omniture

EdgeVerve Melancarkan Rangka Kerja Rantaian Blok untuk Perkhidmatan Kewangan

Infosys Finacle
2016-04-29 11:29 390

BANGALORE dan SAN FRANCISCO, 29 April 2016 /PRNewswire/ --

Rangka Kerja Rantaian Blok yang Amat Lancar Membolehkan Bank Membaik Pulih dan Memudahkan Perkhidmatan Didorong Urus Niaga yang Kompleks

EdgeVerve Systems, produk anak syarikat Infosys (NYSE: INFY), yang menawarkan set penyelesaian perbankan sejagat Finacle Infosys, hari ini memperkenalkan Rangka Kerja Rantaian Blok EdgeVerve yang dibangunkan untuk menggalakkan penggunaan teknologi rantaian blok oleh sektor perkhidmatan kewangan global. Rangka kerja tersebut yang diperkenalkan sempena sidang kemuncak pelanggan global, Infosys Confluence di San Francisco, dibangunkan bagi menyediakan penyelesaian dan teknologi yang dapat menjana nilai berasaskan rantaian blok.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151104/283829LOGO )

Rangka Kerja Rantaian Blok EdgeVerve ialah lejar yang disahkan yang membolehkan bank-bank menggunakan perkhidmatan berasaskan rantaian blok dengan pesat untuk pelbagai bidang perniagaan. Dibangunkan khusus untuk sektor perbankan, ia dapat memenuhi setiap tahap keperluan bagi menyokong perniagaan urus niaga di peringkat antarabangsa dan rentas sempadan. Kemampuan ini menjadikan aplikasi yang dibangunkan menerusi rangka kerja ini sebagai platform yang berdaya maju untuk mengurus proses pembayaran dan perkhidmatan perbankan urus niaga lain dalam jumlah yang tinggi. Aplikasi berasaskan rantaian blok yang dibangunkan menerusi rangka kerja ini dapat meningkatkan kecekapan, memastikan keselamatan dan ketepatan urus niaga pada kos yang lebih rendah berbanding platform lejar sedia ada yang berkos tinggi yang mendasari sistem perbankan global.

Ciri-ciri Utama Rangka Kerja Rantaian Blok EdgeVerve termasuk:

  • Lejar Teragih - Rangka kerja tersebut menggunakan rantaian blok dalam urusan yang teragih dan dibenarkan. Ia amat sesuai untuk meminimumkan kos pengendalian dan kos sebelum urus niaga bagi syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan kewangan, di samping mempertingkat keterbukaan dan perkongsian data, tanpa mengabaikan integriti serta keselamatan data
  • Agnostik aset - Bank-bank dapat mewujudkan pelbagai aset bagi memanfaatkan rangka kerja ini, seraya membolehkan pihak bank menyimpan dan memindahkan pelbagai aset urus niaga dalam satu rangkaian
  • Sangat Boleh Diperluaskan - Ini termasuk lapisan API yang menyokong instrumen yang boleh diperluaskan dan berkaitan pengurusan. Bank-bank dapat membangunkan dan menggunakan dengan pantas penyelesaian rantaian blok sendiri bersama rangka kerja tersebut dan memperluas penyelesaian agar dapat memenuhi permintaan perbankan di dalam negara dan di peringkat antarabangsa

Sebagai penyedia penyelesaian perkhidmatan kewangan utama yang menawarkan perkhidmatan di 92 negara dan memperhebat perkhidmatan akaun perbankan sebanyak lebih satu bilion, EdgeVerve kini menjalin kerjasama dengan beberapa institusi kewangan yang terkemuka di dunia bagi membangunkan rantaian blok yang dikuasakan oleh rangkaian perbankan, produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh rangka kerja ini. Ini termasuk sektor seperti pembayaran, pembiayaan perdagangan, pemprosesan invois, kontrak pintar, bilik kebal digital dan pinjaman bersindikat, antara lainnya.

Petikan:

Andy Dey, Presiden - Pelanggan & Operasi, EdgeVerve 

"Rantaian blok dapat menawarkan peluang hebat bagi memodenkan proses legasi, mengurangkan kos serta mempertingkat kecekapan operasi dan kesahihan data urus niaga. Di EdgeVerve kami membuat pelaburan besar dalam bidang ini yang melibatkan kemudahan penyelidikan kami di Ireland serta perkongsian industri kewangan yang penting. Beberapa institusi kewangan yang terkemuka di dunia telah pun berkolaborasi dengan kami bagi tujuan membangunkan rantaian blok yang dikuasakan oleh aplikasi serta rangkaian perbankan."

Latar Belakang Infosys Finacle    

Finacle ialah penyelesaian perbankan sejagat yang utama dalam industri daripada EdgeVerve Systems, sebuah anak syarikat milik penuh Infosys. Penyelesaian tersebut membantu institusi kewangan mengukuhkah hubungan dengan pihak berkepentingan, memperhebat usaha inovasi secara berterusan dan mempercepat pertumbuhan dalam dunia digital. Kini, Finacle menjadi pilihan bank-bank yang terdapat di 84 buah negara dan menyediakan perkhidmatan kepada lebih 547 juta pelanggan, iaitu hampir 16.5 peratus daripada populasi golongan dewasa yang memiliki akaun bank di dunia.

