omniture

Ahli Mendapat Lebih Ganjaran -- Memperkenalkan Pasaran Pengalaman Baharu serta Kelebihan Elit

Marriott Rewards beri kelebihan kepada Ahli bagi mendapatkan yang terbaik daripada percutian
Marriott International
2016-04-26 19:46 354

HONG KONG, 26 April 2016 /PRNewswire/ -- Marriott Rewards, program kesetiaan Marriott International yang merangkul anugerah, hari ini mengumumkan tiga kelebihan baharu yang memudahkan Ahlinya untuk meneroka setiap perkara yang mereka gemari serta menikmati percutian dengan sepenuhnya.

 

 

  • Jaminan daftar keluar lewat akan memberikan Ahli Elit Emas dan Platinum daripada Marriott Rewards serta The Ritz-Carlton Rewards lebih kefleksibelan dan kemudahan apabila melancong.
  • Pasaran pengalaman Marriott Rewards baharu memberikan semua Ahlinya, termasuk Ahli The Ritz-Carlton Rewards lebih akses bagi memperoleh pelbagai pengalaman yang unik dan tersusun.
  • Bagi kumpulan awal daripada Ahli Elit Marriott Rewards, perkhidmatan rencam Elit baharu akan menyediakan perkhidmatan rencam khusus buat mereka agar pengalaman pelancongan mereka menjadi lebih selesa dan memenuhi keperluan individu.

"Bagi mengganjari kesetiaan Ahli kami, Marriott Rewards akan menyediakan lebih banyak ganjaran berbanding kelebihan yang disediakan oleh hotel biasa," kata Anka Twum-Baah, Naib Presiden, Kesetiaan & Kepuasan Pelanggan, Asia Pasifik di Marriott International. "Matlamat kami bukan sekadar untuk memberikan kefleksibelan dan kebebasan, bahkan kami turut menyediakan peluang menarik yang membantu Ahli kami menikmati setiap yang mereka paling gemari semasa melancong. Ganjaran yang diperibadikan dan berasaskan pengalaman ialah cara kami untuk mengganjari Ahli kami yang paling setia."

Jaminan daftar keluar lewat

Kelebihan jaminan daftar keluar lewat ini bakal disediakan buat Ahli Emas dan Platinum Marriott Rewards serta The Ritz-Carlton Rewards yang akan menikmati pengalaman percutian yang lebih lancar apabila merancang perjalanan mereka. Setiap Ahli ini akan menerima jaminan daftar keluar lewat iaitu selewat jam 4 petang. Ahli-ahli dapat memohon daftar keluar lewat apabila membuat tempahan melalui telefon, apabila mendaftar masuk menggunakan Aplikasi Mudah Alih Marriott, atau ketika tiba di hotel. Kelebihan ini disediakan di semua hotel Marriott Rewards yang mengambil bahagian sepenuhnya, kecuali resort, hotel konvensyen dan Marriott Vacation Club. Marriott Rewards dan The Ritz-Carlton Rewards akan terus menawarkan kelebihan memohon daftar keluar lewat kepada Ahli Elit Perak pada hari mereka mendaftar keluar. Jaminan daftar keluar lewat ini akan dilancarkan di Asia Pasifik dan seluruh dunia pada 16 Mei.

Pasaran pengalaman

Menerusi pasaran pengalaman, semua Ahli Marriott Rewards dan The Ritz-Carlton Rewards berpeluang menunaikan impian mereka dengan memilih pelbagai pilihan acara khas yang disusun serta peluang penerokaan. Sama ada demonstrasi kulinari yang eksklusif bersama cef terkenal di dunia; tiket VIP ke konsert dan pertunjukan fesyen; mahupun ganjaran istimewa di acara sukan terkenal seperti Minggu Ragbi HKSEVENS, anjuran Marriott Rewards di Hong Kong awal bulan ini, semua Ahli dapat menebus mata ganjaran Marriott Rewards atau The Ritz-Carlton Rewards untuk mengakses pasaran yang mempunyai pengalaman unik ini yang membolehkan mereka meneroka minat tersendiri dengan cara yang paling bermakna dan mengesankan. Pasaran pengalaman ini disediakan di seluruh dunia buat semua ahli pada akhir bulan Mei.

