omniture

Aquatunes Pertingkat Pengalaman Mandi Anda

GROHE AG
2016-04-28 10:00 335

DÜSSELDORF, Jerman, 28 April 2016 /PRNewswire/ -- Gabungan bunyi yang tenang dan rekaan yang ringkas dengan teknologi terkini, Aquatunes dapat membawakan muzik kegemaran anda ke dalam bilik mandi. Pembesar Suara Bluetooth kalis air oleh GROHE dan Philips ini tidak dapat dimasuki air walaupun terkena semburan pancuran mandi dan merupakan cara terbaik untuk memulakan hari anda atau untuk menyegarkan diri setelah seharian berkerja. Aquatunes menbawa suatu dimensi terbaharu dalam mengecapi pengalaman mandian anda yang tersendiri, seperti yang dapat ditonton melalui video baharu ini yang dihasilkan oleh GROHE Design Studio: http://bit.ly/GROHE_Aquatunes_clip.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160420/357796)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160420/357797)

Hanya menggunakan butang Bluetooth untuk menghubungkan pembesar suara Aquatunes dengan telefon pintar atau tablet anda dan anda boleh menikmati hiburan muzik yang tiada tandingan. Jarak 10 meter bagi Bluetooth itu bermakna sumber audio boleh diletakkan pada suatu jarak yang selamat dan kering.

Penyesuai yang serba guna pula mudah dipasang tanpa perlu mengalihkan rel daripada dinding. Mekanisme putar dan pusing dapat mengunci pembesar suara wayarles dan boleh dibuka dengan cara yang sama.

Aquatunes membawakan keriangan bukan sahaja di dalam bilik mandi, malahan di dapur mahupun parti taman. Ia juga boleh dibawa ketika anda berjalan-jalan di tepi pantai atau ketika mengambil angin di taman. Berfungsi sehingga lapan jam dengan sekali cas, ia turut disertakan dengan pengecas induksi yang kalis air dan boleh memainkan muzik walaupun ketika sedang dicas.

Kawalan ringkas termasuk butang hidup/mati, kawalan bunyi, butang Bluetooth untuk menghubungkan peranti pintar serta trek togol untuk main terus/balik. Dua LED menunjukkan status sambungan Bluetooth dan juga hayat bateri.

Reka bentuk premium bersama kualiti audio yang hebat - Aquatunes bakal meningkatkan pengalaman mandi anda.

-Rujukan silang: Gambar disediakan di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.de/nr/15261/

Hubungi GROHE
Feldmühleplatz 15, 40545 Düsseldorf, Telefon: +49(0)211-9130-3000, http://www.grohe.com

Maklumat Perhubungan Media
HERING SCHUPPENER Unternehmensberatung für Kommunikation GmbH, Berliner Allee 44, 40212 Düsseldorf, Telefon: +49(0)211-430-79-266/-289,
E-Mel: grohe@heringschuppener.com

Source: GROHE AG
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Music Computer Accessories New products/services