omniture

Lanson Place Melancarkan Hartanah Keempat di Shanghai - Parkside Serviced Suites oleh Lanson Place di Daerah Huangpu

Lanson Place Hospitality Management Limited
2016-05-10 17:00 490

HONG KONG, 10 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Lanson Place Hospitality Management Limited ("Lanson Place"), sebuah jenama pengurusan hospitaliti mewah di Asia yang berpangkalan di Hong Kong, dengan sukacitanya mengumumkan perasmian Parkside Serviced Suites oleh Lanson Place di Shanghai hari ini, yang merupakan hartanah kesepuluh di bawah Kumpulan ini dan merupakan operasi keempat di Shanghai.

Ruang Tamu di Pangsapuri Premier, Parkside Serviced Suites oleh Lanson Place
Ruang Tamu di Pangsapuri Premier, Parkside Serviced Suites oleh Lanson Place

Ditempatkan dengan penuh teliti di salah satu kawasan kejiranan mantan Konsesi Perancis yang paling berprestij dan menarik, Parkside Serviced Suites ialah sebuah lokasi menenangkan dengan ciri-ciri kontemporari yang membawakan semangat baharu ke dalam bandar metropolis yang sibuk dan komuniti Huangpu yang meriah. Ia terletak amat berhampiran dengan stesen metro Madang Road, yang menyediakan akses mudah ke tempat menjamu selera yang terkenal di bandar itu dan juga hab hiburan Xintiandi, selain daerah perniagaan utama, Lujiazui.

Penuh kelembutan yang disulami kecanggihan, hartanah tersebut menawarkan 182 unit pangsapuri dengan satu dan dua bilik tidur, dengan keluasan antara 73 hingga 148 meter persegi, berserta rekaan dalaman yang moden dan suasana santai yang memperlihatkan ciri-ciri elegan dan keselesaan sebenar yang digayakan dengan berkesan. Kesemua pangsapuri dilengkapi dengan dapur penuh, televisyen LED, sistem teater rumah, satelit dan TV kabel serta sambungan internet jalur lebar wayarles. Kemudahan lain yang disediakan termasuk gimnasium dengan perkhidmatan selama 24 jam, ruang istirehat untuk penduduk dan tempat letak kereta bawah tanah.

En. Marc Hediger, Ketua Pegawai Eksekutif Lanson Place, berkata, "Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan projek baharu ini yang merupakan hartanah kesepuluh dalam senarai projek kami. Ia menandakan pencapaian penting untuk Syarikat ini memandangkan kami berkembang dengan baik di Shanghai dan kawasan lain di China. Ia membuktikan model perniagaan baharu kami berjaya menarik minat para pelancong dan golongan ekspatriat zaman Milenium ini, khususnya apabila hartanah kami yang seterusnya, One Sunland Serviced Suites diurus oleh Lanson Place di Pudong bakal dirasmikan pada musim Panas ini di Shanghai. Melalui dua projek tambahan ini, kehadiran kami di Shangai bakal diwakili sepenuhnya menerusi lima hartanah di Pudong dan Puxi, berserta Lanson Place Jinlin Tiandi, Lanson Place Jin Qiao serta Aroma Garden Serviced Suites oleh Lanson Place."

Cik Elsie Leung, Pengurus Besar Parkside Serviced Suites oleh Lanson Place berkata, "Lokasi Parkside ini terletak di kawasan yang sedang meningkat naik di Shanghai yang menyediakan pelbagai kafe hip serta restoran di sekitar kawasan kejiranan. Dengan lokasinya yang tiada tandingan, tetamu kami yang mementingkan kualiti, yang menginginkan kemudahan, ketenangan dan gaya hidup mewah akan mendapati hartanah ini sebagai kediaman yang ideal."

Sebarang maklumat lanjut tentang Lanson Place, sila layari http://www.lansonplace.com.

Latar Belakang Lanson Place Hospitality Management Limited

Lanson Place ialah sebuah anak syarikat milik penuh Wing Tai Properties Limited (Wing Tai), iaitu sebuah syarikat senaraian awam di Hong Kong (kod saham HKEx: 369). Wing Tai kini mengurus sebelas hartanah (Wing Tai memiliki entiti dalam tiga hartanah tersebut) menerusi jenama Lanson Place, terdiri daripada hotel-hotel butik mewah dan pangsapuri berservis di Beijing, Shanghai, Hong Kong, Kuala Lumpur dan juga Singapura.

Umumnya, hartanah Lanson Place terletak berdekatan dengan daerah pusat perniagaan serta kawasan membeli belah dan juga hiburan yang mewah. Lanson Place bermatlamat untuk menyediakan perkhidmatan yang memberi perhatian dan dikhususkan dengan ciri-ciri kemudahan hotel mewah berserta keselesaan dan juga privasi kediaman peribadi.

Syarikat ini akan terus mengembangkan jenama Lanson Place sebagai jenama pan-Asia dan akan terus meninjau peluang pelaburan dan pengurusan khususnya di bandar-bandar pintu masuk di rantau Asia Pasifik.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160509/8521602961

Source: Lanson Place Hospitality Management Limited
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Asian-related news New products/services