Perkhidmatan rencam Elit

Kumpulan awal daripada Ahli Elit Marriott Rewards akan ditawarkan untuk menerima perkhidmatan rencam Elit baharu. Dengan menjalin hubungan bersama Ahli, perkhidmatan rencam tersebut mampu mengenal pasti keperluan unik mereka, bagi memastikan keutamaan Ahli diambil kira dan keperluan mereka dipenuhi sebelum, semasa mahupun selepas penginapan mereka. Perkhidmatan rencam ini juga boleh menempah kemudahan di penginapan tersebut seperti restoran dan rawatan spa, selain membuat persiapan untuk upacara khas. Perkhidmatan ini akan dilancarkan pada akhir bulan Mei di A.S. dan bakal diperkenalkan secara berperingkat di Asia Pasifik dan seluruh dunia. Marriott Rewards akan berhubung secara aktif dengan kumpulan Ahli asal ini dan akan mendapatkan maklum balas daripada mereka bagi menambah baik perkhidmatan tersebut.

Kelebihan baharu ini ialah contoh terkini daripada Marriott Rewards bagi menunjukkan kepada Ahli bahawa kesetiaan terhasil daripada kedua-dua pihak. Ini diikuti oleh pengumuman yang dibuat baru-baru ini berkaitan Kadar Ahli yang eksklusif yang menjamin harga terendah buat Ahli yang menempah secara terus serta kelebihan lain yang diperkenalkan baru-baru ini termasuk Perkongsian Mata, Tunai + Mata, Mata Tambahan dan juga Kredit Penebusan Penginapan.

Jaminan daftar keluar lewat akan dimulakan di Asia Pasifik dan seluruh dunia pada 16 Mei. Pasaran pengalaman dan perkhidmatan rencam Elit akan diperkenalkan secara berperingkat di Asia Pasifik setelah dilancarkan di A.S. pada akhir Mei.

Marriott Rewards ialah program kesetiaan Marriott International yang meraih anugerah yang melibatkan 17 jenama dan lebih 4,200 hartanah di seluruh dunia. Marriott Rewards boleh disertai secara percuma serta tiada tarikh terhalang, dan setiap Ahli dapat memperoleh dan menebus mata ganjaran daripada hartanah Marriott International di serata dunia dan juga menerusi rakan kongsi mewah eksklusif Marriott Rewards, The Ritz-Carlton®. Setiap Ahli juga dapat menebus mata ganjaran bagi jarak perjalanan penerbang kerap, pelayaran, kereta sewa, barangan dan banyak lagi. Dengan menyediakan akses ganjaran menerusi pendekatan yang moden dan mudah, Marriott Rewards terus menjadi peneraju dalam industri ini. Marriott Rewards telah meraih Anugerah Freddie bagi "Program Ganjaran Hotel Terbaik di benua Amerika" sejak lapan tahun lalu dan pernah meraih Anugerah Perjalanan Kerap sebanyak dua kali bagi "Program Ganjaran Hotel Terbaik." Selain itu, program tersebut turut dipilih sebagai program ganjaran hotel terbaik oleh para pembaca U.S. News & World Report, About.com, Business Traveler, Global Traveler, Executive Travel dan juga majalah BusinessWeek. Untuk menyertai dan mendapatkan lebih maklumat tentang Marriott Rewards, para tetamu boleh melayari MarriottRewards.com.

Latar Belakang Marriott International

Marriott International, Inc. (NASDAQ: MAR) ialah sebuah syarikat penginapan utama global yang berpangkalan di Bethesda, Maryland, AS, yang memiliki lebih 4,400 hartanah di 87 buah negara serta wilayah. Marriott International melaporkan perolehan melebihi $14 bilion bagi tahun fiskal 2015. Syarikat tersebut mengendalikan dan memfrancaiskan hotel serta melesenkan resort pemilikan percutian yang terdiri daripada 19 jenama, termasuk: The Ritz-Carlton®, BVlgari®, EDITION®, JW Marriott®, Autograph Collection® Hotels, Renaissance® Hotels, Marriott Hotels®, Delta Hotels and Resorts®, Marriott Executive Apartments®, Marriott Vacation Club®, Gaylord Hotels®, AC Hotels by Marriott®, Courtyard®, Residence Inn®, SpringHill Suites®, Fairfield Inn & Suites®, TownePlace Suites®, Protea Hotels® serta Moxy Hotels®. Marriott terus mendapat pengiktirafan sebagai majikan terbaik dan menerusi etika perniagaannya yang hebat. Syarikat tersebut juga mengurus program kesetiaan tetamu yang meraih anugerah, iaitu program Marriott Rewards® dan The Ritz-Carlton Rewards® yang kedua-duanya memiliki hampir 55 juta ahli. Sebarang maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan, sila layari laman sesawang kami di www.marriott.com, dan bagi mendapatkan berita syarikat yang terkini, layari www.marriottnewscenter.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160205/8521600770LOGO-a

Source: Marriott International
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel