omniture

Lenovo Perkenal ZUK Z2 Pro yang Mengubah Industri

Produk Utama Android Menyepadukan 10 Sensor Profesional dan Cipta Sembilan Rekod Dunia
Lenovo ZUK
2016-04-27 22:12 305

BEIJING, 27 April 2016 /PRNewswire/ -- Lenovo melancarkan telefon pintar baharu utamanya, ZUK Z2 Pro pada 21 April 2016, berjaya mencipta sembilan rekod industri dalam proses ini. Selain beberapa rekod prestasinya yang lain, Z2 Pro ialah telefon pintar pertama yang mengaktifkan sepenuhnya prestasi cip Qualcomm Snapdragon 820 dan menyepadukan sepuluh sensor profesional.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160426/359935

Sebagai produk utama Android yang terkini, Lenovo ZUK Z2 Pro berjaya mencipta sembilan rekod dunia. Telefon pintar ini merupakan produk utama Android pertama dunia yang:

  • Mengaktifkan 100% prestasi Snapdragon 820;
  • menyepadu sepuluh sensor profesional;
  • mempunyai fungsi kadar denyutan jantung, oksigen dalam darah dan pengesanan UV;
  • mengguna pakai rangka badan kaca 3D yang sebenar;
  • menyediakan fungsi mengambil gambar melalui kadar denyutan jantung;
  • mampu membuka kunci telefon walaupun dengan cap jari yang basah;
  • mempunyai kelajuan carian rangkaian terpantas di dunia;
  • menyokong penyegerakan iCloud;
  • menyokong pembelian perkhidmatan perayauan luar negara dengan rangkaian bebas.

Mengaktifkan 100% Snapdragon 820 Buat Pertama Kali

Dilengkapi cip Snapdragon 820, Z2 Pro menentukan secara eksklusif konsep SPU (Unit Pemprosesan Sensor). Dibangunkan berasaskan struktur pemproses CPU+GPU+SPU, Z2 Pro ialah telefon pintar pertama dunia yang mengaktifkan 100% prestasi platform Snapdragon 820.

Dengan sepuluh sensor profesional dan SPU, Z2 Pro dapat menanggapi dunia sebenar melalui data. ZUK juga membangunkan Aplikasi "U-health", menjadikannya produk utama yang benar-benar memahami bidang sukan, kerana ia bukan sahaja dapat memantau dan menganalisis, bahkan dapat menyediakan saranan profesional.

Rangka Badan Kaca 3D Sebenar Menampilkan Reka Bentuk Serapan Kejutan RollCage

Lenovo ZUK Z2 Pro ialah produk terbaik pertama yang mengguna pakai rangka badan kaca 3D sebenar yang membezakannya daripada rangka badan kaca 2.5D agar dapat memenuhi keperluan ergonomik dengan cara yang terbaik dan memberikan keselesaan memegang telefon pintar yang terbaik. Reka bentuk serapan kejutan RollCage yang unik, berserta bentuk jambatan gerbang dan kaca 3D yang sama tebal, boleh menambah baik keupayaan tahan tekanan dengan berkesan dan memberikan perlindungan terhebat kepada telefon bimbit.

Skrin Super AMOLED 5.2", Bingkai Terkecil di Dunia

Lenovo ZUK Z2 Pro berbangga dengan skrin Super AMOLED 5.2" 1080P HD penuh Samsung generasi terkini, dengan kadar kecerahan yang minimum iaitu hanya 1 nit, dan maksimum 500 nit. Paling ketara, Z2 Pro direka bentuk dengan sempadan berwarna hitam yang hampir tidak kelihatan setebal 0.05mm dan jumlah lebar bingkai ialah hanya 1.41mm dan ia merupakan rekod baharu dalam industri ini.

Apertur tinggi + Piksel tinggi + Dwi-IS, Menyokong Fokus Dwi-Mod PDAF+CAF

Lenovo ZUK Z2 Pro merupakan kumpulan telefon pintar pertama dunia dengan apertur setinggi F1.8, piksel setinggi 1.34μm, telefon bimbit dengan dwi-IS, menyokong fokus dwi-mod PDAF+CAF, dengan memberi kesan hebat menerusi fokus berkelajuan tinggi, rakaman waktu malam, serta rakaman sukan. Ia menyokong rakaman video 4K, dan menyediakan fungsi rakaman berkelajuan ultra tinggi iaitu 960fps pada telefon bimbit buat pertama kalinya.

Telefon Bimbit Pertama Menyokong Pembukaan Kunci Dengan Cap Jari Basah

ZUK menyediakan lebih ciri pengoptimuman dan penambahbaikan menerusi fungsi U-touch yang diiktiraf, yang menyepadukan butang kembali, halaman utama dan berbilang tugas, bagi membolehkan pengguna ZUI OS 2.0 menyesuaikan pelbagai gerakan isyarat jari.

Pembukaan kunci melalui cap jari pada Z2 Pro hanya mengambil masa 0.1 saat, dan ini merupakan yang terpantas dalam pasaran. Ia juga merupakan telefon bimbit pertama yang menyokong fungsi membuka kunci telefon walau dengan cap jari yang basah.

Telefon Bimbit Android Pertama Menyokong Penyegerakan iCloud

Buat pertama kali, Z2 Pro menghubungkan ekosistem Android dan iOS. Khususnya, anda boleh menyegerakan data daripada iPhone dengan hanya log masuk ke dalam akaun iCloud melalui sistem ZUI dan menyelaraskan maklumat kenalan.

Memudahkan Pembelian Perayauan Data Luar Negara Bebas Web

Lenovo ZUK Z2 Pro direka bentuk dengan konfigurasi 7 mod dan 23 jalur. Selain itu, ia menyokong teknologi komunikasi suara VoLTE 4G yang terkini. Melalui penyelesaian uniknya, Z2 Pro mempunyai fungsi carian rangkaian serta menghubungkan kelajuan yang terpantas di dunia, dan menerusi fungsi perayauan data yang terbina dalam, pengguna dapat menikmati perayauan data di lebih 80 buah negara dan rantau. Peranti tersebut turut memudahkan pembelian perkhidmatan perayauan data yang bebas web.

Versi Premium Berharga RMB2,699

Lenovo ZUK Z2 Pro terdiri daripada versi premium dan utama, dengan kapasiti memori sebesar 128G dan 64G masing-masing, dengan pilihan warna hitam titanium serta putih porselin. Versi premium dilengkapi memori 6GB RAM + 128GB ROM dan berharga RMB2,699 (kira-kira $415) manakala versi utama dilengkap memori 4GB RAM + 64GB ROM.

Pesanan awal boleh dibuat bermula pada 10 Mei melalui laman sesawang rasmi ZUK.

Source: Lenovo ZUK
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Telecommunications New products/services