omniture

Perisian Papan Tanda Digital NEXCOM, PowerDigiS Tingkatkan Tahap Kepuasan Pelanggan Buat Peniaga PKS

Nexcom
2016-05-04 10:00 436

TAIPEI, Taiwan, 4 Mei 2016 /PRNewswire/ -- NEXCOM melancarkan edisi percuma perisian pengurusan papan tanda digital, PowerDigiS begi membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dan memacu perolehan jualan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam industri perniagaan. Perisian PowerDigiS daripada NEXCOM menyediakan konsol pengurusan jarak jauh berasaskan web serta antara muka yang mesra pengguna bagi membolehkan peniaga PKS mengurus kandungan pada papan tanda digital hanya dengan beberapa klik.

Bagi merancakkan pelancaran kempen pemasaran, PowerDigiS menawarkan beberapa templat susun atur bagi memudahkan reka bentuk kandungan pada papan tanda digital. Dengan menggunakan instrumen menyunting kandungan daripada PowerDigiS, peniaga PKS dapat menghasilkan susun atur tersuai dengan pantas berdasarkan templat terbina dalam yang membolehkannya menyunting, menyimpan dan digunakan semula. Setelah susun atur dihasilkan, peniaga PKS boleh menyeret dan meletakkan (drag and drop) fail kandungan tersedia pada setiap zon dalam susun atur tersebut bagi membuat senarai kandungan tertentu mengikut zon yang berbeza. Setiap satu daripada fail kandungan dan reka bentuk persembahan keseluruhan boleh dilihat sebelum dimuat naik ke alat pemain papan tanda digital di premis atau pelayar pengurusan berpusat.

Bagi pengurusan, pengedaran dan penjadualan kandungan yang mudah, PowerDigiS NEXCOM menyediakan konsol pengurusan secara jarak jauh yang boleh diakses melalui pelayar web. Alat pemain papan tanda digital di premis dan rangkaian papan tanda digital boleh diurus pada suatu jarak tanpa perlu ke premis, dan ini membolehkan peniaga PKS memberikan maklumat yang betul, untuk khalayak yang sesuai dan pada masa yang tepat.

"PowerDigiS ialah perisian mesra pengguna yang dibangunkan untuk mengurus pelbagai aplikasi papan tanda digital. Promosi di premis pada masa sebenar, papan menu digital yang dinamik di restoran khidmat cepat (QSR) dan komunikasi korporat untuk perusahaan adalah antara beberapa aplikasi yang boleh dimanfaatkan daripada PowerDigiS, yang membolehkan kandungan digital diurus dengan cara yang menjimatkan masa serta kos," kata Jenny Shern, Penolong Naib Presiden, Unit Perniagaan Platform Papan Tanda Interaktif NEXCOM. "NEXCOM menggalakkan semua peniaga PKS untuk memuat turn edisi percuma PowerDigiS melalui www.alliotcloud.com bagi mengalami sendiri sejauh mana perisian ini dapat memperluas kehadiran saluran anda, meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dan menambah keuntungan."

Ciri-ciri Utama

  • Pelbagai sokongan format media termasuk video, audio, flash, grafik, penanda, suapan berita RSS, penala TV
  • Sokongan templat dengan susun atur yang ditetapkan
  • Log dan laporan disediakan
  • Konsol pengurusan web rentas platform
  • Penyegerakan kandungan merentasi zon berbeza (Versi Lanjutan)
  • Kandungan dengan pelbagai output dan bebas, digabungkan dengan sokongan skrin (Versi Lanjutan)
  • Sokongan peristiwa pencetus yang interaktif mengikut lokasi dan pada skrin sentuh (Versi Lanjutan)

Latar Belakang NEXCOM: Ditubuhkan pada tahun 1992, NEXCOM mengintegrasikan keupayaannya dan mengendalikan enam perniagaan global yang terdiri daripada Penyelesaian Automasi IoT, Keselamatan Digital Pintar, Internet of Things, Platform Papan Tanda Interaktif, Penyelesaian Pengkomputeran Mudah Alih serta Penyelesaian Rangkaian dan Komunikasi. NEXCOM menyediakan perkhidmatan buat pelanggannya di seluruh dunia melalui anak-anak syarikatnya yang berada di lima buah negara industri. Berikutan trend mega IoT, NEXCOM memperluas tawarannya menerusi penyelesaian bagi aplikasi baharu termasuk IoT, robot, kereta terhubung, Industri 4.0, dan keselamatan perindustrian. www.nexcom.com

HUBUNGI:
Liyin Lin
Pengarah Pemasaran
E-mel: liyinlin@nexcom.com.tw  
Tel: +886-2-8226-7786 samb. 2110

Source: Nexcom
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Retail New products/services Small Business Services