omniture

Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Lee Kum Sheung Meraikan Pembukaan Rasmi di Fakulti Kesihatan Awam Harvard

Menyediakan Peluang Unik Bagi Memperoleh Pemahaman Saintifik yang Mendalam terhadap Hubungan antara Kesejahteraan Psikologi dan Kesihatan Fizikal
LKK Health Products Group
2016-05-12 08:07 681

BOSTON, 12 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Pusat Kesihatan dan Kebahagiaan Lee Kum Sheung ("Pusat") dibuka secara rasminya di Fakulti Kesihatan Awam Harvard T.H. Chan pada 11 Mei 2016 di Boston. Upacara Memotong Riben telah disempurnakan pada hari tersebut oleh En. Sammy Lee, Pengerusi dan Pengarah Urusan LKK Health Products Group, bersama Profesor David Hunter, Pemangku Dekan Fakulti Kesihatan Awam Harvard T.H. Chan.

En. Sammy Lee dan pemangku dekan Hunter bersedia untuk majlis memotong reben
En. Sammy Lee dan pemangku dekan Hunter bersedia untuk majlis memotong reben

 

Prof. Ichiro Kawachi, Pengerusi Jabatan Sains Sosial dan Tingkahlaku, Fakulti Kesihatan Awam Harvard T.H. Chan, berucap pada majlis memotong reben
Prof. Ichiro Kawachi, Pengerusi Jabatan Sains Sosial dan Tingkahlaku, Fakulti Kesihatan Awam Harvard T.H. Chan, berucap pada majlis memotong reben

 

Gambar berkumpulan wakil keluarga Lee Kum Kee dan fakulti Harvard di hadapan Fakulti Kesihatan Awam Harvard Chan
Gambar berkumpulan wakil keluarga Lee Kum Kee dan fakulti Harvard di hadapan Fakulti Kesihatan Awam Harvard Chan

 

En. David Lee dan pemangku dekan Hunter mempamerkan plak Pusat Kesihatan dan Kebahagiaan Lee Kum Sheung di majlis makan malam yang dianjurkan oleh Harvard pada 10 Mei
En. David Lee dan pemangku dekan Hunter mempamerkan plak Pusat Kesihatan dan Kebahagiaan Lee Kum Sheung di majlis makan malam yang dianjurkan oleh Harvard pada 10 Mei

Dengan menamakan Pusat tersebut bersempena pengasas syarikat, Lee Kum Sheung, Keluarga Lee Kum Kee menyumbang lebih HK$162 juta (US$21 juta) bagi menyokong segala usaha yang melibatkan kajian dan pemahaman terhadap hubungan antara kesejahteraan psikologi yang positif, persekitaran sosial yang positif serta kesihatan fizikal. Pada 22 April, satu majlis menandatangani perjanjian telah diadakan di Hong Kong bagi mengumumkan penubuhan Pusat tersebut.

Mengkaji Sejauh Mana Emosi Positif Memberi Kesan terhadap Kesihatan Manusia

Sejumlah kajian yang dijalankan sejak beberapa tahun yang lalu menunjukkan kesejahteraan emosi dan kebahagiaan memberi kesan langsung atau tidak langsung terhadap kesihatan fizikal, menyumbang kepada sama ada seseorang akan mengalami antara situasi yang paling membawa maut di dunia, termasuk penyakit jantung, obesiti, penyakit darah tinggi, penyakit berkaitan tabiat merokok, bunuh diri dan keadaan yang berkaitan ketagihan alkohol serta minum lewah.

Kajian yang diterbitkan pada tahun 2013 meninjau individu daripada 142 buah negara menyimpulkan bahawa emosi memainkan peranan penting terhadap kesihatan di mana-mana juga, tanpa mengira negara, rantau atau tahap kemajuan ekonomi. Bahkan kesan emosi terhadap kesihatan lebih jelas terlihat di negara-negara kurang maju. Selain itu, kajian terkini yang melibatkan 162 buah daerah di China juga mendapati hubungan antara kesihatan fizikal dan emosi yang positif dan negatif, adalah suatu yang lazim mengikut tahap kemajuan sosioekonomi yang berbeza. 1,2

Lebih banyak fakta penting dan angka berkaitan disediakan di http://www.hsph.harvard.edu/health-happiness/background-information/key-facts-and-figures-on-diseases-and-conditions-affected-by-happiness/

Walaupun semakin banyak kajian mencadangkan emosi yang positif dapat menggalakkan kesihatan yang baik dan emosi negatif menyebabkan tahap kesihatan yang rendah, wujudnya jurang kesepakatan saintifik yang jelas berkaitan hubungan antara kesihatan dan kebahagiaan. Amalan serta kajian perubatan dan psikologi telah sekian lama fokus terhadap penyakit dan defisit yang menyebabkan kesihatan yang kurang baik. Namun begitu, terdapat juga faedah penting dalam menumpukan kesan positifnya, iaitu aset yang membantu kita kekal sihat atau membantu kita sembuh dengan cepat daripada sebarang penyakit dan kecederaan. Lebih banyak kajian yang teliti amat perlu dijalankan bagi memahami aset positif ini dan cara untuk menggalakkanya serta mengamalkannya dalam kalangan berjuta-juta individu di seluruh dunia. Penubuhan Pusat baharu ini menawarkan peluang hebat bagi menangani masalah ini. Ini akan membantu orang ramai bukan sekadar untuk menikmati kehidupan tanpa sebarang penyakit, malah untuk menjalani kehidupan yang benar-benar sihat dan bahagia.




1 Is the Emotion-Health Connection a "First-World Problem"? Psychological Science April 2013 24: 544-549, pertama kali diterbitkan pada 26 Februari 2013

2 Yu, Z.H & Wang, F. 2016. Socio-economic development and emotion-health connection revisited: a multilevel modelling analysis using data from 162 counties in China. BMC Public Health. 16:257

Membawakan Pendekatan Antara Bidang terhadap Kebahagiaan dan Kesihatan

Matlamat utama Pusat ini adalah untuk mempertingkat kehidupan dan kesihatan orang ramai di seluruh dunia dan membuat penemuan baharu berkaitan tingkah laku peribadi, rawatan perubatan, program kesihatan awam, dan pelbagai dasar awam yang biasanya tidak berkaitan dengan penjagaan kesihatan serta perubatan. Usaha awal akan menumpukan terhadap tiga projek penyelidikan, iaitu penyelidikan sains asas, penyelidikan intervensi, serta penyelidikan translasi dan komunikasi.

Penyelidikan Sains Asas akan menilai hubungan antara kesejahteraan psikologi yang positif dan kesihatan kardiovaskular. Satu matlamat jangka panjang bagi projek ini ialah pembangunan dan pengesahan indeks kesejahteraan psikologi positif yang komprehensif, atau "indeks kebahagiaan". Ia diharap dapat menyediakan instrumen penyelidikan yang mantap dalam menggalakkan pemahaman terhadap penentu kesejahteraan, dari aspek sosial atau persekitaran.

Penyelidikan Intervensi bertujuan untuk memahami kesan amalan kesedaran terhadap pilihan individu, tingkah laku dan kesihatan, iaitu satu aspek kajian penting yang mempunyai potensi hebat dalam memberi kesan kepada kelompok yang luas. Peringkat awal kajian ini akan menumpukan pelajar yang terlibat dalam program terapeutik di Boston (yang bakal diperluaskan kepada kumpulan lain di Boston serta populasi yang relevan di Hong Kong).

Penyelidikan Translasi dan Komunikasi akan mengkaji secara terperinci tentang peranan komunikasi maklumat kesihatan dalam mempengaruhi kesejahteraan fizikal dan psikososial, dengan tujuan untuk mewujudkan intervensi komunikasi yang berkesan berasaskan bukti dan fakta. Projek ini akan dibahagikan kepada tiga fasa, termasuk mengkaji bukti semasa, menjalankan kajian utama, dan membangunkan serta menguji model.

"Dengan memanfaatkan maklumat yang diketahui berserta penemuan penyelidikan baharu, kami percaya Pusat baharu ini akan menyediakan saranan dan intervensi berasaskan bukti yang dengan jelas dapat mempertingkat kesihatan dan kesejahteraan individu serta seluruh populasi," kata David Hunter, Pemangku Dekan Fakulti Harvard Chan. "Matlamat kami adalah untuk membawakan dasar awam dan program kesihatan awam yang lebih baik yang dapat memberi kesan kepada kesihatan sejumlah besar individu, selain menetapkan keutamaan baharu dalam amalan perubatan dan juga tingkah laku peribadi yang dapat membantu individu menjalani kehidupan yang lebih panjang dan lebih sihat."

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Pusat Kesihatan dan Kebahagiaan Lee Kum Sheung, sila layari laman sesawang Pusat tersebut melalui www.hsph.harvard.edu/health-happiness.

Latar Belakang Fakulti Kesihatan Awam Harvard T.H. Chan

Fakulti Kesihatan Awam Harvard T.H. Chan menghimpunkan pakar-pakar yang berdedikasi daripada pelbagai bidang yang bertujuan mendidik penggiat kesihatan global daripada kalangan generasi baharu serta mencetuskan idea hebat yang dapat mempertingkat kehidupan dan juga kesihatan orang ramai di mana juga mereka berada. Sebagai sebuah komuniti yang terdiri daripada saintis terkemuka, pendidik dan pelajar, kami bekerjasama untuk membawakan idea yang inovatif daripada makmal kepada kehidupan orang ramai, bukan sekadar mencipta penemuan saintifik, malah turut berusaha mengubah tingkah laku individu, dasar awam serta amalan penjagaan kesihatan. Setiap tahun, lebih 400 kakitangan fakulti daripada Fakulti Harvard Chan mengajar lebih 1,000 pelajar sepenuh masa dari seluruh dunia serta melatih beribu-ribu individu secara dalam talian mahupun melalui kursus pendidikan eksekutif. Ditubuhkan pada tahun 1913 yang dikenali sebagai Fakulti Pegawai Kesihatan Harvard-MIT, Pusat Pengajian ini diiktiraf sebagai program latihan profesional dalam bidang kesihatan awam yang paling lama dijalankan di Amerika.

Latar Belakang Keluarga Lee Kum Kee

Pada tahun 1888, En. Lee Kum Sheung mencipta sos tiram di bahagian selatan China iaitu di bandar Nanshui, Wilayah Guangdong dan memulakan perniagaan Lee Kum Kee. Sejak 128 tahun lalu, lima generasi daripada Keluarga Lee Kum Kee berpegang kepada nilai-nilai teras dalam "Si Li Ji Ren" (mengambil kira kepentingan orang lain) yang sentiasa berusaha untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

Kini, Keluarga ini ialah pemilik Lee Kum Kee Sauce Group dan LKK Health Products Group, dua buah syarikat multinasional yang beribu pejabat di Hong Kong, masing-masing pakar dalam penghasilan sos dan bahan perasa; produk serta perkhidmatan kesihatan herba Cina, ladang herba Cina, platform internet mudah alih dan juga pelaburan hartanah. Tanda dagang berdaftar syarikat itu yang amat terkenal termasuk "Lee Kum Kee," "Infinitus," dan "HeHa."

Wakil Perhubungan:      

En. Felix Poon
Tel: +852 9202 2885 / +852 2804 2388 
Faks: +852 2804 2390 
E-mel: felix@vis-pr.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160512/0861604300-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160512/0861604300-d
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160512/0861604300-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160512/0861604300-a

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Education Health Care/Hospital Higher Education Medical/Pharmaceuticals New products/services