omniture

Ekspo Pelaburan dan Perdagangan China-CEEC kali ke-2 Bakal Diadakan pada bulan Jun di Ningbo

CEEC Organization Committee Office
2016-05-16 11:25 387

NINGBO, China, 16 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Ekspo Pelaburan dan Perdagangan China-CEEC kali ke-2 akan diadakan pada 8 Jun di Ningbo, China. Dianjurkan oleh Pejabat Jawatankuasa Organisasi CEEC, acara yang berlangsung selama tiga hari itu merangkumi pertemuan promosi pelaburan, pameran perdagangan dan juga aktiviti kebudayaan, bagi mengukuhkan hubungan ekonomi serta budaya antara China dengan negara-negara Eropah Tengah & Timur (CEE).

Tumpuan utama bagi acara tahun ini ialah pertemuan yang berkisarkan pelaburan dan kerjasama. Organisasi promosi pelaburan daripada negara-negara CEE akan berhimpun di Ningbo bagi memperkenalkan bidang perniagaan di negara-negara mereka, dasar pelaburan serta projek-projek pelaburan utama dengan lebih terperinci. Dalam pertemuan tersebut, organisasi promosi pelaburan Cina dan juga perusahaan boleh mencari peluang perniagaan bersama rakan-rakan sejawat mereka dari Eropah Tengah dan Timur.

Pameran perdagangan tersebut akan mempamerkan produk-produk pilihan daripada negara-negara CEE serta memperlihatkan projek-projek bersama yang berteknologi tinggi antara negara-negara CEE dan China. Bahagian teknologi tinggi akan mempamerkan keputusan teknologi penting daripada sektor-sektor termasuk kereta api berkelajuan tinggi, kenderaan tenaga baharu, komunikasi serta penjanaan tenaga elektrik.

"Ekspo Pelaburan dan Perdagangan China-CEEC menyediakan sebuah platform penting bagi menggalakkan kerjasama perdagangan dan ekonomi antara negara-negara yang mengambil bahagian," kata Danhua Yu, pengarah pejabat jawatankuasa penganjur CEEC. "Terdapat juga aktiviti kebudayaan dan pendidikan yang bertujuan untuk membantu meningkatkan persefahaman dalam kalangan hadirin, termasuk persidangan mengenai pelancongan dan kerjasama pendidikan, serta pertandingan mikrofilem dan juga kem sukan," tambah beliau.

Turut diadakan serentak dengan Ekspo Pelaburan dan Perdagangan CEEC ialah Pertemuan Pelaburan dan Perdagangan Zhejiang kali ke-18 bagi menggalakkan inovasi serta pembangunan ekonomi di Wilayah Zhejiang. Antara penceramah yang terlibat dalam pertemuan tersebut ialah Pemenang Hadiah Nobel 2006 dalam Sains Ekonomi Edmund Phelps, pakar ekonomi Zhiwu Chen serta Konsul Jeneral bagi Konsulat Jeneral British di Shanghai John Edwards.

Sebagai salah sebuah bandar pelabuhan antarabangsa utama China, Ningbo memainkan peranan penting dalam inisiatif Jalan Sutera Maritim negara tersebut. Pentadbiran bandar telah meningkatkan usaha untuk terus membuka pelabuhan utama bandar tersebut dan mewujudkan hubungan perdagangan dengan negara-negara serta wilayah lain.

Ningbo juga ialah sebuah destinasi penting di sepanjang laluan perkapalan yang menghubungkan Jepun, Korea Selatan dan Asia Tenggara, manakala Pelabuhan Ningbo-Zhoushan di bandar tersebut mempunyai 236 rangkaian antarabangsa dengan laluan perkapalan ke lebih 600 buah pelabuhan yang berada di lebih 100 buah negara.

Para pemimpin perusahaan daripada 267 buah syarikat yang terdiri daripada 16 buah negara CEE kesemuanya mengesahkan mereka akan menghadiri ekspo tersebut, selain wakil-wakil rasmi kerajaan.

Latar Belakang Ekspo Pelaburan dan Perdagangan China-CEEC

Ekspo Pelaburan dan Perdagangan China-CEEC ialah sebuah projek utama yang diisytiharkan dalam Panduan Belgrade dan Panduan Suzhou bagi Kerjasama antara China dan Negara-negara Eropah Tengah serta Timur. Ia juga merupakan ekspo perdagangan dan pelaburan pertama antara China dengan negara-negara CEE. Edisi pertama ekspo ini diadakan di Ningbo bermula pada 8-12 Jun 2015. Ia dihoskan bersama Kementerian Perdagangan dan kerajaan wilayah Zhejiang, dan dianjurkan oleh sektor-sektor yang terlibat daripada Kementerian Perdagangan, pentadbiran bandar Ningbo dan Jabatan Perdagangan Wilayah Zhejiang.

FOTO - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160513/367269

Source: CEEC Organization Committee Office
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news