omniture

G2A.COM Pemenang Dua Anugerah Stevie 2016 di Las Vegas

G2A.com
2016-05-03 12:36 349

RZESZÓW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 3 Mei, 2016 /PRNewswire/ -- G2A.COM, http://www.g2a.com, pasaran permainan digital yang pantas berkembang di dunia, meraih dua Anugerah Stevie bagi dua kategori berbeza pada bulan Mac 2016 di Las Vegas, AS.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160430/362032 )

Pasukan Khidmat Pelanggan dan Pusat Panggilan G2A meraih anugerah Pasukan Pengurusan Khidmat Pelanggan Terbaik hasil daripada Pengalaman Pelanggan Rentas Budaya G2A yang inovatif. Anugerah kedua pula adalah daripada Kategori Pencapaian dalam Khidmat Pelanggan dan Pusat Panggilan, hasil daripada Khidmat Pelanggannya yang Cemerlang. http://www.stevieawards.com

Anugerah Stevie mengiktiraf G2A dan Jabatan Sokongan Globalnya, dipimpin oleh Ketua Sokongan Global Jacek Chmielecki, yang bersama-sama ahli pasukannya dan seluruh kakitangan di G2A, menyediakan pengalaman khidmat pelanggan rentas budaya peringkat antarabangsa buat para pelanggan G2A. "Jabatan kami sentiasa mementingkan pelanggan memandangkan kegembiraan pelanggan melahirkan G2A. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas anugerah ini, saya pasti ia akan membantu kami membangunkan kemahiran kami dengan lebih baik kerana ia benar-benar memotivasikan!" kata Jacek.

Jacqueline Purcell, Ketua Bahagian Perhubungan Awam Global G2A berkata: "Persaingan yang sengit jelas terlihat tahun ini dengan lebih 2100 penyertaan dihantar oleh organisasi daripada 36 buah negara. G2A tersenarai dalam kumpulan dengan hanya 37% penyertaan yang dinilai cukup tinggi agar layak dikategorikan sebagai finalis. Kesemua kakitangan di G2A amat gembira dengan keputusan ini."

G2A kini menyediakan perkhidmatan untuk lebih 10 juta pelanggan dan mengalu-alukan 250,000 pelanggan baharu setiap bulan. G2A ialah Pasaran Nombor 1 Peringkat Global yang menyediakan lebih 30 ribu produk permainan digital dan memperoleh 118 ribu ulasan melalui eBay yang lebih 99% daripadanya adalah positif. http://stores.ebay.de/g2astore

G2A Penyelaras Projek PR Global, Katarzyna Szymczak-Skalska menerima anugerah itu "bagi pihak pasukan Sokongan Pelanggan G2A dan 450 kakitangan G2A yang bekerja keras dan semua pemain di seluruh dunia." Beliau meneruskan: "Pemain yang berkhidmat dengan G2A amat berbangga memandangkan hasil usaha mereka diiktiraf dan dihargai oleh para hakim antarabangsa."

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama G2A Bartosz Skwarczek mengulas: "Ia merupakan satu motivasi yang hebat buat pasukan di G2A ini kerana berjaya menjadi pemenang bagi dua Anugerah Stevie. G2A berasa rendah hati dan berbangga kerana kesungguhan kami terhadap industri permainan digital dihargai. Pasukan G2A akan sentiasa melakukan yang terbaik agar lebih menggembirakan pelanggan kami dan menyediakan pengalaman sebaik mungkin kepada mereka."

Anugerah Stevie ialah anugerah perniagaan terulung di dunia. Ia diwujudkan pada tahun 2002 bagi memberi penghormatan serta menggalakkan pengiktirafan daripada golongan awam terhadap pencapaian dan sumbangan positif oleh organisasi dan golongan pekerja profesional di seluruh dunia. Anugerah Stevie menjadi salah satu anugerah yang paling menjadi rebutan di dunia. http://www.g2a.com http://www.g2a.co

Pengarang: Jacqueline Purcell -  jpurcell@G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology