omniture

MetaTrader 5 Kini Menyediakan Opsyen Perlindungan Nilai

MetaQuotes Software Corp.
2016-04-25 13:45 306

LIMASSOL, Cyprus, 25 April, 2016 /PRNewswire/ -- Hari ini, MetaQuotes Software Corp. melancarkan versi baharu platform perdagangan MetaTrader 5 binaan 1325. Ciri paling penting yang ditambah ialah opsyen perlindungan nilai yang setakat ini hanya menyokong MetaTrader 4. Kini, platform tersebut membolehkan pengguna membuka posisi bertentangan dalam instrumen kewangan yang sama.

Pengenalan opsyen perlindungan nilai yang mendapat permintaan luas ini dijangka dapat menggalakkan lebih ramai peniaga dan broker untuk beralih kepada MetaTrader 5. Tiada lagi alasan untuk terus menggunakan MetaTrader 4: akhirnya, peniaga mampu menggunakan kaedah perlindungan nilai yang serupa, dilengkapi semua kelebihan dengan menggunakan platform MetaTrader 5 yang hebat.

"Mengapa perlu menggunakan dua platform sedangkan anda boleh mengakses semua fungsi yang diperlukan menerusi salah satu daripadanya?" ulas Renat Fatkhullin, CEO MetaQuotes Software Corp. "MetaTrader 5 bukan sekadar platform berbilang aset. Kini ia menawarkan ciri-ciri khusus untuk pasaran kewangan yang berbeza. Sistem perdagangan dengan hasil bersih kini disediakan untuk peniaga pertukaran, manakala peniaga tukaran mata wang boleh menggunakan opsyen perlindungan nilai yang serupa."

Selain itu, versi MetaTrader 5 baharu ini boleh menguji robot perdagangan serta petunjuk teknikal menggunakan profil semakan sebenar. Ciri baharu ini dapat meningkatkan ketepatan laporan menerusi pengujian dan pengoptimuman Penasihat Pakar, seraya mengurangkan risiko kerugian buat peniaga. Satu lagi hasil inovasi dalam MetaTrader 5 ialah fungsi sembang terbina dalam yang membolehkan perbincangan dibuat berhubung berita kewangan serta strategi perdagangan bersama peniaga lain terus daripada platform tersebut.

Versi platform baharu ini juga menampilkan panduan pengguna yang lebih mudah dengan lebih banyak ilustrasi, gambar rajah penerangan, imej yang interaktif serta video. Panduan pengguna yang dikemas kini hanya mengandungi sedikit teks, namun ia menyediakan lebih banyak maklumat penting.

Latar Belakang MetaQuotes Software
Ditubuhkan pada tahun 2000, MetaQuotes Software Corp. telah membangunkan platform perdagangan untuk pasaran kewangan menerusi tanda dagang MetaTrader. Organisasi ini dikenali di peringkat antarabangsa selaku peneraju dalam pasaran perisian kewangan. Platform perdagangan MetaTrader kini ditawarkan oleh beratus-ratus syarikat broker dan bank di serata dunia. http://www.metaquotes.net

Latar Belakang MetaTrader 5 
Platform MetaTrader 5 memberikan prestasi yang tinggi dan kebolehskalaan dalam mengendalikan urus niaga kewangan menerusi pelbagai pasaran (Forex, saham dan niaga hadapan untuk broker institusi serta perniagaan). Platform ini disediakan melalui aplikasi perdagangan untuk peranti Windows, iOS dan Android. Ia turut menawarkan penyelesaian integrasi dan API agar dapat terhubung dengan bursa global serta pembekal kecairan. http://www.metatrader5.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140424/683323
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160422/358784

Source: MetaQuotes Software Corp.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology New products/services