omniture

iProperty Hong Kong Mengumumkan Jalinan Kerjasama dengan Shenzhen Zunhao, Guangzhou Daily dan China Post

Memudahkan Pemaju Menembusi Pasaran China
iProperty Group (Hong Kong)
2016-05-05 09:28 269

HONG KONG, 5 Mei 2016 /PRNewswire/ -- iProperty Group Hong Kong mengumumkan perkongsian strategiknya bersama tiga rangkaian media utama di China, dan ini menjadikan iProperty sebagai penghubung penting antara pemaju hartanah luar negara dengan para individu yang tinggi status kewangannya di China.

Pada majlis "Anugerah Pembangunan Terbaik iProperty 2015" yang berlangsung pada 29 April lalu, Shenzhen Zunhao Network Technology Co. Ltd dinobatkan sebagai "Penyedia Penyelesaian Pemasaran Pengalaman Digital Terbaik", yang menandakan bermulanya jalinan kerjasama antara dua buah syarikat hartanah utama itu. Dengan memanfaatkan rangkaian hebat Zunhao di China, iProperty Hong Kong mampu menyediakan platforum untuk projek-projek hartanah luar negara bagi menembusi pasaran China menerusi platform dan strategi promosi yang tercanggih. Zunhao ialah rakan strategik Tencent Map yang eksklusif. Dengan memanfaatkan rangkaian media Tencent yang mantap, kedua-dua syarikat dapat memperkenalkan projek-projek luar negara kepada 800 juta pengguna QQ serta hampir 700 juta pengguna WeChat.

Pengurus Besar Serantau iProperty Group (Hong Kong & Macau) Cik Carrie Law berkata, "Pasaran China adalah amat penting buat hartanah luar negara. Kami amat berhasrat untuk bekerjasama dengan Zunhao dan menyediakan strategi e-pemasaran yang terkini buat para pelanggan kami. Kami akan mengikuti trend pasaran dengan teliti dan menawarkan pengalaman terbaik kepada pelanggan sasaran kami, memperkenalkan projek-projek hartanah yang bagus melalui kaedah yang interaktif serta menyemak semula strategi baharu dalam pemasaran hartanah."

Sementara itu, Ekspo SMART yang diterajui oleh iProperty juga mengumumkan kolaborasinya bersama Guangzhou Daily, salah satu rangkaian media rasmi yang penting di China. Melalui jalinan kerjasama ini, kedua-duanya akan menganjurkan Ekspo hartanah luar negara dan gaya hidup, iREAL EXPO CHINA menjelang akhir tahun 2016 di Guangzhou. Selain mendedahkan projek-projek hartanah luar negara kepada para individu yang tinggi status kewangannya di China, iREAL EXPO CHINA juga bertujuan untuk menganjurkan beberapa siri seminar tentang pelaburan hartanah antarabangsa, pendidikan luar negara, penghijrahan, gaya hidup di luar negara serta pelbagai maklumat serta saranan berkaitan pasaran. Pemaju dan agensi hartanah luar negara juga bakal melancarkan kempen pemasaran yang berkesan sempena iREAL EXPO CHINA bagi mendekati kumpulan pelabur yang ramai di Guangdong.

iProperty Hong Kong turut mengumumkan satu perjanjian strategik bersama China Post, dan ini membolehkan iProperty Hong Kong memanfaatkan pangkalan data negara milik China Post yang amat luas untuk menghantar mel melalui pos serta menjalankan pengiklanan mudah alih untuk projek-projek hartanah luar negara.

Sila klik di sini untuk memuat turun versi lengkap siaran media ini:
http://files.gohome.com.hk/press/IPPChinaPartnership.pdf

iProperty Group (Hong Kong & Macau)
Cik Laura Ho
+852-3576-3154
laura.ho@iproperty.com

Source: iProperty Group (Hong Kong)
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Asian-related news Contracts