omniture

Pioneer Membawakan Apple Carplay(TM) ke Malaysia

Penerima Multimedia Kereta Papan Pemuka AVH-X8850BT, AVH-X8750BT dan AVH-X8650BT Pioneer kini boleh mengakses Apple Carplay di Malaysia
Pioneer Electronics
2016-04-29 10:00 280

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 April 2016 /PRNewswire/ -- Pioneer Electronics AsiaCentre hari ini mengumumkan ketibaan Apple Carplay di Malaysia. Boleh diakses melalui tiga daripada penerima multimedia papan pemuka kereta - AVH-X8850BT, AVH-X8750BT dan AVH-X8650BT – pengguna kini mempunyai kemampuan untuk menaik taraf kenderaan yang telah mereka miliki, untuk menikmati penggunaan iPhone® yang lebih bijak, selamat dan menyeronokkan dalam kereta. Kebolehsuaian Apple Carplay telah tersedia untuk ketiga-tiga produk itu di Malaysia.

Apple CarPlay pada AVH-X8850BT
Apple CarPlay pada AVH-X8850BT

Menggunakan paparan LCD besar Pioneer pada papan pemuka, Apple CarPlay menampilkan kawalan suara Siri® memberikan pengguna iPhone ciri terkini sambil membolehkan mereka kekal fokus di jalan raya. Dengan Apple CarPlay, pengguna dengan versi iOS terkini pada iPhone 5 atau yang kemudian daripada itu, boleh menggunakan Siri untuk membuat dan menerima panggilan, menulis dan membalas mesej teks, menggunakan Apple Maps untuk navigasi dan mendengar muzik dan podcast mereka. Untuk maklumat lanjut tentang Apple CarPlay, kunjungi www.apple.com/ios/carplay.

"Kepakaran Pioneer selama bertahun-tahun dalam menyepadukan perhubungan telefon pintar ke dalam persekitaran automotif telah memberikan kami peluang untuk menjadi antara yang pertama menawarkan CarPlay kepada pemandu," kata En. Isao Nomura, Timbalan Pengurus Besar Perancangan Perniagaan dan Divisyen Pemasaran Pioneer Electronics AsiaCentre. "Dengan menyediakan pilihan selepas jualan, penerima multimedia papan pemuka Pioneer terpilih (AVH-X8850BT, AVH-X8750BT dan AVH-X8650BT) memberikan ramai pengguna iPhone di Malaysia kemampuan untuk menambahkan Apple CarPlay kepada kenderaan sedia ada mereka."

Apple CarPlay sudahpun disepadukan dalam iOS terkini, jadi pemilik kereta dengan AVH-X8850BT yang baru dilancarkan serta AVH-X8750BT akan dapat mengakses Apple CarPlay dengan hanya menyambungkan telefon mereka. Untuk pemandu dengan AVH-X8650BT, mereka perlu memuat turun kemaskini perisian, yang tersedia percuma di http://www.pioneer.my/my/support/firmware/index.html. Pemilik AVH-X8650BT sedia ada hanya perlu memuatkan perisian itu dalam peranti memori USB dan menyambungkannya kepada input USB penerima.

Sila hubungi pejabat Pioneer Malaysia di (+60) 3-2697 2920 dan talian perkhidmatan di 1-300-88-2859, atau kunjungi http://www.pioneer.my/my/support/service/index.html untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut tentang ketersediaan produk  yang sesuai dengan Apple CarPlay mengikut rantau, kunjungi www.pioneer-carglobal.com/CarPlay.

Untuk memuat turun imej produk resolusi tinggi, kunjungi https://www.dropbox.com/sh/qr26nk4turkjbn4/AABPXJde0CQ3xEKjMUVDZaxia?dl=0

Latar Belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.

Ibu pejabat serantau Pioneer Corporation sejak 1992, perniagaan teras Pioneer adalah dalam audio visual kereta. Pioneer menyasarkan untuk menjadi pengilang dan pembekal lepas jualan yang utama kepada jenama kereta, menyediakan penyelesaian infohiburan komprehensif dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi akan datang serta khidmat awan inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin besar. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi www.pioneer.com.sg.

NOTA: Sila baca manual operasi serta semua arahan dan peringatan yang disertakan dengan aplikasi telefon pintar yang sesuai sebelum penggunaan. Ketahui sebarang undang-undang negeri atau tempatan yang terpakai. Beri perhatian kepada jalan raya, hadkan pandangan kepada peranti, dan jangan gunakan telefon ini jika ia tidak boleh dikendalikan dengan selamat di lokasi dan persekitaran anda. Pemanduan tanpa tumpuan boleh mengakibatkan kecederaan serius, termasuk maut.

PIONEER adalah tanda niaga Pioneer Corporation.

Apple, Apple CarPlay, logo CarPlay, iPhone dan Siri adalah tanda niaga Apple Inc., didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain. 
iOS® adalah tanda niaga atau tanda niaga berdaftar Cisco di A.S dan negara-negara lain dan digunakan dengan lesen.

Hubungi:

Hang Xiu Zhen

Ryan Lee

Pioneer Electronics AsiaCentre Pte. Ltd 

Pioneer Malaysia

+65-63787548

+60-3-26972920

Hangxz@pioneer.com.sg

Ryanleeok@pioneer.com.sg

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160420/8521602518

Source: Pioneer Electronics
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Transportation New products/services