ABU DHABI, UAE, 20 Mei 2016 /PRNewswire/ --
Pada 22 April 2016, bertempat di du Arena, Abu Dhabi, penyanyi kacukan UAE dan Yaman, Balqees bersama penyanyi tenor yang ikonik, Andrea Bocelli membuat persembahan bersama di atas pentas. Diiringi oleh NSO Symphony Orchestra dan Chorus dari UAE, gandingan dua penyanyi itu menyampaikan lagu dendangan asal Bocelli bernada tinggi, "Canto Della Terra" bagi memperingati Prince.
Bagi melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7841851-balqees-perform-with-andrea-bocelli
Bersemangat untuk menonjolkan imej dunia Arab yang aman dan cintakan seni, dan bukannya imej berunsur keganasan, peperangan dan terorisme seperti yang sering dikaitkan, Balqees melahirkan rasa syukur atas peluang yang diberikan dalam mencapai satu kejayaan penting, dan meletakkan harapan untuk meraih kejayaan dalam seni opera di peringkat global pada masa depan. Sebagai anggota UAE NSO Symphony Orchestra sejak tahun 2013, Balqees memiliki pelbagai bakat seni opera yang hebat menerusi empat bahasa - Arab, Inggeris, Perancis dan Itali - dan pernah membuat persembahan untuk khalayak berprestij di seluruh dunia.
Mengulas tentang persembahan bersejarah ini, Balqees dengan amat teruja berkata, "Saya berbesar hati kerana menjadi artis Arab pertama yang dapat membuat persembahan bersama penyanyi legenda Andrea Bocelli. Saya mendapati beliau ialah seorang yang berhati mulia dan merendah diri setelah bekerjasama dengan beliau. Saya berharap dapat mengulang kembali pengalaman hebat ini dan menyanyi bersama beliau sekali lagi kerana pengalaman ini telah mematangkan saya dan memberi banyak manfaat buat kerjaya saya."
Latar Belakang Balqees
Sejak pertama kali menjadi tumpuan empat tahun yang lalu, penyanyi kacukan UAE dan Yaman Balqees Fathi telah menaikkan namanya sebagai salah seorang bintang terhebat dalam dunia Arab menerusi kategori muzik kontemporari.
Kejayaan penting yang dicapai oleh Balqees ialah menerusi "Masaa'la Sahla", lagu pertama yang dihasilkan dengan kerjasama YAM Sheikh Hamdan Bin Mohammed Al Maktoum serta artis Fayez Al-Saeed. Albumnya yang memecah rekod, "Majnoun Balqees", dilancarkan pada tahun 2013, mendapat tontonan sebanyak 22 juta melalui YouTube, manakala albumnya yang dilancarkan pada tahun 2015, "Zay ma ana" merupakan album yang paling banyak terjual dan paling banyak dimuat turun melalui iTunes di Timur Tengah, dan hasilnya, beliau dinobatkan dengan gelaran penyanyi Arab "Terbaik Tahun 2015" di Timur Tengah oleh Apple Music.
Balqees pernah merangkul pelbagai anugerah dan gelaran termasuk anugerah Wanita Arab Terbaik Timur Tengah L'Officiel bagi "Bakat Muda 2012", selain "Bakat Muda Terbaik" hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Majalah Al Sada dan juga Zahrat Al Khaleej.
Kerja-kerja amal beliau pula termasuk penglibatan dalam badan-badan amal yang membantu pelarian Yaman di Djibouti, serta kempen secara langsung bagi tujuan meningkatkan kesedaran tentang keganasan rumah tangga di rantau tersebut. Tahun 2016 menyaksikan Balqees dipilih untuk menjadi wajah iklan jenama-jenama antarabangsa yang premium seperti Produk Penjagaan Rambut Pantene, Coca Cola dan Zain Telecom.
Hubungi:
Rym Alyousef
+971529741680
Balqees.office@gmail.com