omniture

Tech Mahindra Lancarkan FEEDS, Penyelesaian Pintar Terhubung Bagi Mentransformasi Rantaian Bekalan Makanan Segar

Tech Mahindra
2016-05-19 20:22 389

MUMBAI, 19 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Tech Mahindra hari ini mengumumkan pelancaran Rantaian Bekalan Digital Menyeluruh bagi Produk Segar (FEEDS). Inisiatif serba baharu ini dapat mengurus rantaian bekalan makanan, yang membolehkan syarikat-syarikat membawa produk hasil ladang dan menghantarnya dengan mengekalkan kesegaran seolah-olah ia ditanam di negara sendiri. FEEDS membolehkan kolaborasi perniagaan, mengekalkan kualiti dan kesegaran produk, selain memastikan 15 ke 20% pengurangan kerugian dan produk yang dibuang.

Produk segar dicirikan sebagai produk yang amat mudah rosak, tempoh jualan yang singkat, dengan pelbagai variasi permintaan dan bekalan yang tinggi. Pertambahan jumlah penggiat industri, norma pematuhan peraturan yang ketat dan kekurangan pendedahan menyeluruh menjadikan rantaian bekalan ini lebih rumit; mengakibatkan berlakunya pembaziran yang tinggi dan kehilangan kesegaran produk sebaik sahaja produk diperoleh pengguna.

"Tahap kesegaran ialah faktor utama yang membezakan produk segar memandangkan ia memberi impak kepada persepsi pengguna terhadap suatu jenama. Kekurangan pendedahan yang holistik mewujudkan ketidakcekapan dalam rantaian bekalan makanan harian moden yang kompleks. Kepakaran domain kami yang pelbagai berserta kehebatan teknologi dalam platform digital SAP mewujudkan gabungan yang ideal bagi memberikan faedah yang tersendiri dan tiada tandingan kepada pelanggan kami," kata Rohit Khanna, Naib Presiden Kanan Perniagaan & CPG Global, Tech Mahindra.

"Tech Mahindra telah melabur menerusi pelbagai Platform Awan dalam industri tertentu menggunakan perkhidmatan Digital & IoT SAP. FEEDS ialah penyelesaian digital utama kami untuk sektor Runcit & CPG. Dibangunkan menerusi strategi yang 'mengutamakan Mudah Alih', penekanan yang tinggi diberikan terhadap piawaian kebolehgunaan yang dicapai melalui proses Pemikiran Mereka Bentuk. Penyelesaian yang sama turut dilancarkan dalam sektor-sektor lain bagi membantu pelanggan merapatkan jurang dalam strategi pelaksanaan Digitalnya," kata Krishna Kumaraswamy (KK), Naib Presiden Kanan & Ketua Global - Amalan SAP, Tech Mahindra.

FEEDS mengubah rantaian bekalan fizikal yang terpisah menjadi Rantaian Bekalan Digital Pintar Terhubung yang mampu mengesan dan mengekalkan tahap kesegaran produk pada setiap peringkat proses rantaian bekalan. Platform bersepadu ini menggalakkan interaksi dan transaksi antara pelbagai pihak dalam rantaian bekalan pada masa sebenar.

"FEEDS ialah sebahagian daripada hasil inovasi bersama rakan kongsi dalam SAP Co-Innovation Labs. Kerjasama ini memperlihatkan komitmen Tech Mahindra bagi menyediakan Penyelesaian Transformasi Digital berfokuskan Sektor khusus untuk pelanggan. Tech Mahindra membangunkan aplikasi FEEDS dalam SAP Co-Innovation Lab yang bertujuan untuk menyediakan produk makanan segar berkualiti yang boleh dikesan pada masa sebenar daripada seluruh Rantaian Bekalan Makanan. Rakan-rakan kerjasama seperti Tech Mahindra kini menggalakkan organisasi mengoptimumkan proses perniagaan mereka dengan memanfaatkan Internet Semua Benda (IoT) dan Platform Awan HANA SAP," kata Rudolf Held, Naib Presiden, Ketua Global SAP Co-Innovation Lab Network.

FEEDS yang dibangunkan menerusi Platform Awan SAP HANA disepadukan sepenuhnya dengan sistem ERP SAP bagi memanfaatkan penyelesaian digital termasuk Mobiliti, IoT dan Data Besar, bagi menyediakan peluang transformasi Rantaian Bekalan Digital yang lengkap dan menyeluruh untuk rantaian bekalan produk segar global, peruncit yang besar dan pelanggan dalam sektor pengilangan makanan.

Latar Belakang Tech Mahindra   

Tech Mahindra mewakili dunia yang terhubung dengan menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian teknologi maklumat yang inovatif dan berpusatkan pelanggan, bagi membolehkan Perusahaan, Syarikat Bersekutu dan Persatuan untuk Rise™. Kami merupakan sebuah syarikat bernilai USD 4.0 bilion yang memiliki lebih 107,100 ahli profesional yang berada di 90 buah negara bagi membantu lebih 800 pelanggan global kami termasuk syarikat-syarikat Fortune 500. Platform kami yang inovatif dan aset yang boleh diguna semula dapat menghubungkan pelbagai teknologi dengan tujuan memberikan nilai perniagaan yang ketara kepada pihak berkepentingan kami. Tech Mahindra juga merupakan syarikat yang tersenarai dalam 'Fab 50' di Asia mengikut Senarai Forbes 2014.

Kami merupakan sebahagian daripada Mahindra Group yang bernilai USD 16.9 bilion, menggajikan lebih 200,000 kakitangan di lebih 100 buah negara. Syarikat ini beroperasi dalam pelbagai industri penting yang memacu pertumbuhan ekonomi dan menerajui kepimpinan bagi segmen traktor, kenderaan utiliti, teknologi maklumat, pasaran alat ganti dan pemilikan percutian.

Kenali kami melalui http://www.techmahindra.com.  

Sebarang pertanyaan lanjut:  

Richa Shah
Bahagian Perhubungan Media Global
Richa.shah@techmahindra.com  

Source: Tech Mahindra
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Food/Beverages Internet Technology New products/services