omniture

Turkish Airlines Membawakan Batmobile Menjelajah Menyusuri Jambatan Bosphorus Terkini di Istanbul

Turkish Airlines
2016-04-29 00:17 348

ISTANBUL, 29 April 2016 /PRNewswire/ --

Jelajah rentas benua ini ialah pemanduan dunia sebenar yang pertama dan paling jauh buat Batmobile  

Turkish Airlines membawakan Batmobile yang ikonik dan terkenal di dunia ke Istanbul untuk menjelajah merentasi benua buat pertama kalinya dengan menyusuri jambatan terbaharu Bosphorus bagi meraikan pelancaran filem aksi pengembaraan Warner Bros. Pictures yang amat dinanti-nantikan, Batman v Superman: Dawn of Justice.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160427/360803)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160427/360802)

Batmobile menjelajah dari Eropah ke Asia dengan menyeberangi Selat Bosphorus melalui Jambatan Yavuz Sultan Selim baharu yang dibuka secara rasmi untuk orang awam pada musim panas ini. Ini menjadikan pemanduan yang paling jauh untuk kenderaan terunggul ini.

"Pemanduan melintasi jambatan terbaharu Bosphorus ialah sebagai simbolik bagaimana Batmobile menyatukan orang ramai di seluruh dunia sebagai ikon budaya pop, bagaimana Istanbul menjadi satu-satunya bandar yang menghubungkan kedua-dua buah benua itu dan bagaimana Turkish Airlines menjadi penghubung buat para penumpang di dunia menuju ke 113 buah negara dan lebih 287 buah destinasi," kata M. Ilker Aycı, Pengerusi Lembaga Turkish Airlines.

"Ini merupakan satu peluang buat kami untuk memperkenalkan bandar istimewa kami, serta jambatan terbaharu kami kepada dunia. Batmobile ialah salah satu ikon filem yang paling simbolik sepanjang masa dan kini menghubungkan dunia dengan Istanbul," tambah M. Ilker Aycı.

Hab Istanbul, Turkish Airlines terletak di persimpangan antara Eropah dan Asia, menjadi lokasi yang menarik dari segi geografi dan tempat pertukaran biasa bagi laluan antarabangsa.

Hab Istanbul ini menyediakan Turkish Airlines dengan kelebihan berdaya saing yang membolehkan syarikat penerbangan itu memendekkan tempoh penerbangan dan menawarkan hubungan sehenti kepada lebih 287 buah destinasi.

Video jelajah rentas benua oleh Batmobile boleh ditonton melalui YouTube di sini: https://youtu.be/n0y7NzMCR8s 

Pemanduan Batmobile merentasi Selat Bosphorus ialah salah satu daripada aktivi promosi yang dianjurkan oleh Turkish Airlines sebagai Rakan Penerbangan Rasmi filem aksi pengembaraan Batman v. Superman: Dawn of Justice daripada Warner Bros. Pictures. Lebih-lebih lagi, pengalaman dalam filem itu dibawakan untuk para peminat menerusi penerbangan eksklusif 777 Turkish Airlines, diliputi dengan Batman v Superman: Dawn of Justice yang direka khas; kit ameniti bertema Batman v Superman: Dawn of Justice edisi terhad daripada Turkish Airlines; panduan perjalanan Time Out buat "destinasi" terbaharu syarikat penerbangan tersebut, iaitu Gotham City dan Metropolis; item menu dalam penerbangan; dan kad risalah kerap Miles & Smiles edisi khas.

Selain itu, sebuah iklan yang mengumumkan "destinasi" terbaharu Turkish Airlines, Gotham City dan Metropolis, dipaparkan dalam filem yang dibintangi oleh Ben Affleck dan Jesse Eisenberg, berjaya menarik lebih 50 juta tontonan dalam talian dari seluruh dunia.

SUMBER  Turkish Airlines

Source: Turkish Airlines
Keywords: Airlines/Aviation Entertainment Film & Motion Picture Passenger Aviation Transportation Travel