NICE, Perancis, 12 Mei, 2016 /PRNewswire/ -- Sempena TM Forum Live! 2016, Huawei menganjurkan Taklimat Sarapan Pagi bertajuk "Pembinaan Operasi dan Ekosistem Digital" bersama TM Forum. Taklimat itu berjaya menghimpunkan lebih 40 pakar-pakar industri terkemuka, para penganalisis dan perwakilan daripada firma perunding, syarikat telekomunikasi serta vendor untuk terlibat dalam perbincangan meja bulat yang terbuka dan interaktif bagi berkongsi pandangan penting serta amalan terbaik berkaitan transformasi operasi digital, pembinaan ekosistem terbuka, serta bagaimana memastikan kelebihan daya saing syarikat telekomunikasi dalam era digital ini.
Penggiat industri yang terlibat dalam taklimat tersebut bersetuju dengan cadangan Huawei bahawa pengalaman pengguna ROADS ialah objektif utama dalam transformasi digital, manakala operasi digital dan ekosistem perniagaan digital adalah amat penting bagi mendorong transformasi ini. Mereka bersetuju bahawa matlamat operasi digital adalah untuk mencipta model perniagaan baharu dan merealisasikan penyediaan perkhidmatan dan proses percubaan yang pantas melalui lelaran dan pembangunan produk yang tangkas. Pada masa yang sama, ekosistem perniagaan digital adalah amat penting dalam menghimpunkan bersama rakan niaga bagi melengkapi kelebihan satu sama lain serta memanfaatkan operasi digital bagi tujuan menawarkan penyelesaian dan juga perkhidmatan industri secara sehenti, seraya memberi hasil yang saling menguntungkan buat semua.
Semasa taklimat tersebut, pihak pengendali yang terkemuka berkongsi wawasan, hala tuju, cabaran dan pengalaman dalam tranformasi digital mereka. Pascal Viginier, Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dan ahli lembaga France Telecom (FT) menjelaskan strategi serta langkah-langkah utama dalam "Perusahaan Digital" FT. Cristina Alvarez, CIO Telefonica pula berkongsi kemajuan dan pengalaman strategi "Telekomunikasi Digital" pihak pengendali. Jenny Huang, Ketua Jurubina daripada AT&T, melontarkan pandangan bagaimana untuk melaksanakan transformasi digital menerusi Domain 2.0 dan platform operasi digital generasi seterusnya, ECOMP (Kawalan Dipertingkat, Instrumentasi, Pengurusan dan Dasar). Jurubina Sistem Vodafone, Lester Thomas pula berkongsi strategi serta seni bina operasi digital Vodafone. Perunding kanan, Christian Kelly daripada Accenture membincangkan pembangunan dan juga inovasi dalam perkhidmatan awan.
Huawei telah melaksanakan beberapa prakarsa bagi memacu pembinaan ekosistem digital, termasuk penyediaan kekompetenan dan makmal terbuka di seluruh dunia bagi menggalakkan pembangunan keupayaan berbilang vendor, mewujudkan Komuniti Open ROADS sebagai pendorong amalan ICT global terbaik, dan bersama membiayai projek Open-O dengan rakan kongsi bagi merealisasikan instrumentasi perkhidmatan berbilang vendor. Huawei juga turut bekerjasama dengan syarikat media teknologi yang terbesar di dunia, Light Reading bagi mewujudkan komuniti dalam talian yang dikenali sebagai "Telco Transformation", yang menekankan kepimpinan pemikiran serta komitmen Huawei dalam menggalakkan transformasi serta pendigitan operasi syarikat-syarikat telekomunikasi.
Selain itu, Huawei turut bekerjasama erat dengan beberapa pertubuhan industri seperti TM Forum, The Open Group, OPNFV dan Yayasan Linux bagi menggalakkan kolaborasi secara terbuka dan menubuhkan sebuah pakatan industri. Dalam tempoh tiga tahun akan datang, syarikat akan melabur lebih US$350 juta bagi meningkatkan integrasi sistem serta keupayaan perkhidmatan, selain meningkatkan jumlah perunding menjadi 600 orang dan juga menambah ahli pasukan perkhidmatan integrasi menjadi lebih 4,000 kakitangan.
