omniture

Howard Millar Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Operasi Stellwagen Group & Ketua Pegawai Eksekutif Stellwagen Capital*

STELLWAGEN FINANCE COMPANY
2016-05-19 01:32 321

DUBLIN, 19 Mei 2016 /PRNewswire/ --

STELLWAGEN CAPITAL* BAKAL MEMULAKAN PENGUMPULAN MODAL PERINGKAT AWAL SEBANYAK $1 BILLION PADA SUKU KEEMPAT TAHUN 2016 

Lembaga Pengarah Stellwagen Finance Company ("Syarikat"), iaitu syarikat pemegangan bagi Aviation Finance Company dan Seraph Aviation Management ("Stellwagen Group") yang berpangkalan di Dublin, Ireland mengumumkan Howard Millar dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi ("COO") Stellwagen Group. Howard juga akan menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ("CEO") Stellwagen Capital*, sebuah subsidiari milik Syarikat yang baru ditubuhkan.

Howard Millar ialah mantan Timbalan Ketua Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Ryanair Holdings plc, syarikat penerbangan terbesar di Eropah, dengan permodalan pasaran bernilai $21 bilion, dengan beberapa jawatan kanan yang pernah disandang oleh beliau sejak 23 tahun lalu. Kini, Howard merupakan Pengarah Bukan Eksekutif di Ryanair Holdings plc.

Douglas Brennan, CEO Kumpulan tersebut, berkata:

"Tiada siapa lagi yang lebih layak untuk memimpin pasukan pakar profesional pelaburan kami berbanding Howard Millar. Beliau memiliki kebolehan untuk membawa perubahan dalam kumpulan ini menerusi pengalaman selama 23 tahun dalam bidang penerbangan, termasuk pengumpulan modal daripada pasaran awam dan hutang, menggunakan pelbagai produk kewangan, di samping mendorong Ryanair agar menjadi sebuah syarikat penerbangan terbesar dan paling banyak menjana keuntungan di Eropah.

"Howard akan bekerjasama erat dengan saya selaku COO bagi memacu prestasi operasi dan kewangan Kumpulan. Sebagai CEO anak syarikat baharu kami, Stellwagen Capital, Howard akan memimpin usaha kewangan yang inovatif ini bagi mengumpul modal daripada pasaran hutang dan juga daripada pelabur institusi bersaiz besar khususnya di Eropah dan AS. Modal ini akan membolehkan Kumpulan ini menyediakan pembiayaan pesawat bercagar kepada syarikat-syarikat penerbangan di seluruh dunia. Ini merupakan satu langkah penting ke arah pembaharuan Kumpulan dan kami menjangka Stellwagen Capital akan memulakan pengumpulan modal peringkat awal sebanyak $1 bilion pada suku keempat tahun 2016."

Mengulas tentang pelantikan ini, Howard Millar berkata:

"Saya berbesar hati kerana dapat menyertai Stellwagen Group dan pasukannya yang terdiri daripada pakar profesional dalam bidang penerbangan. Saya berharap dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai COO Kumpulan dan saya akan fokus dalam usaha memajukan perniagaan dengan terus meningkatkan keuntungan daripada setiap unit perniagaan kami dan menjadikan Stellwagen Group sebagai pendorong utama dalam segmen pembiayaan penerbangan global."

"Sebagai CEO Stellwagen Capital yang baru ditubuhkan, saya percaya terdapat peluang yang hebat bagi mengumpul sejumlah besar modal untuk membiayai kumpulan pesawat yang semakin berkembang di dunia. Pengumpulan modal peringkat awal sebanyak $1 bilion dijadual bermula pada suku keempat tahun 2016 dan kami menjangka bakal mengumpul sehingga $5 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang. Kami akan memanfaatkan struktur yang inovatif dan berkecekapan tinggi untuk mengumpul modal bagi pembiayaan bercagar pesawat baharu dan pesawat yang dihantar, selain menjana pulangan yang besar buat para pelabur kami. Pengetahuan dan pengalaman hebat yang akan dimanfaatkan oleh saya sendiri dan Kumpulan dalam pembiayaan pesawat bakal membawa kesan yang dapat mengubah industri ini."

LATAR BELAKANG STELLWAGEN GROUP 

Kumpulan syarikat ini memiliki beberapa buah syarikat yang beribu pejabat di Dublin in Ireland, Aviation Finance Company dan Seraph Aviation Management.

* STELLWAGEN CAPITAL LIMITED  

Stellwagen Advisors Limited diniagakan sebagai Stellwagen Capital Limited ("StellCap")* ialah cabang pelaburan kredit yang eksklusif daripada Stellwagen Group, fokus terhadap strategi pelaburan berorientasikan kredit dalam industri-industri yang merangsang operasi dan kecekapan kewangan luar biasa buat Kumpulan ini. StellCap memanfaatkan syarikat-syarikat operasi daripada Kumpulan ini bagi menyediakan produk pelaburan yang hebat demi membantu pelabur institusi, bank serta individu melabur dalam strategi pendapatan tetap industri. Kini, StellCap mengkhusus dalam segmen hutang penerbangan dalam bidang tumpuan utama termasuk pinjaman bercagar senior, instrumen dengan hasil yang tinggi, serta hutang pajakan operasi dan hutang ketika mengalami masalah kewangan. Firma tersebut memantau syarikat-syarikat pelaburan yang akan menggunakan modal untuk bank, syarikat insurans, yayasan, dana untuk dana lindung nilai, serta pelabur yang tinggi status kewangannya.

LATAR BELAKANG STELLWAGEN FINANCE COMPANY  

Stellwagen Finance Company ("SFC") ialah sebuah syarikat pemegangan yang memiliki beberapa syarikat operasi yang beribu pejabat di Dublin Ireland: Aviation Finance Company, sebuah bank pelaburan penerbangan, Seraph Aviation Management, sebuah syarikat pajakan dan perkhidmatan penerbangan, Stellwagen Capital dan juga Stellwagen Technology Group.  

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
Pauline McAlester
Murray Consultants
Tel: +353-1-4980300 / +353-87-2558300
pmcalester@murrayconsultants.ie

SUMBER  STELLWAGEN FINANCE COMPANY

Source: STELLWAGEN FINANCE COMPANY
Keywords: Air Freight Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel Financing agreements Personnel announcements