omniture

Daftar Sekarang: Ibu Kota Digital Eropah Anjurkan Minggu Web Berlin

Berlin Partner for Business and Technology
2016-04-28 10:00 238

BERLIN, 28 April 2016 /PRNewswire/ -- Bermula pada 7-17 Jun, usahawan, penulis blog, pembangun dan pereka bakal berhimpun di Berlin, ibu kota digital di Eropah bagi mengikuti Minggu Web Berlin kali kesembilan pada tahun ini. Menerusi kira-kira 20 persidangan, acara jalinan rangkaian, pameran dan juga forum, pengunjung berpeluang untuk membincangkan topik dan trend dalam ekonomi digital, ruang lingkup syarikat baharu dan landskap media digital. Dengan lebih 100 ceramah tentang pendigitan, Axel Springer NOAH16 Berlin ialah salah satu acara penting bagi Minggu Web Berlin tahun ini, selain persidangan oleh pengasas HEUREKA, instrumen Connexpo dan juga Sidang Kemuncak Fempreneur. Minggu Web Berlin 2016 semakin menumpukan terhadap aspek perniagaan dalam ekonomi digital. Acara-acara lain termasuk; persidangan e-dagang, K5 Berlin, persidangan kewangan pemasaran dalam talian, OMfin-Con; dan European Venture Market (Pasaran Usaha niaga Eropah) iaitu rangkaian persidangan untuk para usahawan. Minggu Web Berlin ialah satu inisiatif bersama Jabatan Ekonomi Negara Berlin, agensi Teknologi dan Penyelidikan serta pembangunan ekonomi, Berlin Partner for Business and Technology (Rakan Kongsi Berlin dalam Perniagaan Dan Teknologi).

Jadual acara tersebut disediakan di http://www.berlin-web-week.com.

Axel Springer NOAH16 Berlin 

NOAH Berlin menawarkan usahawan, pelaburan dan para pemikir industri digital dengan sebuah platform bagi mengadakan perbincangan terbuka mengenai trend semasa dalam ekosistem Internet. Axel Springer dan NOAH bersama-sama membawakan pencabar yang hebat dan juara terkemuka berserta lebih 100 ceramah dan juga perbincangan tentang subjek pendigitan. Acara terulung ini akan diadakan bermula pada 8 hingga 9 Jun 2016 di Tempodrom. Pendaftaran kini dibuka melalui http://www.noah-conference.com/request-invitation/

HEUREKA 

HEUREKA bermula sebagai salah satu persidangan pengasas pertama di Berlin dan menjadi salah satu acara paling penting bagi kategori syarikat baharu. Menerusi ucapan, sidang panel dan bengkel yang menjadi sumber inspirasi, para pengasas dan pengurus berkongsi pengetahuan mereka tentang faktor-faktor utama bagi mencapai kejayaan selain membantu para usahawan dan juga perintis digital terus memajukan perniagaan mereka. Acara yang berlangsung selama satu hari iaitu pada 7 Jun di Alte Münze Berlin, bakal menyediakan persekitaran yang amat sempurna untuk menjalin hubungan bersama pelabur yang bertaraf tinggi. Tiket Tempahan Awal masih dijual hingga akhir bulan April di http://www.heureka-conference.com.

Instrumen Connexpo 

Bermula pada 15 hingga 16 Jun 2016 di Tapak Pameran Berlin, instrumen Connexpo akan menghimpunkan para penyedia instrumen dan juga pakar teknologi digital. Peralihan digital di tempat kerja, khususnya bagi syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana menjadi tumpuan acara edisi ketiga ini. "Connexpo," iaitu gabungan antara Persidangan (Conference) + Ekspo (Expo) + Hubungan (Connection), diadakan bagi mengetengahkan kejayaan dalam proses pendigitan serta memperlihatkan bagaimana syarikat-syarikat berjaya berhubung secara digital bersama pelanggan, sebagai sebuah pasukan dan melalui pengurusan. Tiket disediakan di http://www.tools-berlin.de/en/TradeVisitors/Tickets

Sidang Kemuncak Fempreneur

#FemSum16 - Sidang Kemuncak Fempreneur 2016, sebuah acara yang menjadi sumber inspirasi buat golongan wanita yang bekerja sendiri dan berminat menubuhkan syarikat sendiri, bakal berlangsung di Hab Syarikat Baharu Berlin pada 9 Jun 2016. Persidangan tersebut akan merangkumi ucapan dasar yang disampaikan oleh pengasas dan pakar perniagaan wanita seperti Milena Glimbovski daripada Original Unverpackt, Val Racheeva daripada wefound.org, Masoud Kamali daripada WestTech Ventures, Felicia Mutterer daripada Straight Magazine dan ramai lagi. Tiket disediakan di http://www.eventbrite.de/e/fempreneur-summit-tickets-24189551600. Maklumat lanjut di http://www.fempreneur-summit.com

Hubungi:
Annabell Dörksen
jurucakap akhbar
+49-30-46302-599
annabell.doerksen@berlin-partner.de

Berlin Partner for Business and Technology

http://www.berlin-partner.com

Source: Berlin Partner for Business and Technology
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Trade show news