omniture

GCL di China Tembusi Pasaran Storan Tenaga Teragih melalui Pelancaran Global bagi Produk Storan Tenaga Baharu

GCL
2016-05-06 05:23 459

MELBOURNE, Australia, 6 Mei 2016 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co., Ltd yang berpangkalan di China, memperkenalkan rangkaian siri produk storan tenaga E-KwBe yang pertama pada 4 Mei 2016 sempena Pameran & Persidangan Tenaga Suria yang diadakan di Australia. Rangkaian siri E-KwBe ini menjadi tumpuan acara pada tahun ini dan mendapat banyak perhatian. Siri produk storan tenaga baharu ini dapat mempertingkat pengalaman pengguna menerusi pelbagai pilihan spesifikasi dan ciri-ciri yang utama dalam industri, termasuk ketumpatan tenaga yang tinggi, keserasian yang tinggi, sistem pengurusan bateri yang canggih, hayat perkhidmatan yang panjang, serta ringan, tanpa hingar dan juga mudah dipasang.

Sebagai sebahagian daripada rangkaian siri produk baharu ini, pada awalnya, GCL System melancarkan dua produk storan tenaga untuk kediaman dengan rekaan menarik dengan kapasiti masing-masing sebanyak 2.5KWh dan 5.6KWh. Kedua-dua produk dibangunkan menerusi teknologi bateri ion litium yang bertenaga tinggi dan tahan lama, serta menyediakan ketumpatan tenaga setinggi 125Wh/kg. Sistem pengurusan bateri (BMS) pintar proprietari daripada GCL pula memastikan kawalan yang selamat dan tepat. Selain reka bentuk satah belakang yang disepadukan dengan aluminium, kedua-dua produk dikuasakan oleh teknologi penyejukan pasif dan mampu mengenal pasti sambungan siri selari dengan pintar dan ini menyokong sambungan siri selari untuk lapan peranti maksimum.

Sempena majlis pelancaran yang diadakan di ekspo tersebut, pengerusi GCL, Shu Hua berkata, "GCL memiliki pasukan hebat yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi proprietari kami, disokong oleh hasil usaha kerjasama yang terjalin dengan beberapa pertubuhan penyelidikan, termasuk Institut Penyelidikan Aplikasi Industri. Kami menyasarkan untuk mencipta lebih banyak produk storan tenaga, menjadi peneraju bagi mempengaruhi trend pasaran serta membantu negara Australia mencapai wawasannya berkaitan tenaga boleh diperbaharui selain mendorong pengeluaran tenaga yang mampan di seluruh dunia."

Siri produk E-KwBe bakal dipasarkan oleh One STOP WAREHOUSE (OSW), iaitu pengedar produk fotovolta (PV) suria GCL di Australia. OSW, pengedar yang aktif dalam pasaran sistem PV, terlibat khususnya dalam pemasaran panel sel PV, suite lengkap penyongsang dan juga komponen. Pembekal PV ini mempunyai empat pusat pengedaran di seluruh Australia serta turut membangunkan dan melancarkan platform e-dagang, operasi dan mudah alihnya sendiri.

Paling utama, GCL memperoleh 51 peratus saham dalam OSW pada bulan April 2016. Menerusi OSW, GCL berhasrat untuk mewujudkan saluran pengedarannya bagi modul suria, penyepaduan sistem dan produk storan tenaga teragih di seluruh Australia dan kawasan hemisfera selatan yang lebih luas. Selain itu, GCL akan menembusi kebanyakan pasaran utama di dunia, termasuk A.S., India dan Jepun. Pada masa depan, pasaran luar negara dijangka akan menjadi salah satu penjana keuntungan utama GCL.

Latar Belakang GCL System

GCL System Integration Technology Co. Ltd (Bursa Saham Shenzhen kod saham 002506) (GCL System) ialah sebahagian daripada Golden Concord Group (GCL), sebuah syarikat tenaga antarabangsa yang mengkhusus dalam pengeluaran tenaga yang bersih serta mampan. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1990 itu, kini menggajikan 20,000 kakitangan. GCL membekalkan 35% daripada hasil kapasiti wafer dunia, dengan 30% daripada pasaran tersebut terdiri daripada silikon, selain memiliki aset global bernilai hampir USD 16 bilion.

Dengan lebih 2 GW penghantaran modul pada tahun 2015, GCL System komited untuk menjadi syarikat tenaga suria yang terkemuka di dunia. Pembekal perkhidmatan tenaga pintar itu turut menyediakan penyelesaian tenaga secara sehenti, termaju dan bersepadu. Menerusi operasi kapasiti rantaian Industri PV Vertikal yang bersepadu sepenuhnya, GCL System membangunkan model perniagaan yang berasaskan pembangunan dan penggunaan pakej penyelesaian suria yang menyeluruh dan terkini, merangkumi reka bentuk, produk serta perkhidmatan yang lengkap.

Source: GCL
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology New products/services Trade show news