omniture

GAC Motor Lancarkan Sedan Mewah Baharu, GA8, Ke Pasaran

GAC Motor
2016-04-22 12:27 348

GUANGZHOU, China, 22 April 2016 /PRNewswire/ -- Pengeluar kenderaan terbaik China, GAC Motor, telah melancarkan sedan mewah generasi akan datangnya yang dinanti-nantikan, GA8, dalam majlis pelancaran dan sidang akhbar di Stadium Guangzhou pada 16 April.

Guangzhou government officials and leaders of GAC pose beside the newly-launched high-end business sedan, the GA8
Guangzhou government officials and leaders of GAC pose beside the newly-launched high-end business sedan, the GA8

GAC Motor telah melabur lebih RMB1 bilion (USD$154 juta) sepanjang tempoh lima tahun untuk menyelidik dan membangunkan GA8, sedan serba baharu yang menyasarkan pasaran mewah.

Syarikat itu juga telah mendedahkan perincian reka bentuk dan konfigurasi GA8. Model ini didatangkan dengan sistem kuasa dan elektronik canggih, teknologi sepadan dan bahan-bahan berkelas dunia untuk hiasan dalaman demi memberikan pengalaman memandu yang paling memudahkan.

Sedan ini menampilkan sistem bantuan pemanduan pintar lengkap yang boleh mengemudi, memberikan amaran perlanggaran dan membantu secara aktif dalam membrek. Sistem pengimejan visual panorama 360 darjah menjadikan pemanduan dan perjalanan dengan GA8 lebih selamat dan mudah. Panduan pintar generasi kedua dalam kenderaan ini juga membolehkan pemandu berhubung dengan pakar servis untuk sokongan teknikal dengan sentuhan satu butang, menawarkan servis tepi jalan percuma 24 jam dan jaminan empat tahun merangkumi 100,000 kilometer.

"GA8 merupakan model strategik yang dibangunkan GAC Motor selama lima tahun. Ia telah menyahut cabaran daripada kemunculan sebelum ini sebagai kereta servis untuk mesyuarat NPC dan CPPCC di Beijing bulan lalu, selain Mesyuarat Sherpa G20 Kedua di Guangzhou minggu lalu, di mana ia dipuji kerana prestasi keseluruhannya dan tahap keselesaan yang tinggi. Kami yakin GA8 yang kami bangunkan sendiri akan membuka era baharu bagi sedan mewah dalam pasaran China dan antarabangsa," kata Wu Song, Pengurus Besar GAC Motor.

Semasa persidangan itu, Pengerusi Lembaga GAC Group, Zhang Fangyou, menyerahkan kunci kepada pemilik pertama. Pemilik sedan GA8 global pertama merupakan warga Perancis, Gilbert Ranoux. Beliau bukan sahaja menyukai China, tetapi turut meminati GAC Motor. Katanya, "Produk GAC Motor telah menyaksikan peningkatan hebat, termasuk reka bentuk lebih baik dan teknologi yang lebih canggih. Saya yakin GA8 akan menjadi model yang amat popular, dan China akan mempunyai jenama keretanya sendiri yang terkenal di peringkat global, dan jenama itu pastinya GAC Motor."

GA8 dipacu enjin 320T generasi kedua GAC Motor. 320T disokong teknologi seperti pengecas turbo E-Turbo inersia rendah yang dapat mengurangkan 35 peratus inersia, kawalan pembakaran GCCS yang menambah baik kadar pembakaran sebanyak 22 peratus sambil mengurangkan penggunaan petrol sebanyak 15 peratus, selain pemasaan injap boleh ubah sela berganda DCV VT. Kenderaan yang anggun itu memiliki jarak roda 2907mm, tork puncak pada julat besar dari 1600-4500 RPM dan penggunaan petrol serendah 35 BPG.

"GA8 telah dibangunkan mengikut standard antarabangsa paling ketat. Pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan GAC Motor di seluruh China bekerjasama untuk mengetengahkan inovasi teknikal dan generasi akan datang kenderaan ini, sementara sistem sokongan antarabangsa kami dikhususkan untuk memberikan servis VIP terbaik kepada semua pelanggan," kata Wu Song.

Sedan GA8 telah dilancarkan secara rasmi di pasaran China di Guangzhou pada harga bermula daripada RMB169,800 (USD$26,217).

Latar Belakang GAC Motor

GAC Motor merupakan syarikat subsidiari GAC Group yang berkedudukan ke-362 dalam senarai perusahaan Fortune 500. Syarikat ini komited membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kereta berkualiti kelas dunia. GAC Motor berkedudukan antara lapan terbaik dalam kalangan semua jenama dalam Kajian Kualiti Awal China 2015 daripada J.D. Power Asia Pacific, kedudukan terbaik bagi jenama China untuk tahun ketiga berturut-turut.

Emel: sukie_gacmotor@126.com, liqi@gacmotor.com
Lebih Foto: http://pan.baidu.com/s/1ge7X5Zl

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160421/0861603644

Source: GAC Motor
Keywords: Transportation New products/services