omniture

Alami Suasana Ladakh dalam Keindahannya yang Sebenar Bersama Kem Mewah TUTC

The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
2016-05-11 12:52 323

MUMBAI, 11 Mei 2016 /PRNewswire/ --

- Tempah Kembara Percutian Yang Hebat Sekarang

- Kem Bermula Dari 15 Mei 2016 hingga 10 Oktober 2016  

Apa kata mulakan dan akhiri hari anda dalam suasana yang paling mewah, serba lengkap dengan sajian yang lazat serta perkhidmatan yang khusus untuk anda? The Ultimate Travelling Camp kini kembali dengan Chamba Camp Thiksey dan Chamba Camp Diskit di Ladakh yang tersohor, gabungan yang mengagumkan antara suasana kemewahan dengan gaya hidup nomad yang dihidangkan dalam landskap dramatik yang terpilih, yang membuktikan gandingan kemewahan dan alam semula jadi boleh wujud dengan indah sekali.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160509/803072)

Memperkenalkan konsep 'Glamping' atau perkhemahan mewah buat pengembara yang bijaksana menerusi cara yang tersendiri di TUTC, yang membolehkan seorang pengembara merasai sendiri keunikan budaya masyarakat Ladakh, sambil menikmati kemewahan tempat kediaman yang penuh glamor. Buat mereka yang ingin meneroka sesuatu yang belum diterokai, mereka boleh memilih dan menyesuaikan perjalanan mereka menerusi pelbagai jadual perjalanan yang dipilih dengan teliti, bermula dengan pakej 1 malam, 3 malam, 4 malam dan 7 malam.

Kem mewah bergerak ini akan mula beroperasi dari 15 Mei 2016 hingga 10 Oktober 2016, yang dianggap bakal menjadi saat paling sesuai untuk menikmati keindahan Ladakh.

Maklumat lanjut tentang pakej, sila layari http://www.theultimatetravellingcamp.com/

Kem mewah TUTC di Thiksey dan Diskit, Ladakh menawarkan perkhidmatan yang hebat seperti Wi-Fi tanpa had di Khemah Penyambut Tetamu, sistem keselamatan dan bantuan paramedik selama 24/7 di lokasi perkhemahan, bekalan elektrik 24/7, butik serta perpustakaan di Khemah Penyambut Tetamu, selain perkhidmatan pelayan peribadi. Setiap khemah disediakan dengan bilik mandi di dalam bilik serta bekalan air panas dan air sejuk selama 24 jam. Setiap khemah ini juga dilapisi dengan tiga lapisan dan tetamu boleh mengawal suhu di dalam khemah mereka mengikut kesesuaian masing-masing. Cef khas daripada TUTC menggunakan bahan-bahan segar dari ladang bagi menyediakan hidangan bertaraf dunia, merangkumi hidangan serantau, India dan Antarabangsa yang menepati selera para pengembara. Tetamu juga boleh menambah pelbagai elemen untuk jadual perjalanan mereka bagi menjadikan pengalaman ini benar-benar unik, seperti meneroka Tasik Pangong yang indah, berakit menyusuri Sungai Indus, sesi dengan Oracle, aktiviti berbasikal di Lembah Warila, bermain sukan purba Polo dan banyak lagi. The Ultimate Travelling Camp ini juga boleh disesuaikan untuk acara khas buat rakan-rakan dan kaum keluarga seperti perayaan, majlis perkahwinan, sambutan ulang tahun atau sambutan hari lahir ke-50.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hantar kepada kami melalui chaitra.shetty@tutc.com atau info@tutc.com atau hubungi +91-8010902222 

Source: The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services