omniture

Wi-SUN Alliance Melancarkan Spesifikasi Rangkaian Kawasan Lapangan

Wi-SUN Alliance
2016-05-16 20:00 129

Penyelesaian FAN menyediakan rangkaian yang hebat, berjarak jauh dan selamat untuk Bandar Pintar serta aplikasi Grid Pintar menerusi piawaian terbuka

MORGAN HILL, California, 16 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Wi-SUN™ Alliance hari ini mengumumkan pelancaran spesifikasi untuk Rangkaian Kawasan Lapangan (FAN). Spesifikasi ini menyediakan Rangkaian Merata Pintar (SUN) yang saling boleh kendali antara berbilang vendor untuk perusahaan, penyedia perkhidmatan serta kawasan perbandaran yang memerlukan penyelesaian rangkaian dengan piawaian yang mantap dan terbuka untuk kegunaan yang melibatkan infrastruktur pemeteran canggih (AMI) dan automasi pengedaran, kepada pengurusan infrastruktur, sistem pengangkutan pintar dan juga lampu jalan pintar.

"Pelancaran spesifikasi FAN Wi-SUN adalah tepat pada masanya, memandangkan kemudahan dan kawasan perbandaran di seluruh dunia memerlukan penyelesaian terbaik untuk aplikasi bersepadu, khusus untuk grid pintar serta bandar pintar," kata Pengerusi Wi-SUN, Phil Beecher. "Penggunaan FAN Wi-SUN Alliance dapat memberikan prestasi yang mereka perlukan serta pelbagai pilihan produk dan juga penyelesaian dengan ciri saling boleh kendali daripada pelbagai vendor."

Pengarah Piawaian Wi-SUN, Bob Heile, yang turut menyandang jawatan pengerusi Pasukan Petugas Komunikasi Panduan Tenaga Pintar IEEE 802.15, IEEE 2030.5 dan Grid Pintar IEEE 2030 bersetuju. "Memandangkan industri ini memerlukan Bandar Pintar dan penggunaan IoT yang mantap dan selamat untuk terus berkembang, keperluan untuk beralih daripada protokol yang tertutup dan proprietari kepada penyelesaian yang menggunakan piawaian terbuka yang diiktiraf di peringkat antarabangsa menjadi semakin penting. Penyelesaian FAN Wi-SUN amat sesuai untuk aplikasi ini, menyediakan ciri saling boleh kendali antara berbilang vendor, pelbagai perkhidmatan serta komunikasi IPv6 yang selamat menerusi rangkaian jejaring wayarles berasaskan IEEE 802.15.4g."

Penyelesaian FAN Wi-SUN Alliance menggunakan IEEE 802.15.4g™, iaitu protokol IETF IPv6 dengan piawaian komunikasi wayarles global, termasuk UDP/TCP, penyesuaian 6LoWPAN + mampatan pengepala, penghalaan menggunakan RPL serta keselamatan tahap perusahaan IEEE 802.1x, bagi menyediakan rangkaian yang mantap, berprestasi tinggi, berkuasa rendah serta berjarak jauh. Program pensijilan akan diadakan menjelang akhir tahun ini bagi memastikan ciri saling boleh kendali untuk berbilang vendor secara menyeluruh.

Rangkaian Merata Pintar (SUN)
Penyelesaian SUN daripada Wi-SUN Alliance menyediakan fungsi ketersambungan jejaring wayarles yang berdaya tahan, selamat, berkesan kos serta menjimatkan tenaga, berserta liputan yang hebat di pelbagai kawasan bertopografi, bermula dengan kawasan bandar yang padat hingga kawasan luar bandar yang hanya memiliki infrastruktur tambahan yang rendah. Berbanding penggunaan rangkaian khusus untuk kegunaan dalam, set penyelesaian Wi-SUN ini menyasarkan elemen berkeperluan yang lebih tinggi dalam sektor Utiliti, Bandar Pintar serta Pengurusan dan Kawalan Infrastruktur termasuk sokongan untuk peranti dengan sumber beraneka serta peranti yang memiliki sumber terhad.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian FAN Wi-SUN, sila layari:
http://www.wi-sun.org/index.php/fan-resources

Latar Belakang Wi-SUN Alliance
Wi-SUN Alliance ialah sebuah persatuan bukan berasaskan keuntungan yang terdiri daripada lebih 100 buah syarikat ahli, mewakili para peneraju dunia dalam pembuatan produk dan semikonduktor, utiliti, agensi kerajaan serta badan pendidikan, khusus bagi menggalakkan penggunaan penyelesaian rangkaian wayarles secara meluas menggunakan komunikasi IEEE 802.15.4g serta piawaian global terbuka yang lain, bagi manfaat Utiliti Pintar, Bandar Pintar serta aplikasi IoT lain yang memerlukan keupayaan Rangkaian Kawasan Lapangan (FAN) yang kukuh. Keahlian Wi-SUN Alliance terbuka untuk semua pihak berkepentingan industri. Sebarang maklumat lanjut, sila layari: www.wi-sun.org

Program Wi-SUN CERTIFIED™ dilancarkan pada Januari 2014. Kini, terdapat hampir 100 produk bersijil yang berada dalam pasaran. Program tersebut terus menyediakan designasi bagi ciri-ciri saling boleh kendali dan kualiti yang diiktiraf secara meluas, serta membantu memastikan produk yang disokong oleh Wi-SUN menyediakan pengalaman pengguna terbaik. Program pensijilan produk Wi-SUN Alliance meningkatkan penggunaan produk dan perkhidmatan dengan ciri saling boleh kendali dalam pasaran baharu serta pasaran yang kukuh.

Wi-SUN Alliance dan logo Wi-SUN Alliance ialah tanda dagangan Wi-SUN Alliance.

Source: Wi-SUN Alliance
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Semiconductors Telecommunications Wireless Communications New products/services Not for profit