omniture

Perform Melantik Augustine Tan Untuk Terus Mendorong Pertumbuhan Di Asia

Tan dilantik sebagai Naib Presiden Kanan, Perform Content, bagi memperhebat pasukan menjelang Sukan Olimpik dan sukan Euro
Perform
2016-05-19 09:00 308

SINGAPURA, 19 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Syarikat kandungan sukan digital dan media terkemuka, Perform hari ini mengumumkan pelantikan seorang eksekutif yang amat berpengalaman, Augustine Tan bagi menyandang jawatan Naib Presiden Kanan Perform Content di Asia.

Augustine menyertai Perform pada tahun 2015 bagi memikul tanggungjawab memimpin hak pengedaran usaha sama Perform bersama WTA dan terkini, FIBA, di seluruh Asia, dan beliau akan terus melaksanakan tanggungjawab ini menerusi jawatan baharunya.

Dengan pelbagai acara sukan bertaraf dunia yang bakal diadakan pada tahun 2016, termasuk UEFA Euro 2016 dan Sukan Olimpik Rio 2016, pelantikan Augustine ini memperlihatkan komitmen Perform terhadap rantau ini dalam menyediakan platform kandungan sukan dan media utama kepada perusahaan serta peminat.

Berpangkalan di Singapura, Augustine bertanggungjawab meneruskan pertumbuhan perniagaan Perform di seluruh Asia, yang melibatkan kawasan-kawasan penting termasuk Jepun, Korea Selatan, Republik Rakyat China dan juga India.

"Kami berbesar hati melantik Augustine bagi menyandang jawatan penting ini," kata Alex Peebles, Naib Presiden Eksekutif Content APAC. "Kami menyaksikan pertumbuhan yang pesat di Asia sejak 12 bulan lalu dengan peningkatan jumlah pengguna dalam kalangan orang awam sebanyak sekali ganda. Memandangkan tahun 2016 ialah tahun penting bagi acara-acara sukan global utama, pelantikan beliau ini membuktikan usaha pelaburan berterusan kami dalam menyediakan pakej video, data dan editorial yang bertaraf dunia."

Augustine memiliki pengalaman selama lebih 20 tahun dalam memimpin industri media digital. Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan kanan dalam Viacom (MTV Asia), MediaCorp, Alliance Entertainment, World Sport Group (Lagardere Sports) serta World Wrestling Entertainment. Augustine memiliki ilmu pengetahuan yang mantap tentang pengkomersialan dan pengedaran kandungan.  

"Perform mempunyai reputasi yang kukuh dalam menyediakan platform kandungan sukan serta media utama, dan saya teruja kerana bakal bekerjasama dengan sebuah pasukan yang sungguh hebat," kata Augustine. "Peminat sukan Asia bukan lagi pengguna yang pasif dan kini mahukan data berkaitan prestasi pemain dan pasukan kegemaran mereka, selain mahukan video digital yang lebih banyak. Jenama data Perform, Opta serta agensi video singkatannya, Omnisport berusaha memenuhi permintaan ini dengan sempurna."

Latar Belakang Perform

Perform ialah sebuah syarikat bagi kandungan sukan digital dan media yang terkemuka. Matlamat kami adalah untuk menghubungkan dunia sukan dengan menyediakan kandungan yang paling pantas, paling terperinci dan paling menarik, serta mengurus rangkaian jenama media milik penuh.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Perform, layari: www.performgroup.com

Source: Perform
Keywords: Internet Technology Publishing/Information Service Sports Personnel announcements