADB," kata En. Bypina Veerraju Chaudary, CSMO Risen. "Setelah berinteraksi dengan mendalam dengan kakitangan Mytrah selama sembilan bulan lalu, menerokai kos pemilikan keseluruhan bagi sistem penjanaan tenaga, adalah jelas Mytrah termasuk dalam 'liga serius'. Proses pemilihan Mytrah yang terperinci melihat aspek teknologi, kualiti, kemudahan pengeluaran canggih, perkhidmatan, komunikasi, kestabilan kewangan, dan fokus komersil, dan kami berbesar hati dapat memenuhi kriteria mereka." 

Projek ini akan menggunakan modul PV solar prestasi tinggi Risen, dalam konfigurasi 72 dan 60 sel, dengan pemasangan diagihkan merentasi sub-benua India memungkinkan manfaat yang selamat dari segi persekitaran dan berkeuntungan komersil untuk pengguna, dan semua pihak terlibat.     

Latar Belakang Risen

Risen Energy merupakan pengeluar berkadar kredit "AAA" Tahap1 global bagi produk fotovoltaik solar prestasi tinggi dan penyedia penyelesaian perniagaan lengkap bagi penjanaan kuasa. Syarikat itu, diasaskan pada 2002 dan tersenarai awam pada 2010, menggerakkan penjanaan nilai bagi pelanggan global pilihannya. Inovasi tekno-komersil, didokong kualiti dan sokongan sempurna, menjadi asas penyelesaian perniagaan PV Solar lengkap Risen  yang merupakan antara yang paling berkuasa dan menjimatkan kos dalam industri. Dengan kehadiran pasaran tempatan, dan status pinjaman kewangan yang kukuh, kami komited, dan mampu, untuk membina kolaborasi bermanfaat bersama yang strategik dengan rakan kerjasama kami, ketika bersama memanfaatkan nilai meningkat tenaga hijau.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160420/0861603595

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Utilities Contracts Joint ventures