omniture

Projek Realiti Maya G2A.COM- G2A Land Pemenang Anugerah Stevie 2016 di Las Vegas

G2A.com
2016-04-25 18:59 383

RZESZÓW, Poland dan LONDON dan HONG KONG, 25 April 2016 /PRNewswire/ -- G2A.COM meraih Anugerah Stevie di Las Vegas pada bulan Mac 2016 untuk G2A Land dalam kategori Produk dan Perkhidmatan Baharu. Projek Realiti Maya tersebut mendapat sambutan hebat hasil daripada teknik baharu yang dapat meningkatkan pengalaman pengguna. G2A Land  G2A Land Newswire

Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160423/359196
Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160423/359197

G2A.COM, iaitu pasaran permainan digital yang paling pesat berkembang di dunia, melabur lebih 25 juta Euro selama dua tahun dalam sektor penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan teknologi baharu yang canggih sebagai sebahagian daripada Ekosistem G2A. Menerusi Realiti Maya (VR), projek penyelidikan berkaitan G2A Land, teknik reka bentuk baharu merupakan yang pertama berjaya dihasilkan dalam bidang VR. Baru-baru ini, BBC mengisytiharkan tahun 2016 sebagai Tahun Realiti Maya memandangkan semakin banyak hasil inovasi berjaya menarik minat global tentang cara VR dapat digunakan dan dilaksanakan bagi meningkatkan pengalaman.

G2A Land menyediakan pengalaman roller coaster yang mendebarkan, lapangan sasar, panggung wayang serta dunia bawah air. Keriangan ini lebih dinikmati dengan meninjau G2A Land sambil memakai Kaca Mata Oculus bagi memperoleh kesan 3D. G2A Land boleh dimuat turun secara percuma tidak lama lagi. http://www.g2a.com

CEO dan Pengasas Bersama G2A Bartosz Skwarczek berkata ia satu penghormatan besar apabila berada dalam senarai pemenang Anugerah Stevie. "G2A terharu kerana hasil kerja dan projek-projek baharu kami mendapat perhatian serta dihargai dan kerja keras pasukan G2A diiktiraf oleh para hakim peringkat antarabangsa."

Jacqueline Purcell, Ketua Perhubungan Awam Global G2A berkata: "Tahun ini, terdapat lebih 2100 penyertaan bagi anugerah Stevie yang dihantar oleh pelbagai organisasi dari 36 buah negara. Kami berbesar hati kerana berjaya meraih anugerah ini. Ini merupakan satu kejayaan hebat buat G2A Land."

Wakil PR Global G2A, Katarzyna Szymczak-Skalska menerima anugerah tersebut bagi pihak Pasukan Projek Realiti Maya G2A, yang terdiri daripada 450 kakitangan G2A yang bekerja keras serta semua para pemain yang berada di serata dunia. "Setiap hari, menerusi apa jua cara, G2A menyediakan perkhidmatan kepada pemain yang bersemangat, manakala para pemain yang mempunyai minat yang tinggi ini menunjukkan kepada kami apa yang mereka inginkan bagi memperoleh pengalaman pelanggan yang hebat."

Anugerah Stevie merupakan anugerah perniagaan terulung di dunia. Ia diwujudkan pada tahun 2002 bagi mengiktiraf dan memberi pengiktirafan awam terhadap pencapaian serta sumbangan positif yang dibuat oleh organisasi dan juga golongan profesional yang berusaha di seluruh dunia. Anugerah Stevie kini menjadi salah satu anugerah yang paling menjadi rebutan di seluruh dunia. http://www.stevieawards.com

Pasukan VR G2A kini membangunkan projek baharu seperti aplikasi VR Gotham yang tidak lama lagi bakal disediakan di seluruh dunia buat para peminat Realiti Maya.

G2A Land  G2A Land Newswire

Pengarang:

Jacqueline Purcell
jpurcell@G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology Awards