omniture

Kepware® Melancarkan Produk Utama Versi Baharu untuk Platform Ketersambungan Industri

Kepware Technologies
2016-05-03 19:53 159

KEPServerEX® versi 5.20 daripada Kepware memberikan penambahbaikan buat pengguna sedia ada sambil memperluas tawaran IoT bagi meningkatkan kolaborasi IT/OT

PORTLAND, Maine, 3 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Kepware® Technologies, sebuah syarikat pembangunan perisian yang fokus terhadap ketersambungan dalam industri, hari ini mengumumkan pelancaran perisian KEPServerEX® versi 5.20. Penambahbaikan utama menawarkan peranti tambahan dan ketersambungan Internet of Things (IoT) buat para pelanggan dalam beberapa industri vertikal, termasuk Automasi Bangunan, Pembuatan dan Minyak & Gas.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160428/361239
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160428/361240
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130402/NE86794LOGO

"Matlamat kami menerusi produk terkini yang dilancarkan ini adalah untuk mengimbangi keperluan terhadap pemasangan sedia ada sambil mencipta fungsi baharu untuk Internet Semua Benda Industri (IIoT)," kata Tony Paine, Presiden Platform, Kepware. "Komitmen kami dalam menyokong keperluan masa kini serta peluang pada masa depan diperlihatkan menerusi pembaharuan-pembaharuan penting produk utama kami, termasuk penambahbaikan pemacu BACnet/IP kami serta agen ThingWorx® baharu yang memperluas tawaran Get Laluan IoT kami."

Pemacu BACnet/IP yang dipertingkat menyediakan lebih banyak pilihan ketersambungan dan kawalan buat pengguna Industri Automasi Bangunan melalui sokongan Objek Standard Akumulator, Keutamaan Arahan Peringkat Objek dan Perkhidmatan Penggera dan Peristiwa. Kemas kini ini disediakan berikutan permintaan global yang terus meningkat, khususnya di Jepun, dipacu oleh inisiatif kecekapan tenaga, reka bentuk bangunan pintar dan usaha integrasi sistem untuk automasi bangunan.

Agen ThingWorx, kini disediakan di Get Laluan IoT untuk KEPServerEX menyediakan kesalingfungsian yang dipertingkat menerusi Platform IoT ThingWorx. Agen tersebut membolehkan pengguna memindahkan data industri daripada kedudukan yang tidak menentu kepada ThingWorx menerusi protokol binari ThingWorx yang selamat bagi menjamin daya pemprosesan yang tinggi. Ini bukan sekadar memberikan pengalaman pengguna yang lancar antara kedua-dua teknologi, bahkan turut memajukan syarikat induk PTC (Nasdaq: PTC) sebagai pembekal perisian IoT yang utama. Kemas kini tambahan untuk Get Laluan IoT melibatkan sokongan untuk protokol MQTT, protokol Array dan Perkongsian Sumber Asal Secara Silang (CORS).

"Kajian terbaharu kami menunjukkan lebih 60% syarikat industri kini mengusahakan inisiatif transformasi digital seperti Industrie 4.0 atau Pengilangan Pintar," kata Matthew Littlefield, Presiden dan Ketua Penganalisis, LNS Research. "Teknologi yang disediakan bagi tujuan transformasi ini ialah Platform IIoT, termasuk ketersambungan, fungsi awan, analitik data besar dan juga pembangunan aplikasi. Penyelesaian seperti Get Laluan IoT Kepware membolehkan syarikat-syarikat mengatasi hierarki kawalan sedia ada secara berkesan kos dan memanfaatkan maklumat tersebut dengan cara yang paling berkesan."

Produk baharu ini turut dinaik taraf kepada 30 pemacu dan pemalam canggih, termasuk pemacu Eternet Allen-Bradley ControlLogix dengan sokongan tambahan bagi perisian tegar versi 28 hingga model L8 dan L7 daripada Rockwell Automation.

Sumber Tambahan

  • Ketahui lebih lanjut tentang KEPServerEX versi 5.20 dan muat turun pek percubaan secara percuma dan lengkap. 
  • Hubungi wakil melalui talian +1 888-KEPWARE (537-9273) x208 atau sales@kepware.com bagi mendapatkan maklumat tambahan.

Latar Belakang Kepware
@Kepware Technologies merupakan sebuah syarikat pembangunan perisian yang beribu pejabat di Portland, Maine. Kepware menyediakan portfolio penyelesaian perisian untuk membantu syarikat-syarikat menghubungkan pelbagai peranti automasi dan aplikasi perisian selain menyokong Internet Semua Benda Industri. Daripada tapak loji ke tapak telaga hingga ladang angin, Kepware berkhidmat untuk pelbagai kumpulan pelanggan dalam banyak pasaran vertikal termasuk Pembuatan, Minyak & Gas, Automasi Bangunan, Kuasa & Utiliti, dan banyak lagi. Ditubuhkan pada tahun 1995 dan kini diedarkan di lebih 100 buah negara, penyelesaian perisian Kepware membantu beribu-ribu syarikat menambah baik operasi dan proses membuat keputusan. Ketahui lebih lanjut di https://www.kepware.com.

Latar Belakang PTC
PTC (NASDAQ: PTC) ialah pembekal global bagi platform dan penyelesaian teknologi yang mengubah cara syarikat-syarikat menghasilkan, mengendalikan dan menyelanggara "elemen" dalam Internet Semua Benda (IoT). Platform teknologi ThingWorx® generasi seterusnya daripada syarikat tersebut memberikan instrumen yang diperlukan oleh pembangun untuk memperoleh, menganalisis dan memanfaatkan sejumlah besar data yang dihasilkan daripada produk serta sistem pintar dan juga terhubung. Penyelesaian yang terbukti di lapangan oleh syarikat tersebut digunakan oleh lebih 26,000 buah syarikat di seluruh dunia bagi mendapatkan keuntungan daripada produk atau perkhidmatan. CEO PTC yang pernah merangkul anugerah dianggap sebagai pemikir industri, menulis bersama panduan definitif bgai kesan IoT terhadap syarikat melalui Harvard Business Review.

Maklumat Perhubungan Media
Torey Penrod-Cambra
Kepware Technologies
+1 (207) 775-1660
torey.penrod-cambra@kepware.com

Source: Kepware Technologies
Related Stocks:
NASDAQ:PTC
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services