omniture

Kerjasama Risen & Chemtech Solar (Itali) Terus Menembusi Pasaran Afrika

Risen Energy Co., Ltd
2016-04-29 20:12 469

NINGHAI, China, 29 April 2016 /PRNewswire/ -- Risen Energy Co., Ltd, pengeluar Tahap 1 bagi produk fotovolta solar berprestasi tinggi, hari ini mengesahkan penghantaran peringkat pertama 11MW kepada Chemtech Solar, sebahagian daripada pesanan sebanyak 22MW yang dibuat baru-baru ini untuk Republik Senegal, Afrika Barat.

Risen bertuah kerana dapat menjalin kerjasama dengan Chemtech Solar di Itali selama lebih 8 tahun dan beberapa buah projek telah dibangunkan sepanjang tempoh ini. Pesanan terkini, iaitu 22MW bagi model PV solar berprestasi tinggi Risen, dirancang untuk dihantar melalui dua peringkat yang sama. Bahagian pertama, adalah seperti yang dinyatakan di sini dan penghantaran kedua dijadualkan pada awal suku ketiga tahun ini, yang memperlihatkan usaha kedua-dua Syarikat dalam mengukuhkan kehadiran mereka.

Ramai yang berkata-kata tentang perkongsian, namun tindakan yang membuktikannya jauh lebih bermakna, seperti yang dinyatakan oleh En. Piergiorgio Balicco, Rakan Kongsi Pengurusan Chemtech, "Risen terus membantu kami meningkatkan keuntungan syarikat kami. Mengapa perlu diubah situasi yang bermanfaat ini? Sejak beberapa tahun ini, kami terus meminta bantuan daripada Risen memandangkan syarikat tersebut menyokong wawasan kami dengan penyediaan parameter utama yang diperlukan bagi tujuan pertumbuhan yang mampan. Dengan penyediaan produk yang berdaya saing dan jujur untuk portfolio kami, kami mampu untuk terus menembusi mana-mana benua."

Chemtech, sebuah Syarikat IPP dan EPC yang berjaya, berada pada kedudukan yang baik dalam menilai rantaian bekalan PV solar, khususnya apabila disertai oleh Cik Junshu Zeng, juga selaku Rakan Kongsi Pengurusan Chemtech. "Sejarah kami bersama Risen sudah lama bermula dan boleh dikatakan kejayaan kami adalah hasil kerjasama kami dengan Risen. Bekalan yang dipesan baru-baru ini ialah sebahagian daripada program yang lebih besar yang kami jalankan bersama Risen di Afrika dan pastinya ke pelosok lain di dunia. Semua kejayaan ini adalah hasil perkongsian matlamat kami yang telus, dan dengan memahami pendorong perniagaan sebenar yang dapat memberi faedah yang ketara buat syarikat-syarikat kami, serta pelanggan dan juga pengguna akhir."

Seperti yang ingin diutarakan oleh Cik Bypina Veerraju Chaudary, Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran Risen Energy, "Semuanya berkaitan kredibiliti yang diperoleh dan dikekalkan. Usaha Chemtech dalam mencapai kecemerlangan dipegang teguh sepanjang tempoh kami mengenali mereka, tanpa kompromi, selain menggunakan pendekatan secara strategik yang berterusan bagi mencapai wawasan mereka. Kami berbesar hati kerana terlibat dalam usaha perluasan Chemtech Solar yang berterusan dan yakin kami dapat terus berusaha bersama-sama menjadi penggerak yang berkredibiliti dalam industri ini."

Jalinan kerjasama Risen-Chemtech terus memenuhi kehendak kedua-dua rakan kongsi dan pelanggan mereka. Dengan mengorbankan masa dan usaha untuk saling memahami, kedua-duanya beroleh manfaat dengan benar-benar memahami serta melangkaui jangkaan pelanggan. Sesungguhnya mereka sudah pastinya mengatur acara "yang dinanti-nantikan".

Latar Belakang Risen

Risen Energy ialah pengeluar nilai kredit "AAA" yang utama, bersifat global dan Tahap 1 bagi produk fotovolta berprestasi tinggi, serta penyedia penyelesaian perniagaan yang menyeluruh untuk penjanaan kuasa. Syarikat tersebut, ditubuhkan pada tahun 2002, disenaraikan secara terbuka pada tahun 2010, mendorong penghasilan nilai untuk pelanggan globalnya yang terpilih. Inovasi berteknologi komersial, didorong oleh kualiti dan sokongan, merupakan ciri-ciri yang dimiliki Risen dalam penyelesaian perniagaan PV Solar, iaitu antara yang paling hebat dan berkesan kos yang terdapat dalam industri. Menerusi kehadiran dalam pasaran tempatan serta status kewangan kukuh yang diiktiraf pihak bank, kami komited dan mampu menjalin kerjasama yang strategik serta saling menguntungkan bersama rakan kongsi kami, dengan bersama-sama memanfaatkan kepentingan tenaga hijau yang semakin bernilai.

Latar Belakang Chemtech Solar

Chemtech Solar ialah cawangan khas Chemtech Group, berpusat di Bergamo Itali. Ditubuhkan pada tahun 1994, Chemtech beroperasi sebagai IPP, EPC dan syarikat pelaburan di seluruh dunia, dengan penembusan utama ke dalam pasaran solar Afrika yang baharu, serta mempunyai kedudukan yang kukuh di Eropah.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Utilities Contracts