omniture

Empat Benua di Dunia Sambut Hari Bola Sepak dan Persahabatan

International Children's Social FOOTBALL FOR FRIENDSHIP programme press center
2016-04-29 20:15 357

MOSCOW, 29 April 2016 /PRNewswire/ --

Para peserta program BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN Kanak-kanak Antarabangsa musim keempat, anjuran syarikat Gazprom, menyambut Hari Bola Sepak dan Persahabatan Antarabangsa.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160428/361071 )

Sambutan hari cuti ini diadakan pada 25 April di semua negara yang mengambil bahagian dalam program F4F. Tahun ini, ia disambut di 32 buah negara di Afrika, Asia, Eropah dan Amerika Selatan.

Pada Hari sambutan ini, pemain bola sepak muda serta peserta program F4F menyertai pelbagai acara sukan dan media. Selaku duta muda, mereka mempromosikan nilai program yang utama kepada rakan-rakan dan juga kenalan: persahabatan, kesaksamaan, keadilan, kesihatan, keamanan, kesetiaan, kemenangan, tradisi serta penghormatan.

Semua acara yang diadakan pada Hari Bola Sepak dan Persahabatan Antarabangsa dimulakan dengan pertukaran gelang Persahabatan yang dipakai bukan hanya oleh peserta program F4F, tetapi juga oleh para selebriti yang menyokong program ini yang berada di negara-negara berbeza. Tahun ini, Luis Fernandez, Mario Gomez, Martin Palermo serta ahli sukan dan juga ikon budaya lain yang terkenal di pelbagai negara menyertai Didier Drogba, Dick Advocaat, Luis Neto, Anatoly Tymoshchuk, Julian Draxler dan ramai lagi, yang menyokong program tersebut tahun lalu.

Di empat buah benua di dunia ini, perlawanan persahabatan, pertandingan bola sepak, latihan terbuka bersama bintang bola sepak, hari cuti, acara media dan program TV telah berlangsung. Secara keseluruhan lebih 90 000 individu dari serata dunia terlibat dalam inisiatif Hari Bola Sepak dan Persahabatan Antarabangsa ini.

Duta Global program F4F, legenda Franz Beckenbauer, hadir ke Moscow khusus untuk menyertai acara sempena Hari Bola Sepak dan Persahabatan. Bintang dunia itu turut bertemu dengan pasukan kanak-kanak FC Zenit yang akan mewakili Rusia pada bulan Mei ini di Milan sempena Forum dan Pertandingan F4F Kanak-kanak Antarabangsa Musim Keempat. Selain itu, En. Beckenbauer juga bertemu dengan wakil-wakil daripada rakan media program dan turut terlibat dalam projek TV istimewa untuk TV negara Rusia, khas sempena Hari Bola Sepak dan Persahabatan Antarabangsa.

"Hari penting ini menyatukan orang ramai tanpa mengira usia, jantina, bangsa dan kesihatan fizikal. Sesiapa sahaja boleh menyertai sambutan dan pertandingan bola sepak yang diadakan. Hari ini juga, kita dapat melihat pemuzik dan wartawan yang hadir, kanak-kanak dan golongan dewasa, kanak-kanak lelaki dan perempuan, ahli sukan serta orang-orang kurang upaya berkongsi lapangan dan nilai yang sama seperti yang diuar-uarkan oleh program BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN," kata Franz Beckenbauer.

Sumber: International Children's Social FOOTBALL FOR FRIENDSHIP programme press center

 

 

Source: International Children's Social FOOTBALL FOR FRIENDSHIP programme press center
Keywords: Sporting Events Sports Children-related news