DUBAI, United Arab Emirates, 28 April 2016 /PRNewswire/ --
Y.A.M. Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum mengalu-alukan syarikat penerbangan ke Dataran D yang baharu
Sejumlah 60 buah syarikat penerbangan antarabangsa utama yang beroperasi di Dataran D, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai menerima jemputan khas Diraja semalam apabila Yang Amat Mulia Sheikh Ahmed Bin Saeed Al Maktoum, Pengerusi Dubai Airports, mengalu-alukan para perwakilan dalam majlis perasmian rasmi anjuran Dubai Airports.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160427/360684)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160427/360685)
Sheikh Ahmed turut berinteraksi dengan para perwakilan syarikat-syarikat penerbangan tersebut dan meninjau kemudahan baharu itu sebagai sebahagian daripada acara itu, berikutan kejayaan perasmian Dataran D pada 24 Februari awal tahun ini.
"Syarikat-syarikat penerbangan ini memainkan peranan penting dalam menjadikan Dubai sebagai salah sebuah bandar paling terhubung di dunia. Kami amat menghargai rakan penerbangan kami serta pelanggan bersama, yang terdiri daripada beratus-ratus ribu penumpang yang menggunakan lapangan terbang kami setiap hari. Atas sebab inilah kami melabur sebanyak US$ 1.2 bilion sebagai usaha membangunkan Dataran D yang canggih serta membuat peningkatan utama terhadap Terminal 1," kata Sheikh Ahmed.
Beliau menambah, "Terdapat 60 buah syarikat penerbangan beroperasi di Dataran D, mengendalikan 350 penerbangan setiap hari menuju ke 90 buah destinasi di seluruh dunia. Dengan mengambil kira kumpulan pelanggan yang besar dan pelbagai yang dapat ditampung oleh kemudahan baharu itu, rangkaian produk, perkhidmatan, perniagaan, makanan dan minuman yang ditawarkan, dipilih setelah membuat pertimbangan yang teliti dan sejajar dengan strategi komersial yang terperinci. Kami ingin mengutamakan pelanggan dalam reka bentuk tersebut dan memastikan seluruh reka letak untuk penumpang, termasuk reka bentuk ruang niaga dan tempat menjamu selera dihasilkan daripada perspektif penumpang."
Dataran D turut menyediakan barisan menarik bagi jenama yang terkenal di dunia yang diperkenalkan buat pertama kali, termasuk konsep menjamu selera yang santai, The Kitchen oleh cef selebriti Wolfgang Puck, Restoran Makanan Segara (Pret a Manger) yang pertama di lapangan terbang Timur Tengah, serta Butlers Chocolate Café. Menampilkan sejumlah 21 konsesi makanan, Dataran D turut menempatkan CNN Travellers Café buat mereka yang gemar mengikut berita, serta Masale: The Taste of India, selain barisan jenama terkenal lain yang telah pun beroperasi di terminal DXB yang lain.
Dataran baharu itu juga menawarkan banyak ruang tempat duduk yang selesa serta konsep kesejahteraan seperti Be Relax dan 'SnoozeCubes' yang menyediakan cara yang mudah untuk berehat sementara menunggu penerbangan seterusnya. Ia turut menyediakan sejumlah sembilan ruang menunggu dengan keluasan lebih 6,926m[2], termasuk lima ruang menunggu penerbangan, ruang menunggu Al Majlis yang baharu, dua ruang menunggu Dubai International Hotel dan juga ruang menunggu VIP Marhaba.
https://game.wetransfer.com/downloads/288a48b1346a280239f264ade717443920160428091322/45c56d