Penyelesaian Finacle menyediakan perkhidmatan perbankan asas, e-perbankan, perbankan mudah alih, CRM, pembayaran, perbendaharaan, originasi, pengurusan kecairan, perbankan Islam, pengurusan kekayaan dan analitik yang diperlukan oleh institusi kewangan di seluruh dunia. Penilaian yang dibuat terhadap 1000 bank terbaik di dunia menunjukkan bank-bank yang dikuasakan oleh Finacle menikmati pulangan aset sebanyak 50 peratus lebih tinggi, pulangan modal sebanyak 30 peratus lebih tinggi dan nisbah kos kepada pendapatan yang lebih rendah iaitu sebanyak 8.1 peratus berbanding bank-bank lain.

Ketahui lebih lanjut di http://www.finacle.com

Latar Belakang EdgeVerve Systems Ltd 

EdgeVerve Systems, sebuah anak syarikat milik penuh Infosys, membangunkan produk perisian yang inovatif dan menawarkan platform perniagaan di premis atau dihoskan pada awan. Produk kami membantu syarikat-syarikat mengukuhkan hubungan dengan pihak berkepentingan, memperhebat usaha inovasi secara berterusan dan mempercepat pertumbuhan dalam dunia digital. Kami membantu memperhebat pertumbuhan pelanggan kami dalam bidang yang pesat berkembang seperti perbankan, pemasaran digital, perniagaan interaktif, perdagangan pengedaran, perkhidmatan kredit, khidmat pelanggan serta pembelian perusahaan.


Kini, produk EdgeVerve digunakan oleh syarikat-syarikat global daripada sektor perkhidmatan kewangan, insurans, perniagaan dan CPG, sains hayat, pengeluaran dan juga telekomunikasi. Finacle, penyelesaian perbankan sejagat kami, menjadi pilihan institusi kewangan di 84 buah negara dan menyediakan perkhidmatan kepada lebih 547 juta pelanggan, iaitu hampir 16.5 peratus daripada populasi golongan dewasa yang memiliki akaun bank di dunia

Ketahui lebih lanjut di http://www.edgeverve.com

Kenyataan Perlindungan Selamat 

Beberapa kenyataan dalam siaran media ini berkaitan prospek pertumbuhan masa depan kami merupakan kenyataan jangkaan berkenaan jangkaan perniagaan masa depan kami yang bertujuan untuk memenuhi 'kenyataan perlindungan selamat' menurut Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, yang melibatkan beberapa risiko dan ketidakpastian yang menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan. Risiko dan ketidakpastian yang dikaitkan dengan kenyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian berkaitan turun naik dalam perolehan, turun naik dalam kadar pertukaran mata wang asing, kemampuan kami mengurus proses pertumbuhan, persaingan yang sengit dalam perkhidmatan IT termasuk faktor-faktor yang memberi kesan terhadap kelebihan kos, kenaikan gaji di India, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan golongan profesional yang sangat berkelayakan, masa dan kos yang melebihi harga tetap, kontrak dalam tempoh masa yang tetap, penumpuan pelanggan, halangan imigresen, penumpuan segmen industri, kemampuan kami untuk mengurus operasi kami di peringkat antarabangsa, pengurangan permintaan terhadap teknologi dalam bidang tumpuan utama kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, kemampuan kami untuk menyiapkan dan mengintegrasikan pemerolehan yang berpotensi dengan jayanya, liabiliti untuk ganti rugi terhadap kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat-syarikat hasil pelaburan strategik oleh Infosys, penarikan atau penamatan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik dan konflik serantau, halangan perundangan terhadap pengumpulan modal atau pengambilalihan syarikat di luar kawasan India, dan penggunaan tanpa izin harta intelek kami selain situasi ekonomi secara umum yang memberi kesan terhadap industri kami. Risiko-risiko tambahan yang mungkin menjejaskan keputusan operasi masa depan kami dinyatakan dengan lebih terperinci dalam pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Amerika Syarikat termasuk Laporan Tahunan kami dalam Borang 20-F bagi tahun fiskal berakhir pada 31 Mac 2015. Fail-fail ini disediakan di http://www.sec.gov. Infosys boleh, dari masa ke masa membuat kenyataan jangkaan tambahan secara bertulis atau lisan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam fail syarikat bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran serta laporan kami untuk pihak pemegang saham. Mana-mana kenyataan jangkaan yang terkandung dalam siaran media ini adalah berdasarkan andaian yang kami percaya adalah munasabah setakat tarikh ini. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan jangkaan yang mungkin dibuat dari masa ke masa oleh atau bagi pihak syarikat melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang.

Source: Infosys Finacle
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology New products/services