"Huawei menyedari kepentingan operasi digital serta ekosistem industri, dan kami telah menyediakan sejumlah besar sumber selain mendorong usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara berterusan bagi mengatasi cabaran ini," kata Dr. Dong Sun, Ketua Jurubina Transformasi Digital, Huawei. "Matlamat utama transformasi digital oleh syarikat telekomunikasi adalah untuk memperoleh keupayaan yang tangkas bagi menyediakan pengalaman pengguna ROADS yang hebat di mana-mana dan pada bila-bila masa."
"Memandangkan pihak industri berusaha secara proaktif dalam menyediakan satu rangka kerja berkaitan transformasi operasi digital, kami berpendapat rangka kerja tersebut masih belum mencukupi," kata Sean Liu, Ketua Pegawai Penjenamaan, Huawei Carrier Business Group, yang menyampaikan ucapan dasar di IT Transformation Track sempena TM Forum Live! "Kami berasa bangga Huawei ialah syarikat pertama dalam industri ini yang mencadangkan penyelesaian melalui platform iaitu, Huawei Telco OS yang akan menyediakan sokongan strategik dalam tempoh jangka panjang kepada syarikat-syarikat telekomunikasi bagi tujuan mempercepatkan usaha menyediakan pengalaman pengguna ROADS digital dan mendigitalkan sepenuhnya operasi syarikat telekomunikasi."
Nik Willetts, Timbalan CEO TM Forum berkata: "Transformasi digital bukan sekadar satu trend yang ketara dalam industri ICT, bahkan seluruh industri mencari peluang untuk berkembang maju dalam dunia digital ini. Pendigitan sistem operasi dan sistem yang berinteraksi terus dengan pelanggan oleh sesebuah syarikat telekomunikasi adalah amat penting bagi memastikan tahap kecekapan operasi selain pertumbuhan perolehan tertinggi," kata Nik Willetts, Timbalan CEO TM Forum. "Seperkara lagi yang sama penting ialah pembinaan ekosistem digital saling berhubung, yang tanpanya usaha transformasi digital tidak mungkin berhasil. Syarikat telekomunikasi, penyedia teknologi dan organisasi dalam industri perlu bekerjasama erat bagi membina ekosistem ini."
Sesi taklimat semasa sarapan yang berjaya itu sekali lagi menunjukkan kepentingan operasi digital yang diiktiraf secara meluas oleh penggiat industri dan pembinaan ekosistem perniagaan digital adalah amat penting. Pada masa depan, ekosistem perniagaan digital yang berkembang pesat akan memainkan peranan yang lebih penting dalam mentransformasikan pelbagai industri selain memperkayakan kehidupan masyarakat di seluruh dunia.
Latar Belakang Huawei
Huawei ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang terkemuka. Matlamat kami adalah untuk membina dunia yang terhubung dengan lebih baik, bertindak sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, pemangkin yang inovatif untuk masyarakat bermaklumat serta penyumbang secara kolaboratif untuk industri ini. Didorong oleh inovasi yang mengutamakan pelanggan dan perkongsian terbuka, Huawei mewujudkan portfolio penyelesaian yang menyeluruh bagi memberi kelebihan daya saing kepada pelanggan dalam rangkaian telekomunikasi dan perusahaan, peranti serta pengkomputeran awan. Sejumlah 170,000 kakitangan Huawei di seluruh dunia komited dalam memberi nilai maksimum untuk pengendali telekomunikasi, perusahaan serta pengguna. Penyelesaian, produk dan perkhidmatan ICT kami yang inovatif dimanfaatkan di lebih 170 buah negara dan kawasan, menyokong lebih satu pertiga daripada populasi dunia. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat persendirian yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.
Sebarang maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami melalui:
http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.google.com/+Huawei
http://www.youtube.com/Huawei
Hubungi:
Karen Yang
+86-139-2523-8817
karen.yang@huawei.com