ASTANA, Kazakhstan, 11 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Debat tahunan Timur-Barat Forum Media Eurasia (EAMF) melabuhkan tirainya di sini dengan satu pengumuman dibuat yang menyatakan forum seterusnya bakal diadakan dalam konteks pameran dunia Kazakhstan, Astana EXPO-2017, bermula pada 22 hingga 23 Jun tahun hadapan.
Bagi melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7832951-eurasia-media-forum-astana-expo-2017/
Forum tersebut bakal diadakan di salah satu platform pameran di ibu negara Kazakhstan, seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum, Dariga Nazarbayeva pada akhir forum.
Forum tahun ini yang kini dalam siri ke-13, menghimpunkan lebih 550 perwakilan selama tiga hari, bermula pada 20 hingga 22 April di pusat bandar Asia Tengah bagi membincangkan isu-isu masa kini yang paling mendesak.
Sebagai kesimpulan dalam sesi terakhir, Dr Nazarbayeva menyatakan bahawa kesemua proses pembangunan tidak terkawal yang berlaku di seluruh dunia masa kini bukan berpunca daripada konflik peradaban, namun ia disebabkan oleh proses mengadaptasi tamadun berbeza dan membiasakan diri dengannya.
"Ia adalah proses yang sukar, dramatik dan memakan masa. Mungkin ia memerlukan beberapa lagi generasi akan datang sebelum tamadun manusia mampu sehaluan dari segi keharmonian, persefahaman dan keamanan," tambah beliau.
Jumlah perwakilan yang menghadiri EAMF XIII ialah seramai 567 orang, termasuk 248 perwakilan daripada negara-negara luar. Perbincangan tersebut melibatkan 48 penceramah, selain penyertaan daripada peserta lain. Seramai 185 wakil media turut terlibat.
Forum tersebut melibatkan sesi berkaitan topik terkini dalam agenda berita antarabangsa, seperti "Masa kini dan masa depan ekonomi dunia, krisis global dan dunia tanpa minyak"; "Timur Tengah: proses transformasi serantau atau perebutan kepentingan?"; "Persaingan maklumat" pada abad ke-21: cabaran untuk hati dan minda" serta lain-lain.
Seperti mana pada tahun-tahun sebelumnya, Forum ini menarik minat para penceramah yang terkenal di peringkat antarabangsa, termasuk Hamid Karzai, mantan Presiden Afghanistan, Jack Straw, mantan menteri luar negeri UK, Olga Kefalogianni, mantan menteri pelancongan Greece, Simon Anholt, pakar penjenamaan, dan lain-lain.
Satu lagi ciri-ciri unik EAMF XIII ialah sejumlah besar bengkel dan kelas master yang dijalankan oleh penceramah terkenal, selain sesi plenari.
EAMF diasaskan menerusi inisiatif oleh Dariga Nazarbayeva pada tahun 2002 sebagai sebuah pertubuhan bukan berasaskan politik dan keuntungan, khusus bagi menggalakkan perbincangan terbuka berkaitan isu-isu semasa dan masalah yang melanda pelosok Timur dan Barat. Sejak beberapa tahun, Forum ini telah meluaskan sempadan minatnya selain benua Eurasia, bagi mengiktiraf Kazakhstan, sebuah platform bertaraf dunia yang unik serta interaktif, yang setiap tahun menghimpunkan lebih ramai peserta yang berpengaruh.
Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160510/365801
SUMBER Eurasian Media Forum (EAMF)