omniture

Laporan CSR Tahunan 2015 Infinitus Diterbitkan

LKK Health Products Group
2016-04-25 12:55 439

GUANGZHOU, China, 25 April 2016 /PRNewswire/ -- Infinitus, ahli LKK Health Products Group (LKKHPG), menerbitkan Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat 2015 Infinitus (Laporan) pada 23 April 2016. Ini merupakan tahun kesembilan berturut-turut Infinitus menerbitkan laporan CSR tahunannya sejak 2008.

Laporan CSR Tahunan 2015 Infinitus Diterbitkan
Laporan CSR Tahunan 2015 Infinitus Diterbitkan

 

Scan the QR code for reading the Report on Wechat
Scan the QR code for reading the Report on Wechat

Laporan itu dibuat mengikut edisi keempat Garis Panduan Inisiatif Pelaporan Global (GRI). Ia merangkumi prestasi CSR empat ahli Infinitus di Tanah Besar China, Taiwan, Hong Kong dan Malaysia, dan ia turut mengetengahkan sebahagian amalan CSR yang dimulakan oleh tiga ahli baharu LKKHPG iaitu Naturale (China) Pharma Co., Ltd., HeHa Digital Health Ltd., dan Infinitus Property Investment Company Ltd.

Laporan itu diterbitkan dalam format bercetak dan digital. Versi bercetak menghuraikan amalan CSR Infinitus yang paling signifikan dalam enam aspek: kesihatan, kualiti, kakitangan, rakan kerjasama, persekitaran dan komuniti. Versi digital dikeluarkan dalam tiga bahasa, termasuk bahasa Cina mudah,  Cina tradisional dan bahasa Inggeris.

Dalam Laporan itu, Infinitus menggambarkan idea CSRnya melalui perumpamaan kegunaan buah oren: di mana ada yang menggunakan kulitnya dan ada yang membuat jus, sumber-sumber biasanya mempunyai pelbagai kegunaan dan nilai. Namun orang ramai cenderung memfokus dan menggunakan yang biasa, dan tidak mengendahkan yang selebihnya. Ini menyebabkan pembaziran sumber. Ia menunjukkan hanya dengan mewujudkan nilai dikongsi barulah hasil sama beruntung dapat diperoleh.

Laporan itu menyatakan penubuhan tiga unit perniagaan baharu pada 2015 untuk mewujudkan ekosfera lebih besar bagi pembangunan mampan yang terkongsi untuk syarikat itu dan masyarakat. Syarikat itu bersungguh-sungguh dalam mengoptimumkan perladangan dan pengurusan herba China untuk memastikan kualiti sumber; ia turut memanfaatkan kelebihan platform media sosial untuk membantu masyarakat membina gaya hidup sihat dan hidup dengan lebih menyeronokkan. Semua ini selari dengan perniagaan produk kesihatan Infinitus yang memacu kemajuan industri produk kesihatan merentasi rantaian perindustrian dan memberi manfaat kepada lebih ramai pemegang saham.

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG berkata, "Untuk mewujudkan nilai terkongsi bagi komuniti bukan sekadar trend terkini, tetapi turut menjadi laluan kepada kelestarian syarikat. Mengutamakan 'Si Li Ji Ren' (mempertimbangkan kepentingan semua pihak sebelum bertindak) sebagai nilai teras, syarikat itu meletakkan dirinya dalam sistem ekologi dan rantaian nilai lebih besar, seterusnya mengenal pasti peluang pembangunan lebih besar.

Klik untuk versi penuh Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat 2015 Infinitus

http://www.lkkhpg.com/zh-cn/sustainability/csr-reports

Latar Belakang LKK Health Products Group

LKK Health Products Group merupakan ahli Lee Kum Kee Group, perusahaan Hong Kong berusia seabad. Beribu pejabat di Hong Kong, LKKHPG terlibat dalam perladangan herba China; R&D, pengeluaran, jualan dan servis produk kesihatan herba China; platform internet mudah alih; dan pelaburan harta tanah. Ahli LKKHPG termasuk Infinitus (China) Company Ltd., Infinitus (Hong Kong) Company Ltd., Infinitus International Company Ltd., Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd., Naturale (China) Pharma Co., Ltd., HeHa Digital Health Ltd., dan Infinitus Property Investment Company Ltd.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160422/0861603658
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160422/0861603658-a

Source: LKK Health Products Group
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility