omniture

Risen Serahkan Modul 22 MWp ke Eropah Timur

Risen Energy Co., Ltd
2016-05-12 22:20 349

NINGBO, China, 12 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Risen Energy Co., Ltd, ialah pengeluar utama, bersifat global dan Tahap 1 bagi produk fotovolta solar berprestasi tinggi serta penyedia penyelesaian perniagaan yang menyeluruh untuk penjanaan kuasa, hari ini mengumumkan modul PV Solar 22 MWp Risen telah diserahkan ke Republik Belarus.

Penyerahan penting ini adalah sebahagian daripada program penghantaran bersama LSG Group, yang mereka bentuk dan membangunkan loji kuasa tenaga boleh diperbaharui di kawasan Eropah Tengah dan Timur, serta kawasan lain. Melalui prinsip "menuruti kehendak pelanggan" sejak tahun 2000, LSG telah mengumpul sejumlah besar data penting yang memberi manfaat kepada pelanggan mereka; mereka mampu memberi tumpuan khusus kepada data yang sahih bagi tujuan penilaian kitar hayat dalam setiap peluang. Memandangkan ini merupakan satu pencapaian membanggakan buat Risen kerana terpilih dalam projek ini, ia turut menambah negara baharu ke dalam senarai negara yang menerima perkhidmatan Risen yang kian bertambah.

En. Karl Goth, Pengarah Urusan LSG mengesahkan; "Kredibiliti kami ialah salah satu aset tidak ketara yang paling penting buat kami; peluang terbuka, keuntungan diraih serta pesaing ditewaskan, dan seperti yang anda maklum, kami melindunginya dengan penuh semangat. Apabila memilih pembekal kami, kami bersungguh-sungguh menggunakan kepakaran kami dan pihak pembekal, dan kami hanya akan meneruskan perjanjian jika terdapat keselarasan dari segi keupayaan, dan kebolehan meningkatkan tawaran kami. Dengan Risen, kami telah menemui penyedia penyelesaian yang komited, yang menyediakan faedah tambahah untuk jumlah kos pemilikan sistem PV solar, dan dengan itu, menjadi pembekal yang sempurna untuk pertumbuhan strategik kami."

"Lain hari, lain negara," kata En. Bypina Veerraju Chaudary, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran (CSMO) Risen Energy, "namun begitu, perkara yang lebih utama, terdapat pelanggan lain yang berkredibiliti yang telah menilai tawaran berteknologi komersial daripada Risen secara terperinci dan menemui formula rahsia kami yang dapat meningkatkan indeks kepuasan pelanggan serta margin keuntungan mereka ke kawasan baharu. Kami sudah tentu sangat gembira diberi peluang serta amat berbesar hati kerana dapat menangani dan lulus dalam analisis yang kritikal ini."

Memandangkan peluang mula timbul, Risen terus menyediakan penyelesaian perniagaan yang disesuaikan agar dapat memenuhi keadaan unik yang terus terhasil dalam industri ini. Menurut Risen; "Secara ringkas, kebanyakan pembeli percaya mana-mana modul PV solar dapat memberikan hasil yang dijangkakan dalam projek mereka. Kami amat yakin pendekatan yang mereka ambil ini melepaskan peluang sebenar dalam memberikan potensi sepenuhnya kepada pelanggan kami serta pengguna akhir. Dengan mengkaji secara lebih mendalam, banyak lagi faedah yang lebih besar yang dapat diperoleh. Kami terus-menerus mendapat manfaat ini bersama pelanggan kami yang bijaksana."   

Latar Belakang Risen

Risen Energy ialah pengeluar peneraju global nilai kredit "AAA" Tahap 1 bagi produk fotovolta solar berprestasi tinggi, serta penyedia penyelesaian perniagaan yang menyeluruh untuk penjanaan kuasa. Syarikat tersebut, ditubuhkan pada tahun 2002, disenaraikan secara terbuka pada tahun 2010, mendorong penghasilan nilai untuk pelanggan globalnya yang terpilih. Inovasi berteknologi komersial, didorong oleh kualiti dan sokongan, merupakan ciri-ciri yang dimiliki Risen dalam penyelesaian perniagaan PV Solar, iaitu antara yang paling hebat dan berkesan kos yang terdapat dalam industri. Menerusi kehadiran dalam pasaran tempatan serta status kewangan kukuh yang diiktiraf pihak bank, kami komited dan mampu menjalin kerjasama yang strategik serta saling menguntungkan bersama rakan kongsi kami, dengan bersama-sama memanfaatkan kepentingan tenaga hijau yang semakin bernilai.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Utilities Contracts