omniture

TERKINI: "Ahli Mendapat Lebih Ganjaran" Marriott Rewards dengan Membuat Tempahan Terus

Ahli Marriott Rewards menerima harga terbaik, mata serta Wi-Fi percuma menerusi pelbagai portfolio jenama global
Marriott International
2016-05-12 23:04 372

HONG KONG, 12 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Marriott melancarkan Kadar Harga Ahli Marriott Rewards, disediakan serta merta dan diwujudkan secara eksklusif untuk terus memberi ganjaran kepada Ahli yang menempah secara terus melalui saluran Marriott termasuk Marriott.com dan aplikasi mudah alih Marriott, selain pusat panggilan dan ejen pelancongan korporat profesional terpilih. Disediakan khas buat Ahli yang menempah secara terus, Kadar Harga Ahli Marriott Rewards turut menyediakan faedah lain, termasuk mata kesetiaan, daftar masuk dan keluar secara mudah alih serta Wi-Fi percuma. Kelebihan ini disediakan melalui pelbagai portfolio jenama seperti The Ritz-Carlton, JW Marriott, Renaissance Hotels, Marriott Hotels, Courtyard oleh Marriott, dengan lebih 4,200 buah hotel di seluruh dunia.

"Pengguna yang berada di Asia Pasifik kini ingin meninjau negara-negara di seluruh Asia dan pelosok lain di dunia dengan bilangan dan kesungguhan yang semakin meningkat. Mereka kini menjadi lebih sofistikated dan mementingkan kualiti, dari segi harga yang dibayar mahupun kualiti pengalaman yang diharapkan. Buat mereka yang menjadi Ahli Marriott Rewards dan menempah melalui saluran kami, kami menawarkan harga istimewa, pengalaman yang hanya dialami oleh Ahli dan kelebihan tambahan yang menjadikan aktitiviti pelancongan lebih lancar dan memuaskan," jelas Peggy Fang Roe, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran, Asia Pasifik.

Kadar Harga Ahli Marriott Rewards menyediakan bukti tambahan tentang kelebihan menempah secara terus. Kadar harga Ahli ini yang disediakan bermula pada hari ini berserta akaun Marriott Rewards secara percuma, adalah faedah terkini menerusi beberapa kelebihan yang bakal diperkenalkan oleh Marriott Rewards bagi memperlihatkan kelebihan kesetiaan terhubung secara dua hala. Komponen lain dalam program kesetiaan ini termasuk:

Jaminan Harga Terendah: Kesemua tetamu boleh menerima kelebihan jaminan harga terendah oleh syarikat. Jika tetamu mendapat kadar harga yang lebih rendah dalam tempoh 24 jam secara tempahan terus, Marriott akan memadankan dan menyediakan diskaun tambahan sebanyak 25%.

Daftar Masuk dan Keluar Secara Mudah Alih: Memandangkan Ahli boleh menempah penginapan melalui saluran Marriott; mereka boleh memanfaatkan sepenuhnya aplikasi Mudah Alih Marriott untuk mempercepatkan proses daftar masuk dan daftar keluar dengan hanya satu klik. Aplikasi ini membolehkan Ahli mendaftar masuk, memilih masa tiba, menerima isyarat pemberitahuan apabila bilik mereka telah sedia, mendaftar keluar secara mudah alih dan berbual bersama hos Marriott melalui khidmat Permintaan Mudah Alih sebelum, semasa atau selepas penginapan.  

Wi-Fi Percuma: Dalam dunia yang sentiasa tersedia dan terhubung, Ahli Marriott Rewards yang membuat tempahan terus akan sentiasa menerima Wi-Fi secara percuma sepanjang penginapan mereka.

Akses dan Pengalaman: Selain itu, Ahli Marriott Rewards di Asia Pasifik berpeluang untuk menyertai acara yang eksklusif untuk Ahlinya sepanjang tahun. Ini termasuk acara persendirian bersama pasukan di Sukan Global NBA China, lawatan berasaskan pengalaman dengan aktiviti yang menyeluruh berserta program kanak-kanak Marriott Rewards MAX!, demonstrasi kulinari di Taste of Hong Kong, Festival Restoran Terhebat di Dunia selain jemputan menghadiri Minggu Ragbi HKSEVENS. Selain itu, setiap Ahli berpeluang mengalami pelbagai pengalaman yang unik dan terpilih melalui pasaran pengalaman yang diumumkan baru-baru ini, tersedia di seluruh dunia kepada semua Ahli pada akhir bulan Mei ini.

Tunai + Mata: Nikmati kelebihan menggunakan wang tunai dan mata untuk sebarang penginapan, bermula dengan penginapan selama satu malam kepada percutian yang singkat. Pilihan untuk Ahli ini bermula dengan serendah 3,000 mata serta US$45 tunai, dan terpakai untuk kombinasi berbeza.

Jaminan daftar keluar lewat: Ahli Elit Emas dan Platinum Marriott Rewards serta The Ritz-Carlton Rewards menerima lebih kefleksibelan dan ketenangan fikiran apabila mereka melancong menerusi jaminan daftar keluar lewat, iaitu selewat jam 4 petang. Kelebihan ini akan dilancarkan di Asia Pasifik dan seluruh dunia pada 16 Mei.

Ketahui lebih lanjut tentang kelebihan Ahli dan daftar di sini.

Kadar Harga Ahli Marriott Rewards dan faedah disediakan bagi penginapan hotel yang ditempah di salah satu daripada lebih 4,200 buah hotel yang mengambil bahagian di seluruh dunia. Kadar harga baharu ini turut ditawarkan melalui akaun korporat serta rakan ejen pelancongan terpilih.

Marriott Rewards

Marriott Rewards ialah program kesetiaan Marriott International yang meraih anugerah yang melibatkan 17 jenama dan lebih 4,200 hartanah di seluruh dunia. Marriott Rewards boleh disertai secara percuma serta tiada tarikh terhalang, dan setiap Ahli dapat memperoleh dan menebus mata ganjaran daripada hartanah Marriott International di serata dunia dan juga menerusi rakan kongsi mewah eksklusif Marriott Rewards, The Ritz-Carlton®. Setiap Ahli juga dapat menebus mata ganjaran bagi jarak perjalanan penerbang kerap, pelayaran, kereta sewa, barangan dan banyak lagi. Dengan menyediakan akses ganjaran menerusi pendekatan yang moden dan mudah, Marriott Rewards terus menjadi peneraju dalam industri ini. Marriott Rewards telah meraih Anugerah Freddie bagi "Program Ganjaran Hotel Terbaik di benua Amerika" sejak lapan tahun lalu dan pernah meraih Anugerah Perjalanan Kerap sebanyak dua kali bagi "Program Ganjaran Hotel Terbaik." Program tersebut juga meraih kedudukan #1 dalam Laporan Kepuasan Program Kesetiaan/Ganjaran Hotel 2016 oleh J.D. Power. Selain itu, program tersebut turut dipilih sebagai program ganjaran hotel terbaik oleh para pembaca U.S. News & World Report, About.com, Business Traveler, Global Traveler, Executive Travel dan juga majalah BusinessWeek. Untuk menyertai dan mendapatkan lebih maklumat tentang Marriott Rewards, para tetamu boleh melayari MarriottRewards.com.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160205/8521600770LOGO-a 

Source: Marriott International
Related Links:
Keywords: Advertising Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services