omniture

Asia Plantation Capital Berhad Terus Melabur di Malaysia

Asia Plantation Capital Berhad
2016-04-28 18:30 766

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 April 2016 /PRNewswire/ -- Selari dengan strategi peluasan Asia Plantation Capital Berhad di Malaysia, syarikat pengurusan ladang mampan yang memenangi anugerah itu telah berkolaborasi dengan beberapa ladang bersaiz kecil dan sederhana di negara ini. Sebagai perintis dalam industri, Asia Plantation Capital telah menghasilkan gaharu sejak 2009, dan dikenali sebagai pemimpin pasaran dari segi pengetahuan saintifik dan teknik yang diperlukan untuk merangsang penghasilan teras kayu dipenuhi resin dari pokok Aquilaria melalui suntikan.

Aquilaria trees that were inoculated last November see resin produced (darkened area) in just three months
Aquilaria trees that were inoculated last November see resin produced (darkened area) in just three months

 

Sallie Foo, Director, and Veronica Lee, Company Director of Eco BlackGold, with the highly prized 80-year old agarwood feature at Asia Plantation Capital’s regional head office in Kuala Lumpur
Sallie Foo, Director, and Veronica Lee, Company Director of Eco BlackGold, with the highly prized 80-year old agarwood feature at Asia Plantation Capital’s regional head office in Kuala Lumpur

Tujuan pelbagai usaha sama ini adalah untuk membolehkan ladang-ladang tempatan yang kekurangan kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk mengadakan dan menguruskan ladang pokok Aquilaria mereka sendiri dengan menyediakan pengetahuan dan sokongan. Satu ladang tempatan seumpamanya, Eco BlackGold, telah menjadi salah satu rakan usaha sama Asia Plantation Capital sejak hujung 2014.

Bertempat di Negeri Sembilan, di selatan Kuala Lumpur, ladang Eco BlackGold mempunyai dua bidang tanah berukuran empat hektar. Sejak permulaan perjanjian lima tahun dengan Asia Plantation Capital, Eco BlackGold telah mempunyai sejumlah 5,655 pokok Aquilaria Sinensis dan baru-baru ini, pada April 2016, telah memperoleh 2,345 lagi pokok matang – menjadikan jumlah keseluruhan kira-kira 8,000 pokok. 

"Di Asia Plantation Capital, kami berusaha untuk menjadi pemimpin dalam bidang pengurusan ladang mampan," kata Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital, Asia Pasifik. "Oleh itu kami mempertimbangkan dengan teliti pihak yang bekerjasama dengan kami, dan kami berbesar hati bekerjasama dengan Eco BlackGold dalam pengurusan ladang mereka. Mereka merupakan salah satu rakan kerjasama terbesar kami, dan telah memberikan sokongan dan penerimaan yang besar terhadap idea dan usaha kami. Sepanjang tahun lalu, kami telah menggunakan teknologi berpaten kami untuk menyuntik  2,627 pokok Aquilaria di ladang ini, dan telah menyaksikan hasilnya dalam tempoh masa yang pendek. Dengan semakin banyak pokok diperolehi, kami yakin dapat memberikan hasil yang mantap dan konsisten."

Beliau meneruskan, "Saya yakin kolaborasi antara kedua-dua syarikat kami akan memberi banyak manfaat kepada pembangunan dan kelestarian spesies Aquilaria, dan mungkin dapat menetapkan tanda aras tertentu dalam industri. Proses ini amat mengujakan, dan kami teruja untuk mengorak langkah baharu dan memanfaatkan lebih banyak peluang pertumbuhan yang mendatang."

Sallie Foo, Pengarah Eco BlackGold berkata, "Dengan kombinasi kepakaran Asia Plantation Capital dan bekalan pokok-pokok kami, kerjasama ini bakal membawa perubahan kepada industri. Cukup jelas semasa kami menemui Asia Plantation Capital, kami berkongsi wawasan yang sama, kerana kedua-dua pihak mengambil berat tentang masa depan pokok-pokok yang terancam ini. Kami yakin kami telah membuat pilihan tepat dalam bekerjasama dengan Asia Plantation Capital, dan membolehkan mereka menguruskan ladang kami dengan cara yang mampan; pada masa wang sama menghasilkan kualiti dan kuantiti optimum kayu gaharu dan minyak Oud."

Eco BlackGold juga telah bermurah hati meminjamkan pameran kayu gaharu berusia 80 tahun yang bernilai tinggi kepada ibu pejabat serantau Asia Plantation Capital, yang dibuka secara rasmi bulan lalu, di pusat bandar Kuala Lumpur.

Secara semula jadi, pokok-pokok yang dijangkiti menghasilkan resin selepas 20 tahun atau lebih. Walubagaimanapun, di ladang yang diuruskan Asia Plantation Capital, gaharu dihasilkan seawal tujuh tahun, dan digunakan untuk pelbagai produk.

Sehingga kini, Asia Plantation Capital telah menyuntik sejumlah 3,482 pokok Aquilaria di Malaysia. Pokok yang disuntik dipantau secara teliti oleh pakar terkemuka global dalam pasukan penyelidikan dan pembangunan Asia Plantation Capital, menggunakan tag berkoordinat GPS secara individu. Selain itu, audit pokok yang terperinci dijalankan setiap tiga bulan, sehingga masa tuaian.

Usaha sama ini merupakan sebahagian strategi pertumbuhan Asia Plantation Capital untuk terus melabur dan meluaskan operasi di Malaysia sepanjang beberapa tahun akan datang.

Nota kepada Editor

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Zaahira Muhammad
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran Kanan
Emel:zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +6012 203 5344

Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran
Emel:samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Mobil: +65 9144 0933

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital Berhad di Malaysia kini banyak melabur dalam sektor perladangan Malaysia, membangunkan ladang dan kilang baharu untuk pengeluaran gaharu dan lain-lain produk berkaitan untuk pasaran eksport antarabangsa. Syarikat ini terus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan memindahkan ibu pejabatnya ke pusat bandar Kuala Lumpur, setahun selepas membuka kilang pemprosesan dan penapisan Gaharu terbesar Asia Tenggara di Johor Baru, Malaysia.

Asia Plantation Capital Group merupakan syarikat pengurusan dan pengendali ladang mampan yang memenangi pelbagai anugerah, dengan projek di empat benua, dan tenaga kerja global melebih 2,000 orang. Pemimpin pasaran dalam industri ini, Lembaga Penasihat Saintifik kami terdiri daripada ahli akademik terkemuka dari pelbagai negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu), yang telah, secara bersama, membangunkan dan mempatenkan teknologi dan sistem yang memimpin industri.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160427/8521602718-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160427/8521602718-b

Source: Asia Plantation Capital Berhad
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Corporate Expansion