omniture

Pameran Barangan Pengguna Antarabangsa China (CICGF) ke-15 Bakal Berlangsung 9 Jun 2016

China International Consumer Goods Fair
2016-05-17 17:21 383

NINGBO, China, 17 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Barangan Pengguna Antarabangsa China (CICGF) kali ke-15 bakal diadakan di Ningbo, China bermula pada 9-12 Jun 2016.

Dengan kawasan pameran khusus seluas 100,000 meter persegi (4,000 reruai standard), CICGF ke-15 akan dibahagikan kepada tiga segmen; Barangan dan Perhiasan untuk Kediaman, Kelengkapan Dapur dan Bilik Mandi serta Import dan E-Dagang.

Segmen Barangan dan Perhiasan untuk Kediaman akan menyediakan reruai untuk produk pembersihan, barangan keperluan kediaman umum, barangan kaca, mainan, hadiah, kelengkapan perayaan, produk berkebun dan juga perabot, manakala segmen Kelengkapan Dapur dan Bilik Mandi akan mempamerkan perkakas dapur keluli tahan karat, peralatan enamel, perkakas dapur dan rumah, kabinet, serta produk untuk bilik mandi dan penjagaan diri.

Bagi menawarkan pengalaman yang lebih baik buat para pembeli dan pembekal, CICGF tahun ini akan menyediakan bas ulang-alik percuma yang membuat perjalanan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, Lapangan Terbang Antarabangsa Hongqiao, Dataran Rakyat yang terletak di tengah-tengah bandar Shanghai serta bandar Ningbo, buat semua pengunjung.

Selain Pameran tersebut, Ekspo Pelaburan dan Perdagangan China-CEEC (Negara-negara Eropah Tengah dan Timur) 2016 akan turut berlangsung serentak, mengundang kesemua pengunjung CICGF untuk menyertai simposium pelaburan, pameran perdagangan, persidangan serta forum dan juga pertukaran budaya. Kesemua 16 buah Negara Eropah Tengah dan Timur akan turut serta dalam ekspo ini.

Menurut pejabat Penerangan Kerajaan Ningbo, setakat 10 Mei, Jawatankuasa Penganjur CICGF telah mencatatkan 3,061 permohonan daripada pembeli luar negara dari 52 buah negara serta kawasan.

"Kami menjangka akan menerima lebih ramai pengunjung berbanding sebelum ini di CICGF kali ke-15, daripada negara-negara dan kawasan termasuk Hong Kong, Thailand serta Korea Selatan," ulas ketua jabatan pameran CICGF. "CICGF komited dalam menyediakan sebuah platform buat rakan global bagi memanfaatkan dinamik pasaran serta memperoleh peluang perniagaan."

Maklumat Pempamer:

Jabatan Perdagangan CICGF
Tel: +86-574-87178074  
E-mel: trade@cicgf.com 
Laman Sesawang Rasmi: http://www.cicgf.com

Latar Belakang Pameran Barangan Pengguna Antarabangsa China (CICGF)

Sebagai salah satu daripada empat pameran import dan eksport utama di China, CICGF dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China (MOFCOM) dan Kerajaan Wilayah Zhejiang. CICGF kali ke-13 pada tahun 2014 berjaya menarik seramai 2,435 pengunjung, dengan segmen import menerima hampir 10,000 pempamer daripada 33 buah negara dan kawasan termasuk 12 pembeli global utama seperti Lowe's daripada A.S., Auchan daripada Perancis dan juga Hola daripada Taiwan.

Source: China International Consumer Goods Fair
Related Links:
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news