omniture

Huawei Menyokong Aplikasi NB-IoT dalam Industri Vertikal melalui Inovasi dan Kolaborasi

Huawei
2016-04-27 12:31 432

LONDON, 27 April 2016 /PRNewswire/ -- Sempena Kongres Dunia M2M di London, Huawei berkongsi strategi dan inovasi Jalur Sempit Internet of Things (NB-IoT) bagi memajukan aplikasi IoT dan bandar pintar yang menyediakan faedah dari segi sosial dan ekonomi. Huawei juga mendemonstrasikan bagaimana ia membangunkan sebuah ekosistem yang saling terhubung bagi mencapai potensi NB-IoT yang sebenar termasuk kolaborasinya bersama Vodafone bagi melancarkan Makmal Terbuka Vodafone NB-IoT di Newbury, U.K.

Dalam usaha pembangunan ekosistemnya, pada 25 April 2016, Huawei dan Vodafone mengumumkan pelancaran Makmal Terbuka Vodafone NB-IoT, yang bertujuan untuk membantu pihak ketiga menjalankan perkhidmatan termasuk verifikasi penyelesaian rangkaian, inovasi aplikasi baharu, integrasi peranti, kajian model perniagaan serta pensijilan pematuhan produk bagi mendorong kemajuan aplikasi dalam industri vertikal selain menggalakkan pembangunan rantaian bekalan.

Teknologi NB-IoT muncul sebagai Kawasan Luas Berkuasa Rendah (LPWA) dipiawaikan oleh 3GPP, yang menyediakan pelbagai kelebihan penting termasuk menyokong lebih 100,000 sambungan bagi setiap sel, hayat bateri yang panjang iaitu selama 10 tahun, liputan yang luas dengan perolehan 20db daripada rangkaian GSM, keselamatan yang dipertingkat hasil sokongan sistem pengesahan dua hala dan penyulitan antara muka yang kukuh, selain memberi kestabilan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi bagi menyokong aplikasi IoT serta bandar pintar.

Pada masa ini, Huawei menawarkan portolio penyelesaian IoT yang komprehensif. Selain peralatan rangkaian sedia ada, Huawei turut menawarkan platform pengurusan perniagaan bersepadu dan set cip komunikasi bagi memberi sokongan yang berkesan buat syarikat-syarikat telekomunikasi untuk penggunaan komersial penyelesaian NB-IoT.

"Aplikasi IoT menyediakan peluang hebat dalam mengubah kaedah sesebuah perniagaan dan bandar berhubung bagi memberi faedah sosial dan ekonomi yang banyak. Namun begitu, usaha mencapai potensi sebenar aplikasi IoT seperti permeteran pintar dan tempat letak kereta pintar memerlukan inovasi dan kolaborasi dalam teknologi NB-IoT bagi memastikan ketersambungan yang selamat, stabil dan juga mantap," kata Paul Scanlan, Presiden Perundingan Perniagaan & Rangkaian, Huawei. "Bersama rakan kerjasama kami, Huawei akan mengaplikasikan inovasi NB-IoT yang terkini bagi menangani cabaran utama yang berlaku dalam aplikasi IoT dan juga bandar pintar. Selaku penaja platinum Kongres M2M, kami percaya ini merupakan forum penting yang dapat menghimpunkan bersama pakar-pakar industri bagi membincangkan inovasi serta amalan terbaik berkaitan pembangunan teknologi NB-IoT yang mampan yang menyokong aplikasi IoT serta bandar pintar, seraya mewujudkan dunia yang terhubung lebih baik."

Sehingga kini, Vodafone, Huawei dan u-blox telah pun menyiapkan ujian percubaan komersial teknologi NB-IoT prastandard dengan jayanya. Hasil kejayaan mengintegrasikan teknologi dalam rangkaian mudah alih sedia ada pihak operator di Sepanyol, syarikat-syarikat telekomunikasi akan dapat menyediakan perkhidmatan permeteran berjarak jauh kepada para pengguna pada masa depan. Set cip dan perisian daripada Huawei turut menyokong ujian percubaan teknologi pra-NB-IoT yang berjaya ini yang menghasilkan komunikasi jalur sempit dalam frekuensi syarikat telekomunikasi. Penggunaan teknologi NB-IoT mendapat lesen spektrum selular, yang bermaksud teknologi ini adalah selamat dan kurang terdedah kepada gangguan serta dijamin dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Ujian percubaan selanjutnya serta penggunaan teknologi ini secara komersial dan meluas sedang dirancang oleh syarikat-syarikat tersebut.

Pada masa depan, Huawei akan terus melabur dalam inovasi dan komited dalam membangunkan ekosistem yang mantap serta terbuka bagi memacu inovasi serta pengkomersialan teknologi NB-IoT. Bersama rakan strategiknya seperti Vodafone, Huawei akan menerajui usaha pembangunan ketersambungan NB-IoT menerusi beberapa industri vertikal yang berbeza termasuk utiliti, pertanian, pembuatan, barang boleh pakai dan pengangkutan bagi mewujudkan dunia yang terhubung lebih baik.

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) utama global. Didorong oleh inovasi yang mengutamakan pelanggan serta perkongsian terbuka, Huawei telah mewujudkan portfolio penyelesaian ICT yang lengkap bagi memberikan kelebihan daya saing kepada pelanggannya menerusi rangkaian telekomunikasi dan perusahaan, peranti serta pengkomputeran awan.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami melalui:

http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.google.com/+Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Joint ventures New products/services