omniture

Tinjauan Pasaran Bulanan QUICK

Quick Corp.
2016-05-04 09:30 391

TOKYO, 4 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Setiap bulan, QUICK Corp. menjalankan tinjauan terhadap pelbagai peserta pasaran saham, seperti pengurus dana di firma-firma pengurusan aset dan juga syarikat-syarikat insurans kemalangan, selain pakar-pakar ekonomi dan juga penganalisis daripada firma keselamatan. Data ini kemudiannya disusun dalam laporan tinjauan pasaran dan diedarkan.

Untuk melihat hebahan multimedia penuh, sila klik: http://www.prnasia.com/mnr/quick_201601.shtml  

A pick up of QUICK's service offerings. Our data and news can be accessed on computer terminals as well as digital signage screens located in banks and security firms.
A pick up of QUICK's service offerings. Our data and news can be accessed on computer terminals as well as digital signage screens located in banks and security firms.

 

QUICK offers global market/company data and functionalities for financial professionals on various applications. Data is available for use on client's customized reports.
QUICK offers global market/company data and functionalities for financial professionals on various applications. Data is available for use on client's customized reports.

 

 

IRroid is an information dissemination platform combining Japanese subculture with investor relations
IRroid is an information dissemination platform combining Japanese subculture with investor relations

 

Baru-baru ini, syarikat tersebut menjalankan kajian tinjauan terhadap peserta pasaran berkaitan ramalan pasaran bagi bulan April dan seterusnya.

Keputusan yang diperoleh daripada maklum balas yang dikumpulkan menunjukkan kebanyakan peserta meramalkan penurunan harga saham Nikkei Average dan mengalami peralihan yang perlahan, berbanding tinjauan yang dibuat sebelum ini.

Berkenaan faktor yang menyebabkan perubahan harga saham ini, ramai pihak bersetuju dengan "pergerakan mata wang", manakala mereka yang merujuk "saham luar negara dan harga bon" tidak bersetuju. Bagi kadar saham semasa, lebih ramai pengurus aset memberi maklum balas sebagai "neutral" terhadap peruntukan saham standard. Berkaitan kedudukan peruntukan saham semasa, mereka yang bersetuju ia akan "jatuh sedikit" meningkat, manakala mereka yang bersetuju ia akan "meningkat sedikit" berkurang.

Dari segi ramalan ekonomi secara umum, maklum balas daripada 80 peratus peserta ialah keadaan ekonomi semasa dilihat sebagai "tidak aktif". Respons terhadap soalan berkaitan langkah ekonomi paling berkesan bagi tempoh terdekat, 33 peratus memberi respons dengan "meningkatkan perbelanjaan oleh kerajaan"; diikuti dengan "pengurangan cukai pendapatan" dan "penangguhan kenaikan cukai pendapatan", yang kedua-dua memperoleh respons sebanyak 25 peratus.

Di QUICK, kami melaporkan ramalan dan pendapat peserta pasaran Jepun buat para pelabur di Asia. Kami akan meneruskan usaha ini pada masa depan dan kami berharap kajian yang kami jalankan ini bermanfaat buat anda dalam menentukan kadar pelaburan bagi saham Jepun untuk portfolio anda.

Kami turut menjalankan kajian berkaitan bon dan pasaran FX. Laporan serta data kajian yang dikumpulkan, boleh didapati melalui perkhidmatan terminal yang disediakan oleh QUICK atau melalui QUICK FactSet Workstation

Latar Belakang QUICK
Sebagai pembekal maklumat kewangan untuk Nikkei Group, QUICK mengedarkan maklumat keselamatan dan kewangan pada masa sebenar, berita politik dan juga maklumat berkaitan ekonomi. Ia turut menyediakan penyelesaian yang komprehensif untuk pasaran keselamatan dan kewangan selain khidmat sokongan untuk pengurusan aset, penyaluran dan pelaksanaan pesanan, selain pembinaan dan juga penyelenggaraan rangkaian maklumat.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160419/8521602474-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160419/8521602474-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160419/8521602474-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160419/8521602474-d

Source: Quick Corp.
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research