omniture

Reed Sinopharm Anjurkan Acara Industri Kesihatan Terbesar Dunia - tHIS di Shanghai

Reed Sinopharm Exhibitions
2016-04-22 12:37 364

SHANGHAI, 22 April 2016 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Industri Kesihatan (tHIS) 2016 telah dibuka di Shanghai di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional pada 17 April.

Penganjur mencapai rekod 380,000 imbasan kemasukan, 216,784 pengunjung profesional dan lebih 55,000 staf mempamer ke sidang kemuncak itu sepanjang empat hari. Sebagai persediaan untuk bilangan pengunjung yang ramai, bandaraya Shanghai memulakan mekanisme keselamatan peringkat perbandarannya dan meningkatkan kekerapan perkhidmatan keretapi untuk menghalakan orang ramai dan lalu lintas yang sesak ke lokasi itu. Hotel-hotel turut ditempah penuh semasa acara tersebut.   

Baru memasuki edisi keduanya, tHIS telahpun berkedudukan kukuh sebagai acara industri kesihatan terbesar dunia dengan lebih 330,000 meter persegi ruang pameran dan 107 persidangan individu.

Acara penting termasuk tiga pameran farmaseutikal dan kelengkapan perubatan terbaik China (CMEF, PHARMCHINA dan API China) dan forum pelaburan kesihatan penting – Healthcare China 2016. Forum pelaburan tahun ini telah dianjurkan bersama oleh Reed Sinopharm, JP Morgan Asset Management, CICC dan Sinopharm Capital dan telah dihadiri lebih 700 pelabur dan institusi terpilih.

Pameran tersebut menampilkan keseluruhan rantaian nilai industri dan mengetengahkan antara teknologi canggih terkini termasuk diagnostik genetik, robotik pemulihan, teknologi yang boleh dipakai, percetakan 3D dan lain-lain.

6,900 syarikat pempamer dari 30 negara berada di pameran itu menampilkan puluhan ribu produk dan perkhidmatan. Syarikat gergasi kelengkapan kesihatan terkemuka seperti GE, United Imaging, Siemens, Philips dan Mindray selain kumpulan farmaseutikal utama di China seperti Sinopharm, Shanghai Pharma dan CR Pharmaceuticals turut serta dengan reruai pameran yang besar.

Ekspo Kesihatan dan Nutrisi Semulajadi merupakan antara segmen paling cepat berkembang dalam portfolio itu, dibantu pertumbuhan populasi yang dijangka ekoran pemansuhan polisi anak tunggal selain kelas pertengahan yang mementingkan kesihatan semakin berkembang di China.

Dengan permulaan Rancangan Lima Tahun China yang ke-13 pada 2016, program "Health China 2020" menumpukan kepada pembangunan bersama kesihatan, pengeluaran farmaseutikal dan insurans kesihatan telah meletakkan industri kesihatan antara lima keutamaan untuk pembangunan di China dan sebahagian daripada strategi nasional.

Syarikat-syarikat di China yang secara tradisi tidak dikaitkan dengan kesihatan turut menggerakkan sejumlah besar pelaburan dan sumber ke dalam sektor ini, kebanyakannya menamakan semula syarikat mereka dalam proses itu untuk mencerminkan fokus liputan industri ini.  Syarikat gergasi antarabangsa seperti Alibaba, Lenovo, Fosun dan Wanda Group semuanya telah memasuki segmen-segmen penting dalam industri itu dengan jangkaan peluang-peluang besar pada masa depan.

Sidang kemuncak Industri Kesihatan dianjurkan oleh Reed Sinopharm, usahasama antara penganjur acara terkemuka dunia Reed Exhibitions dan kumpulan farmaseutikal milik negara utama China Sinopharm. Edisi seterusnya akan diadakan pada Mei 2017 di Shanghai.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160421/358198

 

 

Source: Reed Sinopharm Exhibitions
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Trade show news