omniture

Fragrance Du Bois Hebahkan Perkembangan Terkini

Fragrance Du Bois
2016-05-09 06:49 597

SINGAPURA, 9 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Hasil kejayaan pembukaannya di Paris, Perancis baru-baru ini, Fragrance Du Bois dengan sukacitanya mengumumkan perkembangan terkini berkaitan rancangan peluasannya yang berterusan. Bermula pada 4 Mei 2016, syarikat minyak wangi mewah Perancis ini akan berada di salah sebuah rangkaian membeli belah yang paling mantap dan terkenal di Singapura -- TANGS, di VivoCity. Fragrance Du Bois akan terus berada di rangkaian membeli belah tersebut hingga 6 Jun 2016.

Butik 'pop-up' terkini Fragrance Du Bois di TANGS VivoCity.
Butik 'pop-up' terkini Fragrance Du Bois di TANGS VivoCity.

Butik 'pop-up' itu direka bagi menarik warga tempatan, golongan ekspatriat dan pelancong, dengan menyediakan pengalaman membeli belah yang unik di salah sebuah gedung membeli belah terbesar dan pernah merangkul anugerah di Singapura. Ia turut memberi peluang hebat buat para pengguna dan penggemar minyak wangi bagi melihat sendiri cara penghasilan minyak wangi istimewa ini, selain peluang untuk Fragrance Du Bois memperkenalkan minyak wangi mewah, 100% asli dan berasaskan minyak Oud yang semula jadi.

Butik seluas 379 kaki persegi ini terletak di pintu utama gedung membeli belah tersebut, dan menyerupai butik konsep mewah Fragrance Du Bois yang berada di serata dunia, bagi memperlihatkan pendekatan inovatif dan warisan yang elegan daripada jenama tersebut. Meriah dengan kelengkapan perabot berwarna hitam dan emas, butik 'pop-up' itu dibangunkan menerusi reka bentuk elegan botol minyak wangi Fragrance Du Bois yang dihiasi batu Swarovski, bagi membangkitkan suasana yang membelai rasa dan mewah untuk para pelanggan.  

Butik 'pop-up' itu bukan sekadar menampilkan pelbagai pilihan minyak wangi Oud yang hebat daripada jenama tersebut. Para penggemar minyak wangi juga berpeluang meninjau rangkaian produk minyak wangi daripada jenama lain yang terkenal seperti Xerjoff, Parfums de Marly, Jovoy, Sospiro, Alexandre. J, Illuminum, House of Sillage, Isabey serta Sue Wong. Semua jenama ini adalah hak eksklusif Fragrance Du Bois di Asia Tenggara. 

Menampilkan botol minyak wangi Fragrance Du Bois dengan hiasan batu Swarovski yang elegan berserta klosye yang istimewa di TANGS VivoCity.
Menampilkan botol minyak wangi Fragrance Du Bois dengan hiasan batu Swarovski yang elegan berserta klosye yang istimewa di TANGS VivoCity.

Awal tahun lalu, Fragrance Du Bois diberi peluang untuk memperkenalkan hasil ciptaannya yang hebat di TANGS, Tangs Plaza iaitu lokasi utama bagi rangkaian membeli belah yang terletak di kawasan membeli belah yang terkenal di Singapura, Orchard Road. Usaha tersebut ditampilkan sekali lagi pada akhir tahun 2015 dengan kejayaan yang membanggakan.

Nicola Parker, Pengarah Jenama Fragrance Du Bois berkata, "Kehadiran kami di TANGS sekali lagi, iaitu lokasi utama bagi rangkaian membeli belah yang paling diiktiraf di Singapura, memberikan kami satu lagi peluang hebat untuk meningkatkan pengiktirafan jenama dan mendidik pelanggan tentang falsafah kami. Kami sedar akan kepentingan membantu orang ramai memahami perbezaan kami dengan jenama minyak wangi terkenal yang lain. Kami juga ingin orang ramai memahami dan menghargai ciri-ciri minyak Oud yang istimewa ini, yang merupakan elemen penting untuk produk dan profil jenama kami."

"Kebanyakan warga Singapura cuma memerlukan sedikit galakan ketika mencuba jenama-jenama khas," sambung beliau. "Kami mendapati terdapat peningkatan minat terhadap syarikat minyak wangi yang lebih kecil dan bersifat individu, memandangkan citarasa pengguna kini mementingkan elemen yang sofistikated. Mereka mahu lebih lagi dan ingin menonjol dalam khalayak ramai. Kami berasa rendah hati serta gembira dengan maklum balas positif yang diterima dan berharap dapat mencipta satu lagi kejayaan dalam pameran akan datang."

Dengan hanya menggunakan bahan-bahan terbaik, yang diperoleh dan dihasilkan secara lestari, Fragrance Du Bois kini turut berada di Paris, Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok dan Dubai. Jenama tersebut turut berbincang dengan rangkaian membeli belah yang berprestij di serata dunia untuk menyediakan dan mempamerkan pelbagai pilihan produknya, serta dijangka akan terus berkembang menerusi pembukaan butik di Doha, Geneva dan London beberapa bulan akan datang.

Fragrance Du Bois akan beroperasi di Tangs VivoCity, 1 Harbourfront Walk, #01-187, Singapura 098585 bermula pada 4 Mei hingga 6 Jun 2016.

Notes untuk Editor:

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran
E-mel: samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Tel. Bimbit: +65 9144 0933

Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran
E-mel: zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +60 122 035 344

Latar Belakang Fragrance Du Bois 

Fragrance Du Bois ialah sebuah syarikat minyak wangi khas yang mewah, dihasilkan daripada sari pati alam semula jadi yang terkaya, dibuat oleh pakar minyak wangi generasi kelima daripada tradisi Grasse, Perancis pada abad ke-17. Ia mendapat inspirasi daripada keindahan dan ketulenan alam semula jadi itu sendiri.

Bahan utama di sebalik ciptaan kesemua produk Fragrance Du Bois ialah minyak Oud kami yang istimewa, yang memancarkan aroma kemewahan sebenar yang tersendiri dan unik. Kesemua minyak Oud yang digunakan oleh Fragrance Du Bois dihasilkan sendiri di ladang kami yang diurus secara lestari dan dijamin diperoleh secara beretika dan mampan.

Butik khas minyak wangi ini kini berada di Paris, Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok, Dubai dan dirancang untuk diperluas ke Doha, Geneva dan London beberapa bulan akan datang.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160505/8521602892-a 
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160505/8521602892-b  

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Corporate Expansion