omniture

Didi Chuxing Mengumumkan Perkembangan Pusingan Pengumpulan Dana Semasa

Menerima pelaburan strategik bernilai USD$1 bilion daripada Apple
Didi Chuxing
2016-05-16 10:15 657

BEIJING, 16 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Didi Chuxing ("DiDi" atau "Syarikat"),  platform pengangkutan mudah alih sehenti yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan perkembangan penting berkaitan pusingan pengumpulan dananya yang terkini. Antara sekumpulan institusi Cina dan antarabangsa yang berprestij, Apple melabur sebanyak USD$1 bilion dalam DiDi, menjadikannya satu pelaburan terbesar yang pernah diterima oleh Syarikat tersebut.

lembaran fakta Didi Chuxing
lembaran fakta Didi Chuxing

Melalui pelaburan ini, Apple menjadi pelabur strategik dalam DiDi, bersama Tencent, Alibaba dan penyokong utama lain untuk terus membantu DiDi mencapai matlamatnya dalam membangunkan platform perkongsian kenderaan pacuan data demi menyediakan perkhidmatan kepada berjuta-juta pemandu dan penumpang Cina.

Cheng Wei, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DiDi, berkata, "Persetujuan oleh Apple memberi satu galakan dan inspirasi yang amat hebat buat syarikat kami yang kini berada dalam tahun keempatnya. DiDi akan berusaha bersungguh-sungguh bersama pemandu, penunggang dan rakan-rakan kongsi global kami bagi menyediakan pilihan pengangkutan yang fleksibel serta andal kepada setiap penduduk, dan membantu bandar-bandar mengatasi cabaran yang melibatkan pengangkutan, alam sekitar dan juga pekerjaan."

"DiDi memperlihatkan inovasi yang sedang diusahakan dalam komuniti pembangun iOS di China," kata Tim Cook, CEO Apple. "Kami amat kagum dengan perniagaan yang mereka bangunkan serta pasukan kepimpinan yang cemerlang dan kami berharap dapat membantu mereka untuk terus berkembang."

Menerusi keupayaan dalam pencarian dan analisis data, DiDi kini menyediakan lebih 11 juta perkhidmatan pengangkutan sehari melalui platformnya, menyediakan perkhidmatan kepada hampir 300 juta pengguna dari lebih 400 buah bandar di China melalui pelbagai pilihan pengangkutan mudah alih berasaskan teknologi. DiDi bekerjasama dengan lebih 14 juta pemilik kereta dan pemandu Cina, memperoleh lebih 87% bahagian pasaran bagi tempahan kereta secara persendirian dan lebih 99% bahagian pasaran bagi tempahan teksi. .[1]

[1]

"Focus Report on Private-Car Hailing in China 2015", Pusat Maklumat Rangkaian Nasional China

Pertanyaan Media Berkaitan Didi Chuxing

Tanah Besar China 

Brunswick Group
Didichuxing@brunswickgroup.com
+86 (10) 5960 8600

Hong Kong

Brunswick Group
Didichuxing@brunswickgroup.com
+852 3512 5000

Amerika Syarikat

Sard Verbinnen & Co
Didichuxing@sardverb.com
+1 415 618 8750

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160513/8521603099

Source: Didi Chuxing
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Transportation Financing agreements