omniture

Penyekat Iklan Disepadukan dalam Pelayar Mudah Alih dan Komputer Opera - Teknologi Baharu yang Meningkatkan Kelajuan Pelayar Dengan Ketara

Opera Software AS
2016-05-04 15:57 378

OSLO, Norway, 4 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Penyekat iklan natif kini disepadukan dalam versi stabil pelayar Opera untuk komputer dan juga pelayar Opera Mini untuk Android.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160503/362852 )

Kira-kira 60 juta individu menggunakan Opera pada komputer mereka, manakala hampir 120 juta individu menggunakan Opera Mini untuk Android pada setiap bulan. Semua pengguna ini tidak lagi perlu memasang sambungan penyekatan iklan atau memuat turun aplikasi tersebut bagi menikmati pelayaran yang lebih pantas.

Dengan menyepadukan teknologi penyekatan iklan terus kepada kod pelayar, Opera baharu untuk komputer dapat meningkatkan kelajuan muatan halaman setinggi 89% berbanding pelayaran yang dibuat tanpa fungsi penyekatan iklan.

Opera Mini Baharu kini 40% lebih pantas  

Fungsi penyekatan iklan juga amat penting pada peranti mudah alih, memandangkan iklan dalam talian sering mengambil ruang pada skrin, melambatkan pelayaran dan menyebabkan bil data pengguna melambung tinggi.

Bagi pengguna mudah alih yang mementingkan kos, terdapat beberapa kelebihan tambahan yang boleh dinikmati apabila menyekat iklan dalam talian dan ia juga dapat menjimatkan wang dalam bil data. Opera Mini dikenali dengan teknologi pemampatannya. Selain turut berfungsi sebagai penyekat iklan, pengguna Opera Mini juga boleh memperoleh tambahan sehingga 14% penjimatan data, agar hanya sedikit yang ditolak daripada elaun data mudah alih pengguna.

Cara untuk mengaktifkan teknologi penyekatan iklan natif 

Opera Mini:

Di bawah menu "O" pada Opera Mini, ketik pada bahagian ringkasan penjimatan data. Dari bahagian itu, anda hanya perlu menukarkan fungsi hidupkan dan matikan pada "sekatan iklan". Bagi Android, penyekat iklan disediakan dalam mod penjimatan data yang tinggi dan ekstrem.

Opera untuk komputer:

Penyekat iklan bersepadu ini boleh diaktifkan dengan hanya satu klik pada tetapan. Dialog yang dipaparkan menunjukkan statistik bagi jumlah iklan yang telah disekat setakat ini, selain pada halaman sedia ada. Anda juga boleh membandingkan kelajuan muatan pada laman sesawang tersebut dengan atau tanpa penyekat iklan.

Ketahui lebih lanjut 

Muat turun pelayar Opera untuk komputer atau anda juga boleh mencuba penyekat iklan ini melalui Opera Mini untuk Android.

Source: Opera Software AS
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services