GUANGZHOU, China, 29 April 2016 /PRNewswire/ -- Pengeluar kereta terbaik di China, GAC Motor, memperkenalkan SUV pertama dengan tujuh tempat duduk, GS8, di Pameran Kereta Beijing 2016 pada 25 April baru-baru ini. Sebagai kenderaan kelas-C yang premium, GS8 diperkenalkan di pameran tersebut bersama GA8, kereta sedan perniagaan mewah kelas-C yang dilancarkan baru-baru ini, serta GM8, sebuah kereta berkonsep i-ruang santai yang dilancarkan di Pameran Kereta Guangzhou 2015.
GS8 dikuasakan oleh enjin Ti-POWER320T generasi kedua GAC Motor yang menampilkan pengecas turbo E-Turbo dengan inersia yang rendah, kawalan pembakaran GCCS yang meningkatkan kuasa enjin sebanyak 22 peratus sambil mengurangkan penggunaan gas sebanyak 15 peratus, selain pemasaan injap berubah-ubah dua rentang DCV VT.
SUV baharu ini turut dilengkap i-4WD, sistem pemanduan empat roda atas permintaan, dikeluarkan oleh pembekal alat ganti kereta global, Borg-Warner Automotive. Pemandu boleh menukar beberapa jenis gear yang berbeza dengan mudah – 2WD/AUTO/4WD LOCK – melalui konsol tengah yang dapat mendorong prestasi pada rupa bumi yang kasar serta meningkatkan keselamatan pada kelajuan tinggi mahupun ketika hujan atau keadaan bersalji, sambil menjimatkan bahan api berbanding 4WD.
Rekaan luaran dan dalam GS8 memperlihatkan keyakinan GAC yang sudah lama terserlah dalam bidang pembuatan kereta – "Berani Mengeksploitasi." Reka bentuknya diterajui oleh pereka terkenal dunia dan pernah memenangi anugerah, Zhang Fan yang sebelum ini pernah berkhidmat untuk Mercedes-Benz. Diinspirasikan oleh budaya Cina dan barat, beliau serta ahli pasukannya menjadikan SUV baharu ini lambang ketahanan dan kekuatan.
Dengan muka depan yang bersegi dan garis badan yang lurus, GS8 yang mengagumkan itu memiliki rekaan kekisi ikonik daripada GAC Motor – "Dinamik Terbang", hasil inspirasi kehebatan, ukiran bercahaya dan bayang-bayang. Adunan sempurna bersama rekaan kekisi itu ialah lampu hadapan berstruktur matriks, setiap satunya terdiri daripada empat modul cahaya LED, manakala lampu belakang berbentuk U seakan-akan bayangan hitam geometrik dengan kesan pencahayaan berbilang lapisan.
Untuk bahagian dalam pula, reka letak yang ringkas serta elegan berserta bahan-bahan berkualiti membentuk konsol tengah serta panel pintu dengan gaya yang halus dan mewah. Kedua-dua bahagian ini dihubungkan melalui papan berira camphorwood serta garisan hiasan berwarna emas metalik yang memberikan warna perang kemerahan pada seluruh bahagian selain skema warna kuning air dan juga suasana yang mesra serta semula jadi bagi memberikan keselesaan dan keselamatan.
"GS8 yang dilancarkan sejurus selepas dua lagi model mewah kami, GA8 dan GM8, memperlihatkan kehebatan R&D kami yang mantap dan sistem jaminan kualiti GAC Motor menerusi era baharu enjin Ti-POWER," kata Wu Song, Pengurus Besar GAC Motor.
Pelancaran GS8 di Beijing ini turut mengalu-alukan kedatangan Rod Alberts, pengarah Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara dan pengarah eksekutif Persatuan Pengedar Kereta Detroit. "Kualiti GS8 amat hebat - saya sukar membezakan antara kereta tersebut dan kereta yang dibuat di A.S. Saya berharap GAC Motor dapat menjual produk mereka ke A.S. tidak lama lagi. Saya tidak sabar untuk memandunya," kata Alberts.
Dengan menyasarkan pasaran pertengahan dan pasaran mewah, GAC Motor telah menghapuskan imej stereotaip jenama kereta Cina dengan memperlihatkan keunggulan kualiti, prestasi, rekaan dan kebolehan yang hebat untuk terus menghasilkan inovasi teknologi.
Sejak lapan tahun lalu, GAC Motor membangunkan sistem pengeluaran GAC (GPS) bagi tujuan memenuhi permintaan pasaran yang pantas berkembang dan mengukuhkan sistem rantaian bekalan peringkat antarabangsa di Eropah, Amerika, Jepun dan juga Korea Selatan. Kilangnya membolehkan pengeluaran kenderaan disiapkan dalam tempoh 57 saat.
Strategi Seni Bina Modular Platform (CPMA) syarikat telah memendekkan tempoh penyiapan pembangunan kenderaan dari 36-48 bulan menjadi 25-28 bulan manakala kadar perkongsian keseluruhan CPMA mencapai hampir 80 peratus.
Latar Belakang GAC Motor
GAC Motor ialah sebuah anak syarikat GAC Group dengan kedudukan ke-362 dalam senarai syarikat Fortune 500. Syarikat tersebut komited dalam membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kereta dengan kualiti bertaraf dunia. GAC Motor tersenarai pada kedudukan lapan terbaik antara semua jenama yang tersenarai dalam Kajian Kualiti Awal China 2015 daripada J.D. Power Asia Pasifik, iaitu kedudukan tertinggi antara semua jenama Cina selama tiga tahun berturut-turut.
Alamat e-mel: sukie_gacmotor@126.com; liqi@gacmotor.com
Facebook, Twitter: GAC Motor
Instagram: gac_motor
Muat turun gambar melalui: http://pan.baidu.com/s/1hsvvpiO