omniture

Instappy Melancarkan Program Penjual bagi Membantu Pembangun Aplikasi, Web dan Agensi Kreatif

Menawarkan Ciri-ciri dan Perkhidmatan Menarik untuk Kitaran Pembangunan Aplikasi yang Lebih Berkesan dan Menguntungkan
Instappy
2016-04-22 13:36 281

NEW DELHI, 22 April 2016 /PRNewswire/ -- Instappy, iaitu platform pembangunan aplikasi mudah alih berasaskan awan yang pesat mengumumkan program rakan kongsi Penjualnya. Program ini memperluaskan platform pembangunan aplikasi Buat Sendiri (DIY) canggih yang proprietari milik Instappy kepada agensi web, agensi media, firma pembangunan dan syarikat kreatif bagi menambahkan pembangunan aplikasi ke dalam portfolio mereka. Pertambahan penyelesaian mudah alih ini akan menyediakan aliran pendapatan baharu, membantu mengekalkan pelanggan sedia ada, meningkatkan pemerolehan pelanggan baharu dan membantu syarikat kekal mendahului saingan. Rakan kongsi penjual kini dapat mencipta aplikasi pacuan Android dan iOS yang menarik secara visual, berkuasa dan profesional untuk para pelanggan, tanpa perlu menghabiskan masa atau wang untuk membuat walau satu baris pengekodan.

Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160420/801328

Ambika Sharma, Pengarah & Pengarah Urusan, Instappy berkata, "Dalam dunia yang semakin mementingkan elemen digital, mobiliti kian pesat menjadi keutamaan tertinggi buat sesebuah perniagaan. Memandangkan industri pembangunan aplikasi telah banyak beroleh manfaat daripada peningkatan permintaan, pertumbuhan ini telah mengatasi keupayaan semasa dalam memenuhi keperluan tersebut. Dengan merevolusikan industri pembangunan aplikasi menerusi perkhidmatan berasaskan awan kami, kini kami bersedia untuk menyokong pertumbuhan pantas industri ini dan merapatkan jurang antara permintaan dan bekalan terhadap pembangunan aplikasi melalui program Penjual kami. Platform ini akan membantu pembangun aplikasi meningkatkan kecekapan kitaran pembangunan aplikasi mereka serta akan membantu mereka meningkatkan hasil perniagaan."

Pek permulaannya mampu milik dan membolehkan agensi untuk mencubanya sebelum meningkatkan tawaran mereka dan ia amat sesuai buat individu yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, yang dapat menyampaikan aplikasi tersebut kepada kumpulan pelanggan terpilih. Versi Perusahaan mempunyai platform berlabel putih yang membolehkan pihak penjual memiliki sebuah platform menggunakan jenama mereka sendiri. Kesemua pelan untuk rakan kongsi penjual menyediakan aplikasi profesional platinum dengan CM terbina dalam yang berfungsi sepenuhnya bagi memberikan kawalan aplikasi yang maksimum, latihan berpasukan dan sokongan dalam talian premium, indeks Google untuk aplikasi, pengehosan awan yang selamat, analitik masa sebenar, bahan pemasaran, pengurus akaun khas serta petunjuk perniagaan setempat, dan juga diskaun pukal yang amat menarik sehingga 80% potongan.

Latar Belakang Instappy: 

Instappy ialah sebuah platform penciptaan aplikasi mudah alih berasaskan awan yang membolehkan pengguna membangunkan aplikasi yang intuitif, menarik dan asli sepenuhnya untuk iOS serta Android, secara serta merta. Kami memberi kemudahan untuk sesiapa sahaja mencipta aplikasi profesional dengan segera, berpatutan, intuitif dan menarik. Penyesuaian tanpa had, kemas kini dan tanpa kemahiran pengekodan bagi membolehkan anda memulakan perniagaan secara mudah alih.

Pautan: http://www.instappy.com/
Penjual: http://www.instappy.com/reseller.php
Video Penjual: https://youtu.be/V-JZ_BRQX6Q

Maklumat Perhubungan Media
Honey Mehra
+91-9013979787 

Source: Instappy
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics