GUANGZHOU, China, 12 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) kali ke-119 melabuhkan tirai dengan jayanya pada 5 Mei. Jumlah perjanjian perniagaan terkumpul pada pameran tersebut adalah sebanyak RMB182.288 bilion (USD28.084 bilion).
Jumlah pengunjung dari luar negara yang menghadiri Pameran tersebut meningkat kepada 185,596 pengunjung, peningkatan sebanyak 0.43% berbanding tahun sebelumnya; Hong Kong, India, A.S., Taiwan, Korea Selatan, Thailand, Malaysia, Rusia, Indonesia dan Australia ialah sepuluh buah negara dengan jumlah pengunjung paling ramai. Sebanyak 92 daripada 250 Peniaga Global Terbaik Tahun 2015, termasuk Wal-Mart, Home Depot, Tesco dan Carrefour turut serta dalam pameran ini berserta para wakil dari lebih 200 buah negara lain dan wilayah di seluruh dunia.
Dalam kalangan pembeli luar negara, 39.44% daripada mereka adalah daripada industri peralatan elektronik dan elektrik kediaman, 30.49%, 28.45% dan 27.05% masing-masing adalah daripada industri barangan pengguna, hiasan rumah dan cenderamata, manakala 24.26% mewakili sektor jentera.
Mengulas tentang perjanjian perniagaan yang dibuat pada pameran tersebut, Xu Bing, selaku jurucakap Pameran Canton berkata, "Kebanyakan pesanan dibuat daripada Zon Jenama dengan jumlah dagangan mencecah USD 9.32 bilion, 6% lebih tinggi berbanding tahun lalu dan 33.2% daripada jumlah dagangan keseluruhan. Ini menunjukkan para pembeli menunjukkan minat yang jelas untuk berurus niaga dengan cara ini yang tidak mementingkan perubahan harga, namun lebih berfokus pada produk dan kualiti perkhidmatan."
Sebagai penganjur, CFTC membuat banyak penambahbaikan untuk edisi Pameran Canton kali ini, dengan fokus paling ketara terhadap peraturan, operasi dan pengurusan, keselamatan serta perkhidmatan keseluruhan. Salah satu contoh ialah peningkatan ketara terhadap perlindungan harta intelek, menerusi penyediaan pusat penerimaan khusus bagi menangani sebarang masalah berkaitan pelanggaran hak yang mungkin berlaku.
CFTC juga memperkenalkan "Pameran Canton Pintar" dengan mengintegrasikan platform media sosial seperti Facebook dan LinkedIn bagi melancarkan "Produk Tumpuan Utama", menambah baik akaun perkhidmatan WeChat, selain menyediakan lebih banyak pilihan penginapan serta perkhidmatan perjalanan. Kira-kira 25,000 pembeli baharu mendaftar melalui media sosial dan juga enjin gelintar.
Pameran Canton kali ke-120 bakal berlangsung pada bulan Oktober 2016 dan akan terus menyediakan platform perkhidmatan pameran yang hebat buat kesemua pengunjung.
Latar Belakang Pameran Canton
Pameran Import dan Eksport China, juga dikenali sebagai Pameran Canton diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Ditubuhkan pada tahun 1957, Pameran tersebut ialah pameran yang komprehensif dengan sejarah yang panjang, bertaraf tertinggi, dengan skala terbesar dan mempunyai jumlah produk terbanyak selain platform pengedaran untuk pembeli global yang paling luas dan juga mencatat perolehan perniagaan tertinggi